Followers

Wednesday, April 01, 2009

sesi ronda dan santai

semalam ummi gerak dari Bagan Datoh ke Bukit Gantang..sebelum tu singgah ke Teluk Intan untuk urusan reunion..tak sangka umi rupanya berurusan dengan blogger juga...ni blog dia http://lantera-jiwa.blogspot.com lepas ni apa2 hal untuk buat banner ummi akan jumpa si LanteraJiwa..dia ni kawan KulupSakah rupanya...

ummi sampai kat Trong jam 6 ptg..ronda2 sat tengok suasana petang di markas2 dan bilik2 gerakan kedua2 parti...jauh sangat bezanya markas PAS dan BN ni...tang markas PAS sentiasa ceria sibuk dengan aktiviti..ada yang pasang poster..ada yang sedang masak..macam kenduri pun ada jugak..boleh kata markas PAS sentiasa meriah....tapi bila lalu tang tempat BN..sedih nak habaq..suni sungguh...yang ada poster dan bendera..kerusi meja yang takde sapa nak guna...dalam 10 bilik gerakan BN ummi lalu ada satu atau dua saja yang bepenghuni...pasal apa taktau..dengar dari gosip2 kata peruntukan tak dapat lagi..tu pasal jadi lagu tu...pasai kerja semua nakkan habuan..tak reti nak buat kerja dengan ikhlas tanpa imbuhan..n la padahnya..

ummi terus ke Semanggol tempat lepak....ummi suka kat sini pasal rumah member ummi ni ada streamyx..pastu di kawasan gunung yang sedap mata memandang..nyaman angin gunung ni...tido pon lena...malam ummi pakat dgn member ronda2..mula pegi kat tapak ceramah di Simpang..ngat ada ceramah rupa takde...so pakat cuci2 mata tengok orang niaga...kemudian koling2 member blogger..semua takde kat rumah depa semua dalam mission in action..past koling MSK dia kat pejabat PKR ..kereta dia takde nak kuar pegi makan..hehe ummi kata ummi boleh gi ambik dia pastu belanja kami sekali makan..so makan lewat malam MSK belanja kami...lepas makan antan MSK balik ke pejabat PKR..kami pun balik ke Semanggol..

hari ini ummi akan ke Sg Tinggi untuk beropersi di sana bersama kontigen Bagan Datoh...program ni lebih kepada untuk menawan hati pengundi dan kita menerang sambil kita memujuk... insyaAllah petang ummi akan pulang ke Semanggol untuk update blog..pasal kat Trong tak boleh nak surf interent disana..malam ini ada ceramah di Simpang..DS Wan Azizah dan Dr Lo'Lo'...lagi sapa tak tau..mai ramai2 dengar ...ok jumpa lagi...untuk perkembangan di Bukit Gantang..

*gambar2 nanti baru bubuh noo..

6 comments:

Putra IJ80 said...

"tang markas PAS sentiasa ceria sibuk dengan aktiviti..ada yang pasang poster..ada yang sedang masak..macam kenduri pun ada jugak..boleh kata markas PAS sentiasa meriah"

Tang ni dari dulu,kini dan selama lamanya mcm tur....

Ayah kata dolu dolu ada yg.bawak ayam,ada yg.bawa pucuk kelapa,ada yg bawa beras,ada yg.bawak pisang,nangka muda.

Depa masak makan ramai ramai.
lps tur pi pacak poster lambang bulan bintang.

Dolu tak ramai org.muda muda, yg.ada semuer yg.dah pencen pencen.

Tidak seperti sekarang yg.muda lebe ramai dari yg.tua.

Kat Semangoi hangpa jgn mandi kat Terusan depan Ahya Alsarif tur,kat situ banyak ulak Ayak.

Hieeee!!!jgn maree.

Gua skg berada di hadapan Sekolah King Edward.mengimbau kenagan lama.

akira® said...

salam ummi.
ronda elok2...
tgk2 blakang sama....
la SB banyak...

klik sini sementara tunggu berita dari ummi.
KENAPA RAKYAT HARUS TOLAK NAJIB

meranarakyat said...

Kelab SMKJ SG.SUMUN SPM 1992 ada juga..Boleh joint sekali ker?

Budak Hingusan said...

bgs

Anonymous said...

Ehemm Ummi,
Masa akak kerje kat SMKJ mungkin Ummi masih peluk bantal busuk lagi. heheheh. Tapi akak tetap bangga ade srikandi yang dilahirkan oleh SMKJ. Akak dari sekolah omputih kat Teluk Intan. Nak kenal akak tanya MSK.

priory of jenin said...

tok, apa benda nya kat semua komen tulih benda yg sama. panjang lak tu.

http://prioryofjenin.blogspot.com/
(ada cerita mail sapian yg takda kt tempat lain).

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil