Followers

Friday, April 03, 2009

bila amno nak cerodik ni..??

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg

-bicara tok iskandar


Sehari sebelum PRK Bukit Gantang, Najib akan turun padang ke Bukit Gantang meninjau petugas-petugas UMNO-BN bekerja ke makan tidur ke dengan ditemani mamak memanda menteri pencen dan pak lah.Najib sebagai PM akan berucap berapi-api membakar semangat totok umno.Bila dah sampai tahap gaban ada yang rasa panas sampai terjun sungai.macam minum kopi kapal api.

Janji manis najib bukit gantang akan dijadikan hub atau segitiga emas perak.melayu nak ke mana lepas ni?melayu umno tak kisah.dah lama dah melayu umno tak kisah.Pemimpin umno beri singapura kat lee kuan yew,melayu umno tak kisah.melayu umno bising nizar jadi boneka DAP tapi buat pekak badak je bila Gerakan perintah pulau pinang sejak 1969.

Najibpun letaklah batu asas bagi real sikit drama ala-ala Samarinda.kalau kalahpun tak siapa yang ingat najib letak batu asas kat situ.kata mamak memanda menteri pencen,melayu mudah lupa.hakikatnya melayu umno yang mudah lupa.

Najib percaya dengan ditemani pak lah dan mamak menteri pencen,watak wirawan tahap laksamana do re mi akan menawan hati pengundi Bukit Gantang walhal mereka tak ubah seperti three stooges buat rakyat.

media totok umno akan war-warkan kabinet dapur bakal dibentuk najib.

Biarkanlah badut-badut umno ini membuat aksi menghiburkan rakyat.jika rakyat tak bertepuk tangan biarlah mereka syok sendiri.
Melayari impian menggapai cita-cita membentuk melayu glokal yang taat setia kepada najib dan umno.

Rakyat kini dah bijak.Sandiwara umno jadi bahan gurauan.Sesumpah dan katak jadi mainan umno.akhir kata najib melaungkan suara lemak merdunya,umno boleh.rakyat tanya apa yang boleh.boleh apa lagi....boleh blah......

1 comment:

ManBelong said...

Tahniah diatas perlantikan Najib sbg Perdana menteri ke 6... Maka dgn ini lengkaplah teori RAHMAN yg diidam-idamkan oleh UMNO. Dengan itu maka akan berakhirlah era pemerintahan UMNO selepas huruf yg ke6(N-Najib) Dlam teori RHMAN tsb.

Bila akan berakhir??? PRU ke 13.

Treuskan perjuanga di 2 Bukit 1 Batang. Sesungguhnya perjuangan rakyat baru bermula tetapi perjuangan UMNO sudah tiba ke tebing kemusnahan.

TAKBIR....

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil