Followers

Sunday, July 20, 2008

PENGALAMAN PERTAMA SHUHUD

PENGALAMAN PERTAMA SHUHUD

Berlaku satu peristiwa pada bulan November 1980 setelah penulis mempelajari ilmu kerohanian selama enam tahun. peristiwa tersebut berlaku terhadap diri penulis ketika penulis hendak balik ke kampung melalui jalan Kepong-Tanjung Karang ke Bagan Datoh. Sepanjang dalam perjalanan, penulis tidak henti-henti mengamalkan zikir shuhud HU-ALLAH. Begitulah amalan yang lazimnya penulis lakukan dimana juga. Apabila sampai sahaja penulis disebuah jambatan (Kuala Selangor), penulis merasakan seluruh badan seram sejuk, seolah-olah ada gangguan. Ketika itu bermakam-macam timbul didalam fikiran penulis tetapi zikir terus juga penulis amalkan dan akal memberi isyarat supaya terus memikirkan keagungan Tuhan yang menjadikan seluruh alam. Sebaik sahaja melepasi jambatan tersebut, badan yang sebelumnya merasa seram sejuk bertukar menjadi nikmat yang tidak pernah penulis rasakan seumur hidup. Ketika itu semuanya dirasakan indah-indah belaka. Disebabkan peristiwa itu pertama kali berlaku penulis merasa ganjil juga takut-takut sesuatu yang buruk berlaku terhadap diri dan keluarga penulis, lalu penulis memberhentikan kenderaan dan berehat sebentar dan penulis memeriksa badan jika ada yang tidak kena, namun semuanya dalam keadaan baik. Lalu penulis teruskan memandu dan terus memikirkan semuanya itu adalah kehendak Tuhan, namun zikir tetap juga diteruskan. Yang anehnya rasa kenikmatan tersebut menjadi bertambah-tambah sehingga tidak lagi dapat dikawal, seolah-olah yang memandu kenderaan bukan lagi penulis. Ini kerana penulis bebas melihat ke kiri dan kanan malah kebelakang dan memandang kelangit dengan tiada merasa takut kalau-kalau berlaku kemalangan. Disamping itu penulis merasa apa yang penulis lihat seolah-olah tersenyum kepada penulis. Begitulah keadaannya sehingga ke Tanjung Karang.

Sebaik melepasi pekan Tanjung Karang disatu tempat melepasi kawasan dipersimpangan yang dinamakan Simpang Tengkorak, penulis diingatkan oleh suatu suara yang mengingatkan waktu Asar telah masuk, dan terus sahaja penulis memberhentikan kenderaan. Dan secara kebetulan memang ada masjid ditempat tersebut. Penulis berjalan kearah masjid tersebut seolah-olah tidak jejak kaki kebumi. Rumput-rumput serta pokok pula seolah-olah menundukkan diri kepada penulis. Sesampainya penulis diperkarangan masjid tersebut, penulis terus mengambil wudhu’. Disini berlaku lagi kenikmatan yang bertambah-tambah apabila penulis menyentuh air untuk mengambil wudhu’. Apabila selesai mengambil wudhu’, penulis pun melangkah masuk kedalam masjid. Didalam masjid itu kelihatan seorang tua sedang beriktikaf dan menjeling penulis sambil mengangguk-anggukkan kepalanya kepada penulis. Didalam hati penulis, orang tua tersebut mestilah seorang yang alim dan ahli syurga. Sekali imbas sahaja hati penulis mengatakan yang orang tua itu ahli syurga. Apabila penulis mula hendak mengangkat takbir, maka penulis merasakan suatu kenikmatan yang bertambah-tambah lagi.

Selesai sahaja sembahyang, penulis melihat orang tua tersebut sedang memandang penulis dan penulis nampak dengan jelas dia mengangkat tangan berdoa, tetapi matanya terus memandang penulis. Apabila penulis melangkah keluar daripada masjid, penulis terhidu bau yang sangat wangi. Penulis tidak menghiraukan lagi orang tua itu, akan tetapi apabila penulis berjalan keluar masjid tersebut kelihatan orang tua itu turut keluar masjid dan terus mengiringi langkah penulis sambil tangannya tetap dalam keadaan berdoa dengan mulut yang terkumat-kamit. Sebaik sampai dikereta, penulis terus sahaja masuk dan teringatkan pula Cermin mata mungkin tertinggal, penulis keluar balik dari kereta serta terus menuju kearah masjid tersebut. Yang anehnya masjid tempat penulis bersembahyang tadi sudah tiada lagi. Apa yang menghairankan penulis ialah ditapak masjid tersebut hanya ada susunan daun-daun kelapa kering yang tersusun rapi dan diatas daun kelapa tersebut penulis menemui balik cermin mata yang tertinggal tadi. Penulis meninggalkan tempat tersebut dan terus pulang. Didalam perjalanan menuju ke Bagan Datoh, penulis singgah di Sabak Bernam untuk minum air kelapa. Selepas minum penulis terus memandu mengikut jalan masjid. Sampai sahaja dikawasan masjid, penulis nampak lelaki dan perempuan keluar masjid dengan saiz badan yang tegap dan tinggi-tinggi dengan muka yang bengis dalam keadaan fizikal yang tidak sempurna. Ada yang berbadan manusia dan berkepalakan haiwan. Penulis terus mengucapkan Istighfar, dan kedengaran satu suara yang mengatakan mereka adalah jin dan haiwan. Penulis dalam keadaan merasakan nikmat terus sahaja memandu dan kelihatannya semua pokok dikiri kanan jalan tunduk kepada penulis.

Sampai sahaja dijambatan Sabak Bernam, yang mana dikawasan tersebut banyak pokok-pokok nipah yang mengeluarkan bunyi-bunyian apabila ditiup angin dengan daunnya tunduk kearah penulis, dan sebaik sahaja penulis melewati pokok tersebut, pokok itu pun kembali menjadi tegak semula. Sebaik sahaja jambatan hampir diseberangi, penulis merasakan badan penulis mula panas tetapi kenikmatan terus berlaku dan kenikmatan sedikit-sedikit beransur hilang. Selepas sampai kerumah, baru penulis rasa takut dengan peristiwa tersebut terutama apabila mengenangkan masjid yang hilang. Itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


ZUHUD

Yang dimaksudkan zuhud itu ialah mengingati Allah dengan cara berterusan serta insaf akan segala kesalahan yang pernah dilakukan. Setiap manusia tidak sunyi daripada kesalahan, dan setiap kesalahan tidak semestinya berterusan dalam kehidupan manusia. Kadangkala sampai kepada tahap umur yang tertentu Allah memberikan suatu perasaan kepada manusia supaya menyelamatkan diri daripada terus melakukan perkara yang tidak memberi manfaat kepada mereka. Lalu perasaan tersebut mendorong mereka memikirkan bahawa segala yang terdapat dimuka bumi ini tidak memberi manfaat sesudah mati. Ini tidak bererti bahawa dunia ini tidak memberi faedah lansung secara total kepada kehidupan manusia. Yang dibimbangkan ialah cintakan dunia akan menjauhkan diri manusia itu dari Allah swt, kerana utamakan kemewahan yang menjadi bebanan hidup akhirnya. Zuhud pada awalnya datang kepada kehidupan manusia yang tidak tenteram dengan kemewahan kekayaan yang sentiasa dihantui oleh harta benda yang banyak, isteri yang cantik, gedung yang mewah dan besar. Semuanya itu tidak mendatangkan ketenangan kepada mereka. akhirnya mereka mula memikirkan keadaan yang kurang pada diri mereka dan mula sedar bahawa semua itu menjadi bebanan, begitu juga isteri, anak-anak, harta benda dan sebagainya. Akhirnya mereka berjumpa dengan apa yang mereka cari iaitu ketenangan. Dimanakah hendak mencari ketenangan hidup. Dikedai atau digedung tiada dijual. Tiada manusia yang layak menjualnya. Inilah yang dimaksudkan mencari yang tiada tetapi ADA. Oleh itu setiap manusia yang rindukan ketenangan didalam hidupnya sama ada ianya tergolong orang yang berada atau pun tidak berada, mestilah terlebih dahulu mencari guru yang dapat membimbingnya menyucikan nafsu Muthmainah (nafsu yang tenang). Kemudian melakukan zikir zuhud yang bertujuan menghampirkan diri kepada Allah swt. Amalan ini memberi kesan nikmat yang tidak terhingga. Hanya yang mengalaminya sahaja dapat membayangkan nikmatnya. Sebab itulah sesetengah ahli zikri mengatakan “nikmat itu datangnya daripada amal untuk menghampiri Allah lalu kamu merasa tenang dan kemelut itu datangnya daripada amal yang menghampiri dunia”.

Firman Allah didalam hadis Qudsi:

مَا تَقَرَّبَ اِلَىَّ عَبْدِ ى الْمُؤْمِنُ بِمِثْلِ الزُّهْدِ فِى الدُّ نْيَا وَلاَ تَعَبَّدَ نِى بِمِثْلِ اَدَاءِ مَا افْتَرَضْتُهُ

Maksudnya: tidak ada amalan yang mendekatkan diri seorang hamba yang mukmin kepadaKu seperti zuhud dunia, dan tidak ada satu amalan ibadat pun yang mendekatkan diri kepadaKu, seperti menunaikan semua fardhu keatasnya.
(Hadis Qudsi riwayat Ibnu Abbas)

Pada zaman kemuncak kemajuan Islam, ramai dikalangan manusia yang mempunyai ilmu tidak dapat menikmati kelazatan hidup berdasarkan amal dan ilmunya. Oleh sebab itulah mereka mula mencari suatu kepuasan dunia dengan mencari punca nikmat, akhirnya mereka dapat. Ramai para alim ulama’ yang menceburkan dirinya mengamalkan zuhud pada suatu masa dahulu sehingga mereka tidak dapat dipengaruhi oleh kesenangan dunia. Mereka memandang dunia dan seluruh isinya tersangat kecil dan akan menjadi hancur pada bila-bila masa sahaja. Mereka melihat bagaimana istana yang indah, isteri yang cantik, harta yang bertimbun menjadi musnah oleh keadaan masa dan kehancuran akibat peperangan dan perampasan. Mereka juga sudah melihat bagaimana segala yang indah dan dipuja pada suatu ketika dahulu akhirnya menjadi berubah rupa dan keadaan, dan akhirnya semua itu menjadi lenyap dari sisi mereka. menyedari akan hakikat inilah mereka mencari nikmat yang kekal daripada Allah swt. Sesungguhnya segala ketenangan ada didalam diri manusia, dan kenikmatan juga ada didalam diri manusia. Semuanya itu tidak dapat dirasakan oleh manusia kerana ia terbenam dengan pancaran dunia dan isinya. Oleh itu ia perlu digilap dengan zuhud dan zikirnya supaya nur daripada Allah memancar kembali.

4 comments:

nasa said...

mansisnya pengalaman ummi. aku masih tercari2...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

bukan ummi..tapi seseorang yg rapat dgn ummi...itu muqaddimah pada bukunya...

jogi da bomb said...

Bukan ke cerita pasal ni dah hilang? Saya pernah terbaca kisah ni... tp bila cari semula, tak jumpa. So confuse...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

hilang dari mana...dari buku ke...tapi masih ada simpan dlm pc..hehehe

tu maknanya jogi kena cari betol2 tu..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil