Followers

Tuesday, January 13, 2009

BloggersNetwork@Malaysia Berjaya Patahkan Serangan Cyber UMNO

setelah ummi menghubungi beberapa orang perisik maya tentang web Tranungkite Online...mereka berjaya memastikan telah berlaku pengklonan web TKO oleh pihak2 yang gatai tangan dan tak bertanggungjawab...dengki bebenor kome dengan TKO ye..dah le teman dengan hubby teman menjadi pembaca tegar TKO...

mula2 baca pengumuman tu kat komen blog perisik rakyat..yang heran dia guna 'anonymous'..dah tu kat blog perisik rakyat saja yg dia bagitau...lagi satu heran web sama cuma link saja yg lain...so dengan bantuan team BloggersNetwork@Malaysia berjaya menumpaskan jenayah cyber ni terhadap TKO...

siapla korang kat PRK Kuala Terengganu pada 17 Jan ni...BN AKAN KALAH...!!
"UMNO sudah mulakan serangan di alam cyber.mereka bidan web klon dan
email palsu. tapi taktik kotor ini berjaya dihidu oleh para pejuang
dari Bloggers Network Malaysia.

EMAIL PALSU:

MULA

Pengumuman kepada semua pengunjung setia laman web
http://www.tranungkite.net , ahli forum, kelab TKO dan sesiapa sahaja
yang mengikuti perkembangan laman web ini.

Dukacita dimaklumkan bahawa lawan web tersebut telah pun di ceroboh.
Buat masa ini , kami tidak mempunyai akses ke lawan web tersebut
kerana penceroboh tersebut telah menukarkan password team admin dari
memasuki laman web tersebut.

Untuk tindakan susulan, pihak TKO telah membuat satu laman web
sementara yang beralamat di http://tranungkite.freehostia.com dan
email team admin yang di gunakan sekarang ialah tranung2009@gmail.com.

Di harap pengguna semua bersabar dengan dugaan ini. Semoga sama sama
kita berjaya melalui minggu-minggu yang mencabar ini

-WebMaster- TranungKite.net


AKHIR


pejuang HAMAS..hehehe..pejuang (Topeng Perak Xinwugi) dari BloggersNetwork@Malaysia berjaya mematahkan serangan cyber dari UMNO yang
membina laman web klon bagi tranungkite.net

laman web klon digunakan untuk perang saraf dan melumpuhkan moral
laman web klon tersebut yang beralamat di
http://tranungkite.freehostia.com/ berjaya dilumpuhkan.

tahniah diucapkan kepada Topeng Perak Xinwugi dan BloggersNetwork@Malaysia

Diharapkan kita berjaga-jaga sebelum PRK P36.

Blog Topeng Perak Xinwugi ialah di www.perisik-rakyat.com
Blog Umi Hani ialah di http://haninasution.blogspot.com/
Blog asrol ialah di www.kelatekito.com dan webpanas.blogspot.com "

TAHNIAH team BloggersNetwork@Malaysia..

---------- Forwarded message ----------
From: support@freehostia.com <support@freehostia.com>
Date: Tue, Jan 13, 2009 at 10:06 AM
Subject: Re: Contact form: CLONE WEBSITE
To: asrol.affandi@gmail.com

Hello,

Thank you very much for the information that you have provided. I will
terminate this site and corresponding hosting account right away.

Best Regards,
Peter
Support@Freehostia.com
http://www.freehostia.com

asrol.affandi@gmail.com wrote:
>
> Name: asrol
> Email: asrol.affandi@gmail.com
> IP: 118.100.1.173
>
> Â http://tranungkite.freehostia.com/ is a clone website.this website abused your TOC.this web is a phisher web
>
> please take down this website a.s.p
>
> the original site is http://www.tranungkite.net/v8/
> thank you.

6 comments:

perunding said...

AlahuAkbar.
They plot,Allah is the best plotter.

Pengasas said...

Salam Ummi,
Saya pun ada terima mesej tu. Saya ingat betul. Nasib baik baca entri Ummi. Terima kasih banyak-banyak.

cakapaje said...

Salam Ummi,

Kali pertama ke sini dan amat suka membaca berita serangan sarkas (ameno) telah dapat dipatahkan. Seandainya boleh, tolong sampaikan kepada topeng perak untuk hubungi kadetpencen di alamat email saya. Kadetpencen yang dahulunya memakai nama sdahij, terpaksa bertukar nama apabila email itu telah digodam. Kini KP sedang berehat setelah 6 tahun berjuang sendirian di pelbagai yahoogroups.

Untuk pengesahan identiti kp, boleh hubungi Ahmad Lutfi (harakah) dan Doc Lo'lo'. Terima kasih.

Anonymous said...

Laman web tranungkite.net telah rosak akibat pencerobohan dan tidak dapat di akses lagi.

Buat masa ini TKO beroperasi di Sini

harap beri sokongan.

- Webmaster- Tranungkita.net

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

insyaAllah..

ummi dan BloggersNetwork@Malaysia akan beri sokongan sepenuhnya...

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Begitu sekali perangai puak tu ye.Jangan harap le org boleh sokong korang.Tule korang puak pelampau negara ni,sabotaj TKO menyebabkan anda akan kalah teruk kat PRK P036 esok.Jangan ikut perangai yahudi laknatullah tu.Nanti korang tahu le pembalasannya.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil