Followers

Wednesday, April 01, 2009

undi PAS...bermakna tolak Najib...

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg

-bicara tok iskandar


Hari ni 31hb. Mac, 2009 adalah ulang tahun perletakan batu asas Hotel Genting, kasinonya dan lain-lain iaitu pada 31hb. Mac, 1969.Pengerusi Genting Highlands Berhad ketika itu ialah arwah Tan Sri Mohamed Noah yang juga datuk kepada Najib Tun Razak dan Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Inilah sumbangan UMNO untuk Melayu beragama Islam iaitu kasino terbesar di Asia Tenggara. Tak sampai 2 Bulan lepas perletakan batu asas tu berlaku trajedi 13hb. Mei, 1969.

Tak semua Melayu tahu tapi tak ramai melayu yang cerdik tinggal dalam UMNO. Tok tak mahu jadi Melayu bodoh yang mengharapkan sesuap nasi daripada UMNO dan mempertahankan setiap tindakan UMNO biarpun salah.

Hishamudin pulak gagal dalam peranannya sebagai Menteri Pelajaran. Anaknya belajar di Sekolah Antarabangsa satu hal. Kejayaan Nik Nor Madihah menjadi pelajar terbaik SPM 2008 dengan mendapat 20A adalah satu tamparan hebat buat Hishamudin. Madihah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ma'ahad Muhammadi (P) yang berada di bawah kelolaan Yayasan Islam kelantan (YIK). Kira kategori Sekolah Agama Rakyat.

Ada Kementerian Pelajaran umumkan dia atau beri anugerah kepada madihahnya? kejayaannya telah mengalahkan semua sekolah berasrama penuh dan MRSM. Patut Kementerian Pelajaran mengambil modul pengajaran dan pembelajaran daripada Sekolah Menengah Ma'ahad Muhammadi (P) ini untuk dipraktikkan ke seluruh sekolah menengah di bawah kelolaan kementerian pelajaran.

Begitu juga dengan bantahan PPSMI oleh GMP yang diketuai oleh Sasterawan negara Datuk A.Samad Said dan Datuk Dr.Hassan Ahmad. Bila tokoh bahasa dah turun ke padang dan menyertai demonstrasi membantah PPSMI, Hishamudin masih mempertahankan egonya. Biarpun UMNO Johor dan wanita UMNO juga menyokong usul membantah PPSMI tapi hishamudin tetap menang. Nampak sangat UMNO tak perjuangkan bahasa Melayu.

Tentang cadangan Hishamudin agar guru dibenarkan berpolitik sebenarnya untuk menutup kelemahannya yang membiarkan Kementerian Pelajaran, JPN dan PPD dikuasai orang UMNO dan sering menghukum guru-guru yang menyokong pembangkang dengan menghantar mereka ke pedalaman biarpun mereka tergolong guru cemerlang.

Pegawai khas Hishamudin sendiri ialah pengarah JPN Pahang, Datuk Azmi yang juga merupakan bekas setiausaha UMNO Bahagian Pekan yang diterajui sepupunya Najib.

Kepada semua pengundi Melayu yang beragama Islam jika anda mengundi Pakatan rakyat bermakna anda menolak kepimpinan Najib sebagai PM yang akan membawa negara kita semula ke era Mahathir sebagai PM yang penuh dengan autoritarian dengan penindasan. Mengundi BN bermakna bersetuju Najib jadi PM biarpun satu dunia sudah tahu perihal kes Altantunya. Dalam Al-Jazeera turut disiarkan selain akhbar di Perancis, India, Korea, Indonesia, Australia dan lain-lain.

Pengkhianat bangsa dan raja Melayu ramai dalam UMNO.

Siapa yang berani tabalkan tengku ibrahim petra sebagai sultan kelantan ketika sultan kelantan masih hidup kalau bukan anuar musa.

Siapa yang berani bawak lari Ku Yah ke Siam dan kawin lari, adik Sultan Selangor sekarang kalau bukan Mat Taib me no spik inglish. mi no pil pom..!

Siapa yang cakap "kami nak deris, natang!" kata-kata kesat yang ditujukan kepada Sultan Mizan dan sampai sekarang polis tak siasat siapa malaun UMNO yang berkumpul di kediaman Idris Jusoh.

Siapa yang berani hilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu kalau bukan Dr.Mahathir.

Siapa yang berani minta dedahkan semua harta Sultan dan Raja Melayu kalau bukan Shahidan Kassim.
Siapa pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara Kalau bukan...

UMNO..!

1 comment:

Prof. Era Pasca said...

malaysia nih umno yang punye..! hanpa pedulik apo? huhuhu dulu kini dan temberang...

saya perlukan pendapat anda..tq

panas-hisamudin bersilat cekak..
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html

lebih panas-masjid di conteng dgn makian
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html

p/s
buat banner besar2....

1)MULAI HARI INI HINGGA TERTANGKAPNYE PEMBUNUH ALTANTUNYA, KITA AKAN GANTIKAN ALTANTUNYA DENGAN NAMA PUTERI MONGGOLIA atau MINAH MONGGOL kerana POLIS DIRAJA MALAYSIA TAK BAGI SEBUL ALTANTUYA... KESILAPAN INI AMATLAH DIKESALI..

2)PAKAI TOPENG MINAH MONGGOL RAMAI2 pastu gantung di tengkok masing2 INI BUKAN ALTANTUYA.. JGN PERASAN...

ok tak cadangan aku? huhu
to ISA: ini cadangan tau bukan hasutan.. hehe takut oo ISA

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil