Followers

Friday, January 16, 2009

ketakutan yang maha hebat...!!

Ramai yang tanya ummi apa yang pelik di PRK Kuala Terengganu ni...uishhh kalau dengar kengkawan ummi cerita memanglah PRK Kuala Terengganu ni memang istimewa...tak tau lah kalau orang lain kata apa...

kepelikan2 yang ketara...
  1. Pengundi tempatan fobia dengan pakaian muslimat.. kalau pakai jubah dengan tudung labuh pengundi tak berani nak dekat..salam pon ujung2 jari saje...alasan kedatangan petugas muslimat kita nak mengkafirkan dorang....kafirkan dari islam hadhari dorang tu kot...haru betol....
  2. malam tadi dapat laporan terdapat 18 rekod nama pengundi yang dah meninggal..tapi hanya 3 laporan kematian yang dikesan..yang hat 15 ni mungkin mati tapi nama hidup balik...mungkin penyu2 akan naik ke darat gi ngundi kot..
  3. terdapat di satu kawasan pengundinya ditakut2kan oleh jentera BN sehingga risalah yang diberi disambut dengan tangan yang terketar sambil mata dok melilau kot2 ada yang memerhatikan depa...dahsyat sungguh ugutan BN kepada pengundi tempatan...
  4. projek mee segera yang dibuat dari pagi sampai la ke tengah malam tak renti2 beb...yang peliknya selama BN pegang Kuala Terengganu ni depa tido saja ka...?
  5. pengundi dikurung dalam rumah supaya jangan bersua muka dengan perayu muslimat ...tak tau siapa yang takut sebenarnya...pengundi atau BN..?nak kata muslimat muka ganas2 dak pulak..semuanye ayu2 dan lemah lembut belaka...ontah la jang oii..
  6. ketakutan BN memang ketara sangat..bila petugas kita serahkan risalah berupa perutusan dari Tuan Guru Nik Aziz dirampas oleh puteri amno dengan alasan kalau baca nanti pengundi jadi lembut hati...fuhh ni ketakutan tahap gaban ni...!!aura Tuan Guru tu...baru baca perutusan
  7. kalau bab abang2 polis..boleh kasi pingat la..pingat pak pacak yang cemerlang,gemilang dan terbilang...terpacak kat setiap simpang jalan wa cakap lu...maknanya dari bulan terbit sampai terbit balik semula....menjadi peronda terhebat...teringat kat lagu Gerak Khas...
  8. kalau bab tempat ceramah antara BN dengan PAS..jauh panggang dari api...walaupon tempat ceramah dekat..ni ummi tak pelik sangat memang mana2 pon dah terbukti ceramah BN takde sambutan..boleh kata kira bape jari kita banyak tu la pendengar depa...
  9. kat kereta2 masa ummi sampai takde nampak pon satu kereta yg ada pelakat parti atau bendera parti...apasal ekk..?? yang gairah orang luar Terengganu..semangat !!
yang ummi senaraikan ini adalah dari pengalaman2 petugas muslimat Perak...dari cerita mereka2 ni ummi rumuskan PRK Kuala Terengganu yang agak gayat adalah pengundi melayu yang duduk dikawasan pinggir badan...kebanyakkan mereka ditakut2kan..sekiranya undi PAS tak dapat pembangunan...yang ummi heran depa yang dah memerintah tak pulak buat pembangunan yang sepatutnya rakyat tempatan dapat...jalan lobang2 sekarang baru nak tampal ke...!!

PRK Kuala Terengganu telah menyerlahkan ketakuatan BN..bukan penduduk Kuala Terengganu...

wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

Ummi
kita jumpa ni tadi

http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1365/2009-01-16.html

dasyat sungguh ni..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil