Followers

Tuesday, March 17, 2009

calon2 yg terpilih untuk menjadi calon P059 ialah....

1. YAB. Dato' Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin - tidak perlu diterangkan latar belakang beliau. Beliau dikatakan mendapat sokongan terutama daripada pengundi bukan Melayu di Kuala Sepetang. Namun, cadangan ini menambah bebanan kepada beliau sendiri jika ditakdirkan beliau kembali kepada jawatan asalnya. Pemilihan beliau juga boleh menggambarkan PAS ketandusan calon lain.

2. Al Fadhil Ustaz Ahmad Awang - Sebagai Pesuruhjaya PAS Perak dan Naib Presiden PAS tentulah beliau dianggap terkanan dari segi hirarki parti di Perak. Beliau sudah dikenali umum kerana pernah menjadi Yang Dipertua PAS Taiping - bandar terhampir dengan Bukit Gantang. Hubungan beliau dengan DAP sangat baik kerana beliau adalah antara pimpinan Perak yang dapat dibawa berbincang dengan mereka terutama sewaktu pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

3.Tuan Hj. Mat Sabu - meskipun beliau bukan anak tempatan dan bukan orang Perak, pengaruh beliau di peringkat pimpinan PAS akar umbi Bukit Gantang sangat kuat. Beliau kerap turun ke Bukit Gantang sebelum ini. Selepas namanya tidak naik di Kuala Terengganu, penyokongnya menaruh harapan di Bukit Gantang pula.

4.Ustaz Idris Ahmad - beliau dianggap regu rapat dengan Hj. Mat Sabu dan sebagai anak tempatan Kg. Sungai Petai. Changkat Jering. Sebelum ini beliau pernah bertanding pilihanraya kecil Changkat Jering dan satu lagi sewaktu pilihanraya umum 1999. Kemudian pada tahun 2004 dan 2008 beliau bertanding di Jerlun, Kedah.

5. Ustaz Nurazli Musa - beliau Ketua Pemuda PAS Perak atau dikenali dengan nama `Taliban'. Beliau pernah bertanding pilihanraya 2004 di Pasir Panjang, 2008 di Trong, DUN di bawah Parlimen Bukit Gantang. Meskipun beliau kalah di Pasir Panjang dan Trong tetapi beliau dikenali terutama kepada pengundi Trong. Beliau bertanding di Trong kerana mendapat sokongan kuat daripada Dewan Pemuda Perak.

6. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub - beliau baru sahaja kembali ke tanahair selepas menamatkan pengajian PhD di Universiti of Manchester dalam bidang pengurusan teknologi maklumat. Sebelum ini beliau adalah Setiausaha Politik YB Hj. Mahfuz Omar. Latar belakang beliau sebagai kerabat di Raja Perak boleh digunakan oleh PAS untuk menunjukkan PAS tidak menentang institusi Raja.

7. Mungkin...

calon2 yg tersenarai di atas ummi ambik dari blog muhaimin sulam....kalau dilihat dari no 1 hingga 5 tu semua dah kenai....tapi tang si raja ni tak bape nak masyukk..macamana boleh tercalon yek....

tapi kita semua tau..kalau ikut ranking..yg no 1 tu sudah jadi pilihan orang ramai...sudah menjadi pojaan hati semua rakyat Perak...Abg Mat Sabu pun hebat juga....tapi apa2 pun kita tunggu 26hb Mac 2009..kita lihat sapa yang kena....!!

6 comments:

Anonymous said...

Jika dilihat dari isu semasa, dan bandingan dengan Calon BN yang telah diumumkan saya memilih calon no 5 Raja sebagai calon PAS. Secara strateginya.

Tidak mengapa jika speechnya nanti tidak power. ramai speaker PAS boleh digunakan...Calon macam pengantin saja..semasa kempen.

Elakkan dari YB Nizar, Mat sabu, dan Ustaz Taliban tadi..

Calon luar harap faham kenapa.

Anonymous said...

aisey, komen saya pasal pakcik saya td kene delete dah ke.. hehe. sori la..if terlalu sensitif.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam tanpa nama..bukan pasal sensitif..saje je takmau tayang muka dia kat org..nak kasi suspen sikit hehehe..

ummi kenai dah pakcik anda ni..heheh

Anonymous said...

ummi jgn cite kt dia saya ada posting, malu2.. hehe.. orait cantik.. td ada sms ngan dia.. susah gak nak tau.. tk reply dh bila tanya bab tu.. huhuhu.. namun insyaAllah saya akan turun membantu jentera di sana nt bersama rakan-rakan dari Manjung ni walau siapapun calonnya. Allahuakbar! - aro

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

Alhamdulillah...

ajak ramai2 ke Bukit Gantang..kita kasi umno bungkus habis2an..

Allahu Akhbar...!!

Anonymous said...

InsyaAllah..

Allahuakbar!!

Hancor UMNO!

aro

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil