Followers

Friday, March 20, 2009

risalah yg hina sultan dan mufti punya cerita..

hari ini merupakan hari yang mencabar bagi team BloggersNetwork@Perak...meh la ummi nak cerita sikit kira macam tulis dalam my diary la ni...

pagi ummi dan beberapa orang muslimat membuat rondaan di sekitar perumah di pekan Trong...jumpa beberapa pengundi yang berbangsa India..saja cakap nak cari kawan...hari ini ummi pakai ala2 macam puak belah umno..sama dengan member muslimat pakat nak pakai lain dari biasa..kami singgah satu rumah seorang yg berbangsa India tanya depa kat sana nampak sokong mana...dia cakap we all BN supporter...takpa la..mungkin dia ingat kami org BN dia jawab macam tu..takut kena mark kot...dalam keta kami cakap.. pasai kita pakai macam umno kot depa cakap macam tu..pasal laporan yg kita dapat kaum India taman tu memang penyokong PR...hehehe..

kemudian kami pi la basuh kereta sambil nak jumpa orang2 tempatan..memang dah plan nak basuh pasai dah tukar warna keta ummi ni..rupanya dia nak merasa mandi kat Trong...selesai basuh ummi call Sya-Reformis kata nak buat bawak pimpinan muslimat melawat bilik media bloggers..suruh Sya bagitau MSK depa akan terima tetamu hari ini....ummi ajak pulak blogger Pemuda Bagan Datoh ikut sama..maka kami bertolak dari Trong 2 kereta...sepanjang jalan menghala ke Taiping takde apa2 yang pelik..macam hari2 yang lepas...sampai kat rumah blogger maka sessi suaikenal antara pimpinan muslimat dgn para blogger..kerana beliau juga merupakan pembaca blog2 BloggersNetwork@Perak ni....dan mereka juga telah memberi sedikit sumbangan kepada Tabung Bloggers bagi menyokong usaha2 yang BloggersNetwork@Perak buat selama membantu krisis Perak ini berlaku...cuma depa frust sikit pasai depa juga peminat Al-Banjari..depa ingat kot2 la boleh tengok depan2..pasai salah seorang muslimat orang banjar juga..wahh wak banjar ramai peminat dikalangan pembaca muslimat rupanya...

hampir setengah jam kami di rumah blogger ummi yg ditemani Sya menghantar pimpinan muslimat pulang ke rumah penginapan di Trong..di perjalanan balik inilah kami perasan banyak kertas bertaburan di 5 tempat yang berbeza..banyak dan bersepah2 ditiup angin..nak berhenti di seberang jalan sebelah kanan..cakap dengan Sya lalu balik karang kita tengok apa benda...perjalanan balik itu lokasi pertama kami singgah di sebuah ladang sawit..dan kami ambil gambar dan sedikit risalah itu...seperti gambar dibawah..



risalah ini adalah di lokasi pertama kami ambil di ladang sawit...

kemudian di lokasi yang seterusnya di sebuah masjid di Batu 8...kami lihat ramai jemaah berada dilonggokan kertas2 risalah yg dicampakkan di depan Masjid Batu 8..



risalah yang sama seperti di lokasi yg pertama...

kami gerak lagi ke depan...terdapat Madrasah Al-Tarbiyah Al-Islamiah...di situ juga terdapat longgokkan risalah yg dicampakkan oleh mereka yg tak bertanggungjawab..di sini risalah dia tak sama dengan lokasi yg pertama dan kedua...






kami gerak lagi ke depan untuk melihat kot2 ada lagi benda ni kot depa tabur..lokasi terakhir yg kami jumpa disini...tengok gambar kat bawah ni mesti hangpa kenal tempat ni...







kami bawa risalah ini 2/3 keping balik ke rumah blogger dan buat laporan kepada MSK dan geng..kemudian kami ambil keputusan untuk buat report setelah dinasihat oleh pimpinan PR...maka kami bergerak ke Balai Polis Trong bersama Perisik Rakyat..dalam perjalanan ke Balai Polis Trong kami lihat di lokasi terakhir masih bertebaran risalah tersebut tetapi di Batu 8 sudah clear..tak tau siapa yang kasi clear...dan lokasi pertama di ladang sawit masih ada...di Trong petugas Bagan Datoh berkampung di situ..ummi maklumkan Pemuda Bagan Datoh untuk menunggu kami di Balai Polis Trong... report polis telah dibuat oleh Sya-Reformis di Balai Polis Trong...kebetulan bersama blogger Pemuda Bagan Datoh ada saksi yang melihat mereka2 yang mengedar risalah2 tu...katanya di Masjid Trong semasa dia keluar masjid ada sebuah kereta Waja warna putih buka bonet dan beri beberapa helai risalah tu pada jemaah..pakcik yang berasal dari Selekoh tu pun cadang nak la pegi mintak kertas tu..tak dan nak ambik depa tutup bonet kereta terus blah...tapi dia tak tengok plat kereta tu pasai tak sangka akan dibuat report tentang risalah tu...dia kata orangnya berumur dalam lingkungan 50-an.... selesai buat report kami dipanggil ke IPD Taiping pulak...




kami dipahamkan Hj.Ismail juga membuat report polis di Balai Simpang...kami call MSK untuk sama ke IPD Taiping...pasal ummi bukan paham jalan kat Tepen ni..kena ada guider...so MSK lah orangnye yg sesuai jadi pemandu pelancung ummi di pekan Tepen ni..tapi nak dijadikan stori mori...di area Hospital Tepen kereta ummi pulak dihimpit oleh sebuah kereta proton semasa nak keluar simpang..apa lagi gedegang keretaku dilanggar..maka mata kereta ummi sebelah kanan dah sepet...ni lah rupa keretaku yg ditimpa musibah..buat famili khusus buat suamiku..jangan risau pasal semua selamat takde apa2..just cover lampu signal saje yg terbang..kereta proton tu teruk sikit pasal pintu sebelah kirinya kemek dan tak boleh nak buka..kami selesaikan dgn cara masing2 repair kereta masing2...gambar kereta proton tu nanti ummi buh ye...




lepas selesai bab eksiden tu kami terus ke IPD Taiping untuk berjumpa dengan Inpektor Affandi..walaupun nama sama dgn MSK..tapi dia lebih muda dan hensem dari MSK..hehehe..di sana Hj.Ismail sudah berada dalam bilik Inspektor Affandi..dan di dalam bilik tu ada satu bundle dan sebungkus besar risalah yang menghina Sultan Perak dan Mufti Perak..tak tau datang dari mana..tak lama pun kami di IPD Taiping..lepas tu kami gerak ke bilik gerakkan PKR..ummi dan Sya pulak balik ke rumah blogger untuk rehat dan mula buat posting ni...yg hat tadi2 tu..MSK tolong..Dugung Darat yang tolong buatkan posting di blog ummi..terima kasih bebanyak ye... nilah saja gambar2 termampu ummi ambik hanya menggunakan henpon saje..so tak berapa eloklah kualitinya..tapi kira ok la kan..

di sini ummi memberi sedikit pendapat kepada semua petugas Pakatan Rakyat sentiasa peka dan bersiap sedia untuk menjadi peronda bagi memastikan mereka2 yang tak bertanggungjawab ini supaya mereka tidak dapat menggunakan tektik yang kotor ini untuk memburukkan PR...kena sentiasa buka mata..buka telinga..jangan lena dan leka...nak lena ganti2 orang no..

wallahualam...

6 comments:

Anonymous said...

err.. kalu orang pr yang buat.. mereka tak tulis barisan nasional... hahahha...

paling-paling pun tulis BN...
sesopannya tulis cuma BARANG NAIK...

Prof. Era Pasca said...

hehe tapi mesti tulis UMNO punye kat situ dan jugak bijaN

PAPA GOMO said...

HU..HU..HU....
FITNAH...FITNAH...

CUBA LAH PUAK BNM NI BAWAK MENGUCAP SIKIT....

TAK ELOK MENYAMPAIKAN BERITA FITNAH PADA RAKYAT....
CUBA LAH JADI BLOGGER YANG CERDIK AKAL TU...

BUKAN MENCACAI TAK TENTU ARAH....

MEH SINI BACA BOSS HANG KATA!!!
KEBENARAN BUKAN FITNAH http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/sahih-dan-nyata-dari-bpn-buat-rakyat.html

Anonymous said...

Sudah la GOMO....ajak debat....PPC kata takutkan keselamatan ko...boleh blah la woiii....cakap dalam alam cyber berdegar-degar...tapi macam pondan.....sapa nak baca blog pencacai macam ko...syok sendiri ada la....Inilah blogger upahan......syoknya dapat duitkan....hoiiii GOMO...duit lebih tu..jangan pulak lupa beli kain kapan......mana la tahu bawak-bawak la ingat Allah sama..iingat la mati sama kurangkanlah mencarut....

Malaysian-2Day said...

wah ummi! siap nak meronda2 lak, tak percayakan POLIS lagi ke? hehehe ummi ni lawak tul la. lagak macam ummi dan rakan2 sahaja lah konon nya yang betul! semua perkara2 buruk semua datang dari BN. Yang baik semua dari PR hehehhe. Dengan cara ayat baik ummi ni, patutlah dulu orang banyak terpikat! tapi di lubuk hati, belum tahu lagi kan ummi. Hanya ALLAH yang tahu.

Jarod said...

Salam Saudari...

Ya, BN dah ketandusan idea ni... jadi apa apa pun mungkin mereka cuba,,, Jaga diri baik2 ye...

G0 NIZAR~!!!! :D

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil