Followers

Friday, April 03, 2009

banjir di Simpang Halt..

petang semalam hujan lebat di di Bukit Gantang...dari jam 4 pm sampai la ke malam hujan sekejap lebat sekejap renyai...tapi ada satu stori telah berlaku sebelum hujan turun semalam di depan balai polis Trong..tengah ummi syok2 merehatkan diri lalu lah segrombolan kuda putih dihadapan teratak ummi...tiba2 satu bunyi yang kuat terdengar sepertinya berlaku satu kemalangan..tapi semua dah boleh agak apa dia kan...kesian salah satu kuda putih polis dah tergolek atas jalan..betul2 di laluan masuk balai Trong...ummi apa lagi capai tudung..capai kamera berambatlah ummi ke tepi jalan....ini saja yang ummi dapat ambik...







kalau nak cerita bab polis ni..sepanjang umi lepak kat Bukit Gantang ni dari selasa..kalau kita memandu di atas jalan di Bukit Gantang ni hangpa akan nampak nisbah 2:1....2 kereta awam 1 kereta polis..kalau motor pulak 10 : 3... 10 kuda putih 3 motor awam....apa tidaknya kalau dah 15 juta kerajaan peruntukkan untuk penjaga keamanan awam ni...berbaloi la dengan tugas depa ni...apa kerja depa..ronda2...pusing2..gantung poster...oppsss tersilap pulak..tu bukan kerja polis la..depa menjaga keamanan awam...tabik la kat depa...

malam ummi gerak balik ke Semanggol..sebelum tu ummi makan kat gerai Kanji Arab dengan seorang kenalan dari Kelantan..sampai aja di rumah dapat call kata di Simpang Halt banjir dan DS Nizar telah berada di tempat bencana tu...jam 12 malam ummi keluar menuju ke Simpang Halt untuk dapatkan maklumat sikit tentang banjir tu...masa ummi sampai DS Nizar dah berangkat balik bersama kontijennya..ummi sempat bertemu dengan ketua Kelab Penyokong PAS En.Ravi ...dia cerita air naik paras peha dan terdapat 2 orang ibu yang baru bersalin terpaksa ditumpangkan dirumahnya..bantuan segera yang PAS hulurkan ada lah berupa makan malam..roti..biskut minuman...dipahamkan banjir itu membabitkan 60 buah rumah yang kebanyakkannya berbangsa India...




pagi ini ummi dapat berita dari En.Ravi bahawa unit amal telah menghantar bantuan seperti beras dan barang kering yang lain..dikhabarkan air sudah mula surut dan penduduk sedang dalam proses membersihkan rumah..bantuan dari bomba juga mereka perlukan untuk menyedut air tapi masih belum lagi tiba...rungutan dari magsa malam tadi mereka memohon untuk menumpang di surau berdekatan untuk bermalam tidak dibenarkan..begitu juga dewan yang berhampiran...dalam keadaan bencana begini pun sesetengah pihak nak berkira...mentang2 la tempat tu umno punya..langsung tak ada rasa keperihatinan untuk membantu orang dalam kesusahan..macamana la orang nak bagi undi kalau dah camgini...jangan mimpi la...

En.Ravi kata ada lagi mangsa yang tak dapat bantuan..apa lagi cepat la hulur2kan bantuan...jangan cakap aje lebih tapi bila time rakyat perluaka bantuan masing2 pi pusing tempat lain...tapi jangan angkut amoi separuh bogel gelek kat sana sudah..kalau kena baling kasut ummi tak tau...sendiri tanggung...

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil