Followers

Wednesday, March 18, 2009

Ali Rustam sedia letak semua jawatan...

'' saya berasa malu yang teramat sangat kerana kesalahan yang telah saya lakukan..maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa akan meletakkan semua jawatan saya..demi menjaga nama baik UMNO." kata Ali Rustam dalam satu temubual

''memandangkan YB Elizabeth Wong telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan beliau hanya kerana gambar tidurnya tersebar dan ADUN Bukit Selembau sanggup meletakkan jawatan kerana masalah peribadi.Saya pula yang telah didapati bersalah kerana politik wang berasa amat malu kerana telah memburukkan nama parti UMNO...maka saya rela melepaskan semua jawatan saya.'' beliau membuat kenyataan itu dengan perasaan yang sedih dan bercampur geram.

'' Di sini saya juga menyeru kepada rakan2 saya yang telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan berpolitik wang..tak kira yang digantung keahliannya 3 tahun..1 tahun atau yang telah diberi amaran, agar mengikut jejak langkah saya bagi memulihkan nama baik parti kita UMNO..dan kemungkinan juga selepas ini SPRM akan mengejar kita untuk disoalsiasat..maka sebaiknya kita pakat2 letakkan jawatan dengan bermaruah..'' rayu Ali Rustam kepada teman2nya yang telah disabitkan kesalahan yang sama iaitu politik wang.


Alangkah bagusnya KALAU kenyataan media diatas terpapar di dada2 akhbar...rasanya Ali Rustam boleh dianggap orang yang bermaruah...itupun KALAU dia ada maruah la...tapi tak mustahil KALAU ianya benar2 akan berlaku...dan KALAU jenis yang takde akai...mungkin kenyataan akhbar yang 'KALAU' diatas depa pandang hujung mata aje...

wallahualam..doakan ia menjadi KENYATAAN....

4 comments:

Amri Mat Saaid said...

kah kah Ummi Anni buat gempor le pulak ha ha

Anon 00 said...

Sepatutnya itulah yang dilakukan oleh Ali Rustam, apatah lagi Khairy Jamaluddin sebagai seorang Islam dan penguasa politik berbangsa Melayu yang sepatutnya faham isyarat daripada tindakan yang dikenakan ke atas depa.

Melainkan kalau setakat tuduhan tanpa bukti, mungkinlah boleh buat-buat pekak atau tuli, tetapi apabila sudah disabitkan dengan kesalahan walaupun yang melakukannya adalah agen (?), pembuktian dan perbicaraan telah pun dilakukan.

Dan janganlah pulak lepas ni, ada pihak yang cuba menagih puak-puak perasuah ini masuk ke barisan depa untuk meraih undi sokongan atau bantuan untuk berkuasa. Jangan pula 'MENGHALALKAN' perbuatan rasuah kerana puak-puak perasuah ini telah masuk ke barisan mereka seperti yang dilakukan pada beberapa gerombolan manusia sehingga ada yang dilantik sebagai Setiausaha Agung parti dan Ketua Perhubungan Negeri.

Sampai bila masalah rasuah nak selesai? Takkan dalam UMNO saja, dalam badan-badan lain, macam mana pulak?

Anonymous said...

terkejut. ingat benar. nak buat pos ucapkan tahniah. tapi baca2, eh!

EQUILIBRIUM said...

org pkr tido tekangkang ken aletak jawatan. org amno main rasuah boleh jadi ketua menteri muahahahahahaha

org biasa bagi rasuah kena pi mahkamah silap2 masuk jail. org amno bagi rasuah kena pi lembaga displin amno paling2 kena gantung dari parti muahahahaha

org biasa undang2 rasuah deme lain. org amno undang2 rasuah deme spesel muahahahahaha

amno boleh ;)

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil