OBJEKTIF
- Asakan yang berterusan dan bertubi-tubi masih gagal melemahkan PKR dan seluruh kepimpinan nya
- Sebaliknya yang berlaku , PKR makin diminati dan berduyun-duyun rakyat Malaysia mengisi borang keahliannya dan yang terbaharu khabarnya Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , memberikan gambaran untuk menyertainya. Kenyataan akhbar 20 Julai pula mengesahkan beliau akan menyertai PKR bersama - sama sejumlah pengikutnya.
- Barangkali , PKR yang sebahagian besar dari pimpinannya dan ahli adalah berasal dari UMNO , yang tahu susur galur , kaedah dan pendekatan UMNO , berjaya menangani dengan agak baik setakat ini.
- UMNO terpaksa mengambil pendekatan lebih keras , seperti KONSPIRASI LIWAT 2 , dan perlu di’apply’kan segera , seperti yang terjadi sekarang , bagi menghalang peralihan kuasa daripada UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat.
- Walaubagaimana pun , kaedah ini telah menjadi sebaliknya , ianya gagal menghancurkan PKR atau DSAI, setakat hari ini.
DAP , MANGSA SETERUSNYA ?
- Kenapa UMNO/BN tidak mengusik dan meghalakan serangan kepada DAP ?
- PRU-12, hampir seluruh kaum Cina bersama DAP
- MCA hancur
- GERAKAN berkubur
- Begitulah politik cerdik dan celik politik di kalangan orang – orang Cina
- Kaum Cina bersama – sama DAP
- Kaum Cina memberikan undi kepada PAS dan juga PKR. Hasilnya , hampir kesemua kerusi yang dimenangi PAS dan PKR di Pantai Barat , Pulau Pinang , Kedah , Perak dan Selangor , adalah kerana undi kaum Cina [ dan India ]
- Ini berbeza dengan Politik orang-orang Melayu , ianya kalah dan tunduk dengan 5 Kg gula , 2 kampit beras , 1 helai kain pelikat , 1 surah yasin , RM50.00 , 1 botol minyak masak , 1 tin Milo 2.5 kg. Itulah harga politik Melayu hampir di seluruh negara , khususnya di desa. Dengan kekuatan ini , dan pelaburan ini , UMNO terus menjadi pilihan orang-orang Melayu. Nak buat macam mana !!!!!!
- Di Terengganu , ada tambahan sedikit , dengan elaun RM300.00 sekali dalam 5 tahun , duit ehsan berjaya mengikat orang-orang Melayu dengan UMNO.
- Kecuali di Kelantan , inilah Melayu yang cerdik dalam berpolitik
- Manakala , kelemahan orang – orang Melayu dalam PAS [ INI YANG TELAH DIKAJI DENGAN PENUH TELITI OLEH BAHAGIAN PERANG SARAF UMNO DAN JUGA PERISIKANNYA ] , ialah soal agama.
- Ia pasti akan setuju , tanpa banyak soal , tanpa perlu membuat kajian , penyelidikan atau sekurang – kurangnya melihat sejarah silam , seperti dalam soal MUZAKARAH ini , menerima dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh.
- Alhamdulillah , PAS sudah berjaya ditawan
[ [ TIDAK MAHU GUNA PERKATAAN PERANGKAP , JERANGKAP , JERAT , yang agak kasar bahasanya , dan sensitif serta tidak dipersetujui ramai ]
RUMUSAN
- Kenyataan-kenyataan yang disiarkan media , CADANGAN , RAYUAN , PERMINTAAN dan DESAKAN yang dibuat oleh hampir seluruh pimpinan tertinggi UMNO , dari Presiden , Timbalan Presiden , Setiausaha Agung , Ketua Penerangan , Ketua Pemuda , Naib-naib Presiden , Ahli-ahli Majlis Tertinggi , Alhamdulillah TIDAK BERJAYA serta GAGAL menimbulkan sebarang SANGKAAN BURUK di kalangan pimpinan tertinggi PAS , terhadap apa yang TERSIRAT disebalik yang TERSURAT , akan naiwaitu sebenar UMNO.
- PAS masih percaya UMNO adalah jujur dalam hal ini , untuk berbincang soal kepentingan Melayu dan Islam , walaupun dalam masa yang sama , tangan kanan MEMEGANG SKRIP FAIL LIWAT 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membunuh karier politiknya , manakala tangan kiri menghulurkan persahabatan kepada PAS , salah sebuah rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat , kecuali TGNA yang melahirkan ragu-ragu , kalau-kalau TRAGEDI 1978 berulang kembali
- Apa maknanya persahabatan ini ?
Hak kita
- Ambillah dan berikan sedikit peranan , peliharalah Pakatan Rakyat ini . Berilah sokongan.
- Untuk itu , jaga dan bajai lah sungguh-sungguh komponen di dalam nya , PAS , PKR dan DAP
- Kata orang , kalaulah kita tak ada apa-apa senjata , hatta terpaksa gunakan gigi , gigit lah musuh , sekuat-kuatnya , walaupun , musuh bersenjatakan sub-mesingun di tangan.
- Kita rakyat marhaen , tak punya apa-apa , semuanya telah dirampas oleh kerajaan zalim UMNO/BN.
- Cuma , berbekalkan keyakinan dan harapan serta izin Allah , InsyaAllah kita akan berarak ke Putrajaya sedikit masa lagi , menyambut kehadiran Perdana Menteri baru.
~wallahualam~
2 comments:
Bagus Strategi Mereka.
Ada juga orang yang terpedaya.
sebenarnya bergantung pada sape yg terpedaya...kena cermin diri sendiri..kenapa dan mengapa kita mudah terpedaya...
wallahualam
Post a Comment