Followers

Tuesday, March 17, 2009

BloggersNetwork sahut cabaran berdebat dengan BPN....!!

Memang hangat suasana menjelang PRK Bukit gantang ni ye..dalam alam maya ni pun terasa bahang kehangatan...tapi bukan pasai PRK...pasai cabaran debat dari wakil team BPN si Gomo....

posting sebelum ni ummi ada ulas sikit pasal komen Panglima Perang Cyber(PPC)...pastu ummi cedok sikit ulasan dari ciberboron...rupanya telah menaikkan hangin Gomo rupanya..takde niat pun nak usik depa ni..tapi dah depa nak terasa nak buat lagu mana..layan aje la..bawah ni cabaran Gomo untuk BloggersNetwork@Perak...

SALAM UMMI
SEMEMANGNYA DAH ADA BUKTI YANG BLOGGER PAKATAN NI ADALAH BLOGGER UPAHAN ANWAR AL-JUBURI. JANGAN NAK BERSELINDUNG LAGI DENGAN HAL INI.

FITNAH TAK PERNAH PUTUS-PUTUS PUAK LU ORANG NI.
BILA AJAK BERDEBAT TAKUT.
MELARIKAN DIRI.
SOALAN YANG DI AJUKAN TIDAK DAPAT DIJAWAP.
HAPRAK LAH LU ORANG NI SEMUA PUAK PEMBANGKANG.

LU ORANG CAKAP SAHAJA BILA DAN DI MANA UNTUK KITA BERDEBAT DALAM MASAALAH RAKYAT.
KAMI DI BPN SEDIA DAN TERIMA PERDEBATAN INI.

JANGAN MENYALAK TAK TENTU PASAL SAHAJA.

APA ANWAR AL-JUBURI DAH SEMAKIN PANAS SEKARANG DAN KAU ORANG PULA YANG DAPAT TEKANAN???

ummi buat tak layan aje cabaran Gomo ni..tapi ciberboron betul2 menantikan cabaran dari BPN rupanya..baca ni...

Tuan GOMO, inilah yang aku tunggu-tunggu. Kalau tuan-tuan sedia berdebat, aku sanggup uruskan majlis tu.

Cadangan aku:

Tempat : Sekitar Taiping
Tarikh : antara 20 Mac - 6 April (di kesempatan ramai orang ada kat Bukit Gantang)
Pendebat : 2 BPN - 2 BloggersNetwork
Format :
(a) Setiap pendebat berhujah selama 30 minit satu pusingan.
(b) Dua pusingan -
pusingan satu: blognet - bpn - blognet - bpn
pusingan dua : bpn - blognet - bpn - blognet
Wakil (cadangan):
- bpn - (2 antara 5): PPC/PB/ParpuKari/Gomo/Taiping Mali
- blognet - (2 antara 5): MSK/PakKaramu/KulupSakah/TopengPerak/CyberBoron

Ok. Setakat ini dulu cadangan aku. Harap dapat maklum balas dan kerjasama daripada tuan-tuan BPN.

bila dah cabaran disahut...mesti debat ni lebih hebat dari debat Anwar dan Shabri...pasal kita berharap PerakBangkit menyertai perdebatan ini....terus terang ummi cakap..memang teruja giler wa cakap lu....hahaha..

Harap pihak BPN memberi jawapan dengan segera yang mungkin..pasal nak siapkan dewan untuk perdebatan ini...nak panggil paara juri lagi..nak jemput tetamu kehormat lagi..yang pasti kami akan menjemput MB Perak yg SAH DS Nizar sebagai tetamu...dan sapa2 yg nak mai kena daftar dulu takut kerusi penuh...tapi kalau hangpa rela duk atas lantai kami alu2kan kedatangan hangpa...

BPN...namo lari2 ye..jangan main sorok2 pulak...

3 comments:

EQUILIBRIUM said...

udah pukui 11 malam ni tapi belah amno senyap je. perakbangkit buat posting malam ni pun tak ulas pasal berdebat ni. mungkin si gomo sudah digomol oleh blogger amno sbb pandai2 je buat cabaran muahahahhahaha

kulatlapok said...

CAYALAH BOLGGERSNETWORK... HIDUP PAKATAN RAKYAT..tunjukan yg kita bukan golongan hipokrit..

Azym Azizi said...

Wah..cayalah ummi.. Harap bleh divideokan debat ni..=)

> Dh ada respon blum ummi?

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil