Followers

Thursday, April 02, 2009

kesiaan Najib..

Di Pekan Trong sekarang Mustafa Mohammad baru aje lalu di tempat penginapan ummi and the geng...dengarnya ada program BN di Sg Kerang...dan dijangkakan mereka akan masuk rumah ke rumah di sekitar Sg Kerang...

pagi tadi kami ronda2 lagi..kami ke Sg Kerang terus ke Permatang Raja...kalau dari tinjauan yang kami dapat cara kempen petugas2 dari kedua pihak adalah seimbang...tapi ada juga petugas yang terlalu agresif sehingga menyebabkan pengundi naik angin dengan cara petugas berkempan...harap pada petugas dari kedua pihak tolongla jaga perasaan pengundi2 kita...tapi ummi rasa suasana di Trong ni makin hangat...kerana program2 dari kedua parti makin rancak di sini...



tengahari balik dari tugasan kami dirai oleh ketua kampung Trong..makan sedap sebab tetamunya juga hebat...DS Nizar mengadakan program ziarah di sini...ummi sempat borak2 dengan DS Nizar mengenai isu Najib dan Pak Lah..dan dari situlah ummi dapat berita yang Agung batalkan majlis angkat sumpah Najib sebagai PM... ummi tanya juga pasal isu Manisah ni....DS Nizar pakat gelak aje hehe.. ada la borak2 pasal PRK ni..pasal strategi yang sesuai diwaktu sekarang ni untuk menawan hati pengundi...tapi borak dengan DS Nizar tak rasa macam kita borak dengan seorang yang bertaraf VIP..kita akan rasa seperti berborak dengan saudara kita sendiri...mana nak jumpa pemimpin yg camgini...

DS Nizar berkongsi pengalaman dia bila bertemu pengundi di suatu tempat..."saya sampai tempat tu ( di sebuah kedai makan) saya beri salam...ada seorang hamba Allah ni senyap tak sahut salam saya...kemudian saya hulur tangan untuk bersalam..dia tak sambut salam saya...pengikut saya kemudianya menghulurkan risalah profil saya..dia cakap buat apa baca risalah orang derhaka.." DS Nizar menceritakan hal ini adalah untuk sebagai satu perangsang kepada petugas muslimat supaya jangan cepat mengalah dengan karenah pengundi2..

terima kasih kepada tok sidang kerana sudi menjamu kami petugas dari Bagan Datoh..kerana dapat juga berpeluang beramah mesra dengan DS Nizar..

Majlis angkat sumpah Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang sepatutnya berlangsung pada hari esok telah dibatalkan.

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah menerima perletakan jawatan Abdullah Ahmad Badawi tetapi pada masa ini belum berkenan dengan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

apa sudah jadi...adakah nasib Najib akan lebih teruk dari DS Nizar..? dengar kata Najib dah hebohkan kata Agung telah terima surat dari istana untuk angkat sumpah sebagai PM..tetapi surat tersebut datangnya dari Jabatan Perdana Menteri bukan dari istana..betul ke tidak cerita ni ummi tak tau...tapi angin2 sepoi2 bahasa Putra Jaya camgitu lah bunyinya...juga dikhabarkan di istana negara telah dipenuhu dengan trak2 FRU ni..ntah la..kalau ada sapa2 yang ada cerita terkini harap boleh la kongsi...

wallahualam..

6 comments:

tok iskandar said...

Berita gempak hari ni.Dalam sidang media tadi,Ustaz Nasha dan dr Hatta Ramli tunjuk gambar FRU buat keja part time pasang poster BN di Bukit Gantang.Tok dapat sumber daripada Tranungkite.net

Eloklah PR buat bantahan kat SPR.Patutlah ceramah kita kena sekat,tak boleh cakap pasal Altantunya dan ulas tentang pemecatan Nizar.Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

Tok cadangkan PR dedahkan keja part time FRU ni dalam suara keamanan dan hujah.Jangan lupa bagi gambar tu kat Al Jazeera,BBC,CNN dan lain-lain lagi.
Biar satu dunia tahu kerajaan UMNO-BN peralatkan polis untuk buat keja kempennya.bukti jelas betapa desperadonya UMNO pasal tak ada orang nak gantung posternya.

Jangan lupa paparkan dalam blog-blog korang laporan polis yang dibuat oleh YB Idham Lim tentang salahguna kuasa Osman Jialu.Biar satu Changkat Jering tahu dan yakin YB mereka memang tak boleh harap.

Lagi satu yang bikin gempak seMalaya....jadi ke tak jadi Najib jad PM.Tengok muka Najib dalam gambar tadi macam muka Nizar waktu Sultan erak reject permohonannya untuk bubarkan Dun Perak.

Itu spekulasi brader.harapan tok yang dikongsi oleh jutaan rakyat Malaysia,eloklah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong tangguhkan dulu atau reject najib sebagai PM sehingga beliau bersihkan dulu imejnya yang telah tercalar.elok juga cadangan PR satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk siasat Najib dan kaitannya dengan Siti Aminah.

Sultan Mizan pernah menjadi Timbalan yang Di Pertuan Agong dua kali iaitu ketika sultan Selangor menjadi Yang di Pertuan Agong dan selepas itu Raja Perlis ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Agong.

Kebijaksanaan baginda amat dikagumi dan dihormati rakyat dan tok seperti rakyat jelata yang lain berharap baginda tuanku menolak dulu cadangan perlantikan najib sebagai PM.

Marilah kita beramai-ramai hantarkan permohonan agar Najib tak dilantik jadi PM kepada buku pelawat atau emailkan kepada SUSK Yang Di Pertuan Agong.Rakan bloggers boleh tolong berikan email atau buku pelawat itu

tok iskandar said...

Jika benar FR kepung istana negara,pihak tentera wajar mempertahankan baginda.Kita juga sebagai rakyat Malaysia perlu bangkit mempertahankan baginda.kena confirm dulu khabar angin ni

Unknown said...

FRU nak pegi istana tu buat apa? Takkan nak gempur DYMM Sultan Mizan kot..
Ke nak sembur ayaq kuning kat dinding istana saja nak bagi pelepaih hati yang geram..
Kalau FRU pakai beramai-ramai ke istana amanlah bkt gantang..

Unknown said...

"Tok Iskandar,
Jangan lupa paparkan dalam blog-blog korang laporan polis yang dibuat oleh YB Idham Lim tentang salahguna kuasa Osman Jialu.Biar satu Changkat Jering tahu dan yakin YB mereka memang tak boleh harap."

Sebenarnya bukanlah keperluan pun utk publish polis repot tu di internet.. org2 yg baca internet ni semuanya dah tau mcm2.. Lagipun bukan semua org yg baca internet ni mengundi di Bkt Gantang..

Apa yg penting org bkt gantang itu sendiri yg tau cerita sebenar. Cetak banyak2 pastu sebarkan seberapa banyak yg boleh.. Pasti kan risalah ni sampai kt org kg yg takde internet terutamanya..

priory of jenin said...

saya rasa ummi..
drama ni tak abis lagi. doadoakan lah.
personally thanks mai kenduri aritu. siap huloq lagi.


http://prioryofjenin.blogspot.com/
(ada cerita mail sapian yg takda kt tempat lain).

Anonymous said...

SIGN UP... Please..

PM Bersih

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil