KUALA TERENGGANU,14 Jan (HRKH) - PAS dijangka memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan kira-kira 2,000 undi majoriti.
Analisis demikian dikemukakan oleh seorang profesor Jabatan Sains Politik sebuah institusi pengajian Tinggi Awam kepada Harakahdaily.
Menurutnya, undi Melayu masih kekal iaitu diperolehi sama rata antara calon PAS dan BN namun berdasarkan perkembangan terbaru, terdapat kira-kira lima hingga lapan peratus pengundi yang tiada arah atau atas pagar yang bertukar status kepada 'silent voters'.
"Mereka ini pada kebiasaannya akan menyokong pembangkang yakni Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi
Jelasnya, pengundi Cina pula akan memberikan sokongan kepada PAS disebabkan mereka terkesan dengan diskriminasi BN.
"Apatah lagi dengan isu penutupan markaz DAP di kampung Cina baru-baru ini menambahkan lagi kebencian terhadap Umno-BN," ujarnya.
selanjutnya di sini -->harakah
sumber ahmadzawawi
Bahang panas diselekoh akhir Pilihanraya P.036 semakin terasa. Dari sumber saya yang sekarang berada ditengah-tengah medan itu terlalu banyak petunjuk yang menyatakan Pakatan Rakyat akan sekali lagi mengekalkan rekod memenangi setiap pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU 12.
Label ” pakatan rapuh “ yang diberi oleh BN nyata meleset. Lihat saja di Sidang Khas Parlimen mereka solid menentang kekejaman rejim zionis.
Pendekatan “mesra angka” yang BN lakukan sekarang pada akhirnya memakan diri. Dari sebelum penamaan calunpun BN sudah mula main angka iaitu Tambahan 400J dan 25000 bahan bimbit murid tahun V. Angka yang terakhir ini ialah rakyat Terengganu akan memperolehi 3 billion sekiranya harga minyak terus naik. Rakyat dinegeri-negeri yang ta` dapat royalti “biak pi la kat depa”.
Menyedari yang BN telah meminggirkan golongan muda, B erita Harian hari ini telah mengambilalih peranan dengan cara pro-aktif membekalkan Satu Sisipan yang mengandungi nama-nama pelajar(Terengganu) yang lulus cemerlang dalam PMR baru-baru ini. Disini saya rasa pelik sikit kerana para pelajar lepasan PMR belum boleh mengundi. Dalam hal ini saya mengaku kalah kerana ta` dapat nak figure out apa motifnya.
Menurut satu kajian, akhbar amat kurang dibaca diKuala Terengganu . Hanya TV yang ketara ramai penonton. Ini tidak termasuk Astro yang langganannya masih belum memuaskan.
Seperkara lagi BN terlalu banyak menumpang populariti Allahyarham Datuk Razali tentang Aspirasinya, Kegigihannya serta inteleknya.
Bagi para pendokong PKR dari seluruh negara yang berkampong di KT mereka mahu membalas budi pendokong-pendokong PAS sewaktu di Pmtg Pauh tempoh hari
No comments:
Post a Comment