Followers

Wednesday, January 14, 2009

bloggers turut serta berkempen...

Aku dengan Sya-reformis ikut team wanita PKR Perak pi berkempen. Mula-mula, dari Pantai Chendering nak pi ke Batas Baru, dalam DUN Ladang. Cuma satu yang kurang seronok sikit….pasai apa poster calon Pas tak dak?

Dari tempat penginapan , aku pusing punya lama..pasai tak tau jalan nak pi Batas Baru…tapi sekeping poster calon Pas pun tak nampak! tak siap lagi ka? Mengundi cuma tinggal lagi berapa hari…tak kan poster pun tak siap lagi?

Dari Bilik Gerakan PKR kat Baru, kami pi kat satu tempat ….markas Pas. Kami orang luar…datang cuma nak bantu…itu pun kalau orang suka. Tapi aku pun heran….kita datang punya ramai…muslimat Pas macam tak minat saja.

Depa suruh kami pi buat culaan…lepas tu depa cabut. mana la kami tau kawasan tu… ada la sorang petugas Pas yang depa suruh ikut kami…tapi dia pun tak dak maklumat apa-apa.. Senarai pengundi pun tak dak, peta kawasan pun tak dak…nak buat apa? Depa suruh kami jalan kaki…depa naik Hi-Lux.

Aku tau…ada nanti orang kata..”Matsamankati memang macam tu…nampak yang tak baik saja..” Wei!! bukan aku sorang saja blogger yang ikut kempen..ramai lagi. Nak tau berita terkini…hangpa pi baca blog Sya-reformis. Suhaimi Lubuk kawah pun ada, Chegu Bard pun ikut sama.

kempen-11

Dia tulis yang baguih…tapi aku risau!! Anwar pun kata..”jangan over-confident!” dan apa yang aku tengok…pilihanraya kecil Kuala Terengganu ni memang lain macam. Tak rasa macam pilihanraya. Relax sangat. Risalah sikit sangat…kerja pun tak teratur..tak ada koordinasi. Wanita PKR buat kerja sendirian…kalau boleh jalan sama-sama dengan muslimat Pas kan baguih!

wahid-endut1

Semasa Wanita PKR pi buat culaan undi, Calon Pas, Wahid Endut pun ada kempen sama kat tengah pekan. Aku pun cuba hambat dia..fuiyo!…pasai apa jalan macam ribut? Laju sangat! Kalau tak boleh salam dengan orang perempuan pun…sembang-sembang la sikit..ni dok salam dengan lelaki saja…orang perempuan tak mau pi jumpa pun. Tak kan nak undi dari lelaki saja?

Tak tau nak kata la…kalau takat DUN Ladang dan DUN Bandar….kerja kena kuat sikit. Aku tak puashati.

suber perakexpress

3 comments:

perunding said...

sabar,
lain padang lain belalang,
different man different stroke.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

yup...betol tu...

Azym Azizi said...

Wah..ummi dh ada kat sana ke?
Jumpa disana jumaat ini ya ummi..
Ada apa2 pesanan tk sblum kami berangkat ke sana?

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil