-bicara tok iskandar
UMNO yang makin gelabah pasal nak kalah terpaksa mengerahkan memanda pencen untuk berkempen di Bukit Gantang.
Dengan muka confidentnya,puak-puak umno yakin memanda menteri pencen akan pulang dari London dan turun berkempen ke Bukit Gantang.Pulang marilah pulang marilah pulang bersama-sama.....Nyanyian orkestra Puteri UMNO ikut rentak lagu Geylang si Paku Geylang.
Kalau kalah,tok yakin sangat puak-puak umno akan menyalahkan memanda menteri pencen ni sebagai punca kekalahan.
Jentera kempen UMNO-BN mengikut risikan yang tok terima macam tongkang pecah.Jumaat ni hampir pasti Bukit Gantang jadi zon bebas UMNO-BN pasal ramai yang akan menuju ke Lembah Kelang bagi meraikan kejayaan Najib jadi PM.Itupun kalau jadilahkan.Mungkin pesta 3 hari 3 malam akan diadakan di Kuala Lumpur.
Kita biarkanlah UMNO dengan labu-labunya.Nak poya-poya ke.nak berjudi ke....lantak koranglah.betul tak zali?bukannya kami tak larang dah korang yang bebal.nak kata makan terlebih sambal,berukpun makan belacan.
Tok harapkan semua petugas PR di Bukit Gantang bekerja-keras di kawasan-kawasan kelabu dan kawasan totok umno.Kalau boleh sasaran kita lebih daripada 70% undi Melayu selain undi solid pengundi bukan Melayu.Changkat Jering dan Trong kini dah berpindah milik kepada BN,kita kenalah bekerja keras mendapatkan sokongan mereka.jangan overconfident...ok
Kelmarin tok ke terminal bas taiping,sempatlah borak dengan budak muda.umur budak ni dalam 19 tahun.dia cakap kat tok,dia taklah arif politik.melayu sama melayu gaduh tapi cina yang tepuk tangan,katanya lagi.nampakkan propaganda umno menjadi.cuba fikirkan kalau semua pengundi melayu berfikiran macam tu.tak ke haru.
Lepas dengar penjelasan daripada tok,budak tu dah clear sikit.tak macam tadi tok tengok blur je.
Luangkanlah masa sikit kat warung kopi,stesen bas dan teksi untuk mengetahui sentimen pengundi Melayu.Bukan kata undi Bukan Melayu tak penting.Kalau boleh tok nak kita dapat undi solid semua kaum.Barulah boleh kita buat hipotesis,rakyat Perak sebulat-suara tolak umno-bn
Kem umno yang berpuak-puak satu bonus buat kita.Pemuda ada team KJ,Mukhriz dan Khir.Tu tak campur dengan kumpulan pengacau bekas reformis dan pekida.wanita pulak,opah pidah dan kak zat dah tak ngam.dah tak boleh carik bulu ayam dah.geng-geng kumpulan kalah tak tunjuk muka langsung.ada yang kata depa pi melancong pasal frust nongeng kalah hari tu.paling best....umno bukit gantang bergolak pasal isu mail jadi calon Bukit gantang.dulu awal-awal ada yang dah offer nak jadi calon.bila tahu mail jadi calon,hancur luluhlah segala impiannya untuk bergelar bakal MP.dahla Mail ni geng kalah kat Bukit Gantang,dari segi populariti out of date brader...
Tok dapat khabar angin dari kem UMNO..rombakan kabinet kalau najib jadi PM,menteri tinggal 20 orang je....Kalau najib masukkan orangnya jadi menteri,rais,hamid,azlina,khaled akan disingkirkan..tok tak yakin shahrir samad pencen jadi menteri.kalau korang nak tahu dia ni 2 pupu dengan najib dan hisham.dalam umno kroni kena ambik pot.
hampir pasti najib akan ambik 2 kementerian,kewangan dan dalam negeri.muhyiddin akan ambik satu lagi kementerian.mungkin pertahanan.kalau ada kompromi pak lah dengan najib KJ akan jadi menteri pelajaran dan hishamuddin akan diletakkan ke kementerian yang lebih kanan.sepupu KJ,shaziman akan diletakkan di kementerian asalnya,multimedia.
Mukhriz akan jadi menteri di JPM.
Kak Zat,Rosnah,Zahid,Noh Omar dan shafie juga akan mengisi slot kerusi menteri.
Ramai yang cakap najib akan naikkan semula jamaluddin jarjis dan beberapa orang pahang sebagai menteri.antaranya ismail sabri,saifuddin abdullah,maznah dan ismail said.Nasib saifuddin paayh sikit pasal ayahnya ustaz dolah penyokong kuat PAS.Orang kampungnya sendiri kata bagaimana sikap saifuddin yang turun berjumpa ayahnya hanya ketika mohon restu jadi calon BN untuk parlimen Temerloh.Ketika ini ayah Pudin sekarang tengah uzur.Tok tak nak cakap banyak tapi elok kengkawan bloggers check sendiri masalah Pudin dengan ayahnya.Dia dah tak jadi popular kat kawasannya.Memang menyedihkan.dah jadi macam citer kisah benar pulak.ada yang kata sepenggal je Pudin jadi MP Temerloh.Ismail Sabri walaupun bapak kepada Dafi tak banyak mendatangkan manfaat kepada rakyat pahang.cuba bloggers siasat benarkah anak sedara ismail sabri antara yang memegang jawatan tinggi dalam yayasan baru yang ditubuhkan dan diterajui oleh Mumtaz jaafar.
Noh Omar pulak diragui ketelusannya di dalam Yayasan tekun dan pembahagian permit bas dan teksi.eloklah digugurkan atau dipindahkan ke kementerian lain.
Mereka yang tak popular inilah yang akan mempercepatkan kejatuhan UMNO.Orang tua-tua cakap kalau nak jawapan ikhlas kena tanya musuh.Eloklah najib gugurkan jamaluddin jarjis,saifuddin,maznah,ismail sabri dan noh omar daripada kabinet barunya.Ismail said sendiri tak popular di kalangan pengundi-pengundi di tempatnya.
Panjang benar celoteh tok.tok nak minum dulu.mamak teh wunekkkk.....
Pertembungan di antara menteri pasola zambri dengan mb rakyat nizar di negeri Pasir Dua Butir penuh dengan adegan yang mencuit hati dan perasaan.
Dahlah kempunan jadi imam,menteri pasola menjaja citer tak dapat jadi imam se malaya di dalam saluran ceria umno,tv suku dan paper-paper totok umno.
Lepas ni kalau nizar sembelih ayam,menteri pasola akan complain tak dapat sembelih ayam.tok paham betapa desperadonya menteri pasola ketika ini.Kalau boleh apa yang dibuat oleh nizar,menteri pasola mampu lakukan.menteri pasola boleh....dan menteri pasola yakin boleh.
setelah dirampasnya negeri pasir dua butir dan telah puas melanun di jajahan takluk negeri pasir dua butir,baru menteri pasola sedar dia syok sendiri pasal rakyat bersama nizar.
menteri pasola ingat boleh rampas kesemuanya.rakyat dah bijaklah....kerajaan bawah pokok lebih mulia daripada kerajaan lanun yang diperintah menteri pasola.
suara keramat rakyat yang kini bergema berselang-seli dengan takbir,reformasi dan makkal sakhti di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai bagai hunusan pedang dan tombak yang bakal merobek kerajaan lanun menteri pasola di negeri pasir dua butir.Laksamana do re mi(Bukit gantang,bukit selambau dan batang Ai)akan menumbangkan keangkuhan empayar keris bertangkai satu dan soldadu-soldadunya dari barisan timbang kati karat.
Ketika itu rakyat akan bersorak,berteriakan kerana bukan sahaja negeri pasir dua butir bebas merdeka tapi keseluruhan negara tercinta bebas daripada cengkaman empayar keris bertangkai satu.
menteri pasola boleh balik pulau d'pengkor.
lambat pulak mamak ni.teh wunek...vanga.tok dah haus
1 comment:
teman harap kempen menarik undi melayu atas pagar dikuatkan lagi. kalau undi melayu pada pas dlm pru12 dapat dikekalkan insyaAllah kemenangan berpihak pada pakatan sekali lagi.
teman fikir lebih 80% undi bukan melayu akan berpihak pada pas. ini kerana amno sendiri menjadi punca kebencian bangsa lain pada mereka.
jadi kemenangan atau pertambahan majoriti kepada pakatan akan ditentukan oleh undi melayu atas pagar. kita jangan menafikan ada melayu yg terpengaruh atas dakyah derhaka yg dijaja oleh amno.
Post a Comment