Followers

Monday, January 12, 2009

taktik ala gangster di PRK Kuala Terengganu...

http://drnealwinslow.files.wordpress.com/2007/11/gangster-chimp.jpg

1. DAP diarahkan menutup pusat operasinya. Arahan datang dari Menteri Besar Terengganu. Para pegawai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dilaporkan bertegang leher dan bertikam lidah dengan Ronnie Liu yang membantah arahan itu.

2. Kesemua kakitangan Primula Park Royal Beach Resort yang berdaftar sebagai pengundi diarahkan oleh pengerusi hotel itu supaya menyerahkan kad pengenalan masing-masing. Hotel itu dimiliki oleh kerajaan negeri Terengganu.

3. DAP dan PKR diarahkan menurunkan bendera masing-masing.

4. Orang-orang yang tidak dikenali muncul sebagai 'pengundi berdaftar' di beberapa rumah di Kuala Terengganu. Para pemilik rumah merasa terganggu apabila orang-orang yang tidak mereka kenali mendaftar sebagai pengundi berdaftar dengan menggunakan alamat rumah mereka.

5. Polis menyoalsiasat ahli jawatankuasa sebuah kelab persendirian di Kuala Terengganu di mana Raja Petra Kamarudin dijemput oleh salah seorang ahlinya untuk minum di situ. Kelab itu diberi amaran supaya jangan membenarkan Raja Petra datang ke situ lagi.

Dalam Umno pula, penagih-penagih rasuah tak segan silu lagi bertanya, "Agong ada?" Perwakilan yang berpengaruh akan meminta sehingga RM200,000 dari calon Ahli Majlis Tertinggi yang menagih undi dan sokongan, lapor Malaysian Insider.

Teringat pula cerita orang dari sebuah kumpulan yang pada siang hari berpidato, bertempik dan berdemonstrasi memaki hamun Cina serta menuduh orang lain menjadi alat Cina dan takut melaksanakan hudud kerana ditekan Cina. Pada sebelah malamnya, si tukang maki Cina di waktu siang itu merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah untuk merasuahkan babi-babinya supaya mengundi beliau.

Saya tak ingat nama kumpulan itu

sumber penarikbeca


selalunya perkara2 yg begini dilakukan oleh pihak2 yang dah nampak akan kekalahan mereka...
woii kalau dah canang satu alam awak akan menang buat apa buat jahat weii..terima la kekalahan dengan penuh bermaruah..jangan penuh dengan barua...!!

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil