selepas Dewan Ulamak bermesyuarat hari ini...telah diputuskan sebulat suara..maka muzakarah tidak berlaku hanyalah muqabalah(pertemuan biasa)..bertambah lagi ungkapan bahasa arab untuk kita pelajari dan diterokai....semoga dgn keputusan yg diumumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz...tiada lagi timbul kekeliruan diantara ahli2 dan semua golongan marhaen...dan kepada pihak UMNO dan media masa tidak perlu lagi memperbesar2kan isu muzakarah ini...
------------------------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) � Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).
�Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan peribadi, Islam dan agama serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.
�Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,� katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.
Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan rerbabit diadakan hampir dua jam.
Turut kelihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din, Naib Presiden Ustaz Ahmad Awang, dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud serta anggota parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang digegerkan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).
Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.
Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.
Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAs dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.
�Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.
�Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus lagi dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang sama kita perjuangkan,� katanya.
Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama. (berita lanjut bakal menyunsul) - mj _
No comments:
Post a Comment