versi berita harian...
TAIPING: Pas hari ini mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno terlebih dulu menggunakan masjid seperti 'kekecohan' yang berlaku di Masjid Simpang, malam tadi.
Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Induk Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata tidak timbul bekas Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin 'merampas' majlis solat Hajat dan bacaan Yassin anjuran BN.
"Apa yang berlaku ialah Nizar tak rampas majlis BN, beliau cuma beri tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan ketika mengimankan solat Maghrib."Jika BN dakwa Nizar dan Pas guna masjid, bermakna Umno dan BN sebenarnya yang terlebih dulu guna masjid untuk kempen mereka," katanya pada sidang akhbar harian Pas di Markas Pas Kampung Air Kuning, di sini, pagi ini.
Malam tadi, Menteri Besar Perak, Datuk Dr Mohd Zambry Abdul Kadir mendedahkan Nizar merampas mikrofon dari imam masjid untuk memberi ceramah sedangkan ketika itu sepatutnya untuk majlis solat Hajat dan Tahlil ajuran BN.
Dr Zambry berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib."Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya.
Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Mustafa juga berkata mendakwa mikrofon berkenaan diserahkan oleh iman masjid kepada Nizar untuk memberi tafsiran mengenai surah yang dibacanya itu.
versi imam Masjid Simpang...
Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di Taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...
Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.
Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.
Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah...lepas ni mungkin kena pecat le ana...Beliau menghabiskan cerita.
Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya.
versi DS Nizar..
Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.
Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.
Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.
UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.
Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.
Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.-
Zambry menuduh PR mempolitikkan masjid..masjid dijadikan gelanggang politik..tapi dengan tak sengaja dia mengiyakan majlis bacaan Yassin di masjid tersebut itu adalah anjuran parti UMNO/BN...bermakna BN telah menggunakan masjid untuk berpolitik..dan kenyataan Zambry juga dilihat sebagai FITNAH..kerana apa yang berlaku telahpun dijelaskan oleh imam tersebut dan DS Nizar sendiri..macam ini gayanya...boleh kena saman ni pasal reka2 cerita atau bahasa sopannya..MENFITNAH...!! betol ke DS Nizar 'MINTA' mikrofon dengan cara yang 'KETERLALUAN'...?
renung-renungkan dan selamat beramal..!!
wallahualam...
1 comment:
umno dulu, kini dan selamanya parti pendusta, pembohong dan ........
anda sebagai pengundi harus bijak memilih.
klik sini dan renungkanlah
RENUNGAN BUAT PENGUNDI2 SEKALIAN.
Post a Comment