Followers

Friday, July 25, 2008

pertandingan indoor game anjuran DPP Bagan Datoh

Assalamulaikum W.R.T

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan rahmatNYA, program pertandingan indoor game telah berlansung dalam suasana cukup harmoni dan lancar. Walaupun hujan lebat telah turun disebelah pagi tetapi tidak menjejaskan sesi pendaftaran dan berjalan seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah diatas kerjasama AJK pertandingan dan komitmen yang ditunjukkan, beberapa masalah kecil yang timbul dapat diatasi dengan berhemah tanpa insiden yang tidak diingini. Ust misbahul Munir B. Hj Masduki(YDP Bagan Datoh/SetPol MB Perak) telah merasmikan pertandingan indoor game peringkat mukim rungkup dalam Suasana majlis yang cukup ringkas. Dalam majlis itu beliau sempat beramah mesra bersama peserta yang kebanyakannya dari sekitar hilir perak. Dalam Majlis tersebut beliau sempat mempamerkan bakatnya bermain Pingpong dan Dart bersama dengan para peserta. tegas beliau, program seperti ini harus di perbanyakan lagi untuk menarik minat golongan belia dan kerajaan negeri menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh badan-badan NGO dalam mengadakan program kemasyarakatan. Jelasnya lagi kerajaan akan cuba menyalurkan bantuan dari segi dana kewangan atau khidmat nasihat sekiranya ada badan-badan NGO yang merancang untuk mengadakan program-program seperti ini pada masa akan datang.

Pertandingan indoor game telah melabuhkan tirai sekitar jam 6.30 petang



Sekitar pertandingan indoor game
Ada gaya tak macam world player....












kacau betul lar tak leh nak tengok orang senang sikit

Para pemenang ketegori pingpong berpasangan bersama urusetia pertandingan
























Pemenang tempat pertama ketegori pingpong berpasangan






Pemenang tempat kedua







Pemenang tempat ketiga


Pemenang tempat pertana ketegori Dam Aji













Pemenang Tempat Kedua



Pemenang tempat ketiga














Pemenang tempat pertama karom berpasangan





Pemenang tempat kedua








Pemenang tempat ketiga


Terima kasih khas buat individu yang telah terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan pertandingan ini, kami dewan pemuda PAS kawasan bagan datoh mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan yang anda berikan dan memohon maaf sekiranya ada tindakan atau tutur kata kami yang menyinggung perasaan anda dalam menjayakan program ini. Yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu kelemahan kami sebagai insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Malah kami akan jadikan kelemahan pada hari ini sebagai suatu pengajaran yang berguna pada masa akan datang, insya Allah.

Khas buat AJK DPPK Bagan Datoh yang telah memberi komitmen dari segi masa, tenaga, buah fikiran dan kewangan jasa kalian amat dihargai. Pengorbanan seperti ini amat diperlukan dalam sesebuah organisasi bagi melicinkan dan melancarkan program-program yang telah dirancang mahu pun yang bakal dirancang.Semoga komitmen kalian semua berterusan hingga berhentinya darah mengalir di dalam jasad.

Akhir kata dari saya, Perjuangan Kita Masih Belum Selesai dan Perjalanan kita masih jauh lagi, oleh itu kuatkan semangat dengan berdoa dan jangan tinggalkan usrah. Allah Sentisa Dekat dengan Orang Yang Selalu MengingatiNYA.

-dari DPPK Bagan Datoh-

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil