Saya hadir ke KT pada hari penamaan calon. Sejak dari hari itu, saya merasakan bahawa PAS boleh menang. Memang terasa tiupan angin bawahan bahawa pengundi-pengundi mahukan PAS menang di dalam Pilihanraya Kecil ini.
Orang-orang biasa yang rasa-rasanya semacam penyokong UMNO bercakap tentang kebaikan calon PAS sehingga ada yang berkata bahawa jika calon PAS itu bertanding di Wakaf Mempelam berlawan dengan calon PAS disatu pihak dan calon UMNO dipihak yang lain, nescaya beliau akan menang.
Ini bererti calon PAS ini benar-benar boleh diterima oleh rakyat.
Pembaziran wang yang melampau-lampau oleh Barisan Nasional/UMNO menghabiskan wang rakyat iaitu Dana Khas/Wang Royalti seolah-olah "wang mak-bapak mereka" yang tidak menfaatkan rakyat menjadi buah mulut orang ramai.
Mereka juga kata perlawanan ini adalah diantara calon pilihan rakyat dengan burung cenderawasih. Cenderawasih ini bermaksud "yang hanya makan diawan, tidak turun ke bumi".
Saya juga dapat rasakan bahawa PAS sudah bersedia untuk pengundian. Di sini, tidak ada kesibukan lagi untuk berkejar-kejar menjalankan kerja. Seolah-olah semuanya sudah tersedia.
UPU PAS sudah lakukan segala-galanya, dan petugas-petugas dari luar bolehlah diibaratkan sebagai "nasi tambah" sahaja. Kalau ada nasi tambah, Alhamdulillah; kalau tak ada pun, tak memudharatkan langsung.
Trengganu mempunyai pimpinan PAS dari semua lapisan yang hebat-hebat. Mereka mempunyai pimpinan Ulamak yang begitu ramai. Mereka mempunyai pimpinan profesional yang tidak kurang ramai. Mereka mempunyai petugas-petugas untuk semua jenis kerja yang begitu ramai.
Kehadiran petugas-petugas luar sekadar dialu-alukan untuk memanaskan sedikit suasana pilihanraya, dan tanpa mereka pun, tidak menjejaskan sebarang persediaan.
Jika seseorang itu datang untuk melihat suasana "Permatang Pauh" ia akan keciwa. Jika seseorang datang sekadar untuk melancung, juga ia akan merasa keciwa kerana tidak terdapat suasana yang boleh menimbulkan keseronokan.
Petugas-petugas luar akan dapati diri mereka lebih banyak berihat di Markaz-Markaz daripada terlibat diperingkat bawahan.
Kesibukan sedikit hanyalah diwaktu malam kerana akan berlaku ceramah-ceramah yang banyak iaitu yang berbentuk kelompok.
Kehadiran polis yang begitu ramai, katanya sudah menghampiri 10,000 orang mendatangkan keresahan penduduk Kuala Trengganu
sumber lubok kawah
sumber lubok kawah
4 comments:
banyakan berkata inshaallah.
banyakkan doa.
banyakan solat hajat.
banyakan baca Al-Quran.
sentiasa berzikir mengingati Allah.
salam Pn.Ummi:
Moga ianya menjadi kenyataan dan terus MENAFIKAN kelantangan suara2 sumbang BN/UMNO.
salam perunding..
memang itu yg kita amalkan selalu kalau mahukan kemenangan..
salam mr.kulat..
hanya kemenangan yg bisa membisukan mereka..
wallahualam..
Post a Comment