KUALA LUMPUR - Segelas Nescafe Ais RM3.30?
Itulah antara harga minuman yang dikenakan kepada pelanggan yang menjamu selera di sebuah restoran di KL Sentral.
Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Abi berkata, beliau terkilan melihatkan harga minuman dan makanan yang jauh lebih mahal berbanding restoran lain.
"Kalau dibandingkan dengan kedai lain, memang banyak perbezaannya. Lokasinya memang strategik tetapi itu bukan alasan untuk mengenakan harga terlalu mahal.
"Air tin harganya pun RM1.90 dan teh tarik pula RM2. Itu baru air, belum lagi makan nasi campur. Bukan air sahaja yang mahal, kuih yang dijual pun sama saiz dengan tempat lain tetapi sepotong kuih ketayap atau karipap harganya RM1.20,'' katanya kepada Kosmo!.
Abi mengakui sedia membayar jika harga sepotong kuih 60 sen hingga 80 sen tapi RM1.20 dianggap terlalu mahal.
Tinjauan Kosmo! mendapati, pengusaha restoran itu tidak menyembunyikan harga barangannya, malah mematuhi peraturan dengan meletak senarai harga.
Namun, ia tidak menyekat pengguna KL Sentral, sama ada yang menyedari atau tidak harga makanan dan minuman di situ, daripada terus singgah untuk menjamu selera.
Mungkin mereka hanya akan terkejut apabila membayarnya di kaunter kelak
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
adakah kita terkejut dgn situasi macam di atas ni..rasanya tak kot...sebabnya kita boleh jangka perkara macam ni pasti berlaku...apa yg nak terkejutkan.. terimalah dgn lapang dada dan lapang poket..sepatutnya kita patut berterima kasih dgn mereka2 yg memberi peluang kepada orang ramai terkejut...kalau tak org relaks jek...agaknya tak lama lagi ramai la org dapat penyakit jantung kot...
pergi restoran terkejut..
pergi kedai runcit terkejut..
pergi shopping kompleks terkejut..
pergi bengkel kereta terkejut...
pergi bercuti terkejut...
pergi tandas terkejut...
terkejut memanjang....sabor je la..
opocootttt...terkejut aku..!!
~Wallahualam~
# pesana penaja....
BILA MINYAK NAK TURUN HARGA NI....??
1 comment:
Kebanyakan restoran yang jual air biasa secara mahal, semuanya meletakkan harga pada menu untuk dipilih oleh pelanggan.
maksudnya, pelanggan telah bersetuju untuk membeli air itu pada harga itu.
kebanyakan pelayan akan sebut balik apa yang dipesan.
Tapi kalau pelanggan buat macam style kedai kopi dikampung, main order sahaja tanpa ambil tahu berapa harganya, lepas suruh kira, memanglah pelanggan itu akan terkejut.
Post a Comment