Thursday, April 02, 2009
"ini adalah sebahagian budaya cina"..betol ke ni..?
Zahid Hamidi kata joget2 macam dalam video klip diatas ni adalah sebagai budaya bangsa cina...mushkil lak ummi...selama 6 tahun ummi bersekolah cina takde pulak belajar tarian separuh bogel ni sebagai budaya cina...
kawan2 yang berbangsa cina tolong jelaskan sikit..betol ke apa yang si Zahid ni cakap...wa manyak konpius oo....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
translator..
by : BTF
Fakta Perak
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
11 comments:
Yup, memang budaya zahid..
Budaya Cina ialah yang opera cina tu ... bukan yang seksi meksi
Buat malu orang cina jer...wahai orang cina sedunia, saman menteri yang buat kenyataan itu. Menteri jaga Islam, dia tak tau ke orang cina yang beragama Islam di China tu lebih ramai dari seluruh rakyat Malaysia. Dia yang nak tengok seksi-seksi gitu, tuduh cina punya budaya pulak.
Balik la putrajaya dulu, ambik modal lain!
dangkal benar alasan dia. Kalo gitulah maksudnya mana tiger show tu budaya jgklah kan.
ni la satu alasan bodo dari menteri yang bodo...
kalau opera cina boleh la dia cakap macam tu... menteri macam nie yang jaga hal ehwal agama..? buat malu jer.....
.. gangster mmg macam tu bg komen... hehe
Sehari sebelum PRK Bukit Gantang, Najib akan turun padang ke Bukit Gantang meninjau petugas-petugas UMNO-BN bekerja ke makan tidur ke dengan ditemani mamak memanda menteri pencen dan pak lah.Najib sebagai PM akan berucap berapi-api membakar semangat totok umno.Bila dah sampai tahap gaban ada yang rasa panas sampai terjun sungai.macam minum kopi kapal api.
Janji manis najib bukit gantang akan dijadikan hub atau segitiga emas perak.melayu nak ke mana lepas ni?melayu umno tak kisah.dah lama dah melayu umno tak kisah.Pemimpin umno beri singapura kat lee kuan yew,melayu umno tak kisah.melayu umno bising nizar jadi boneka DAP tapi buat pekak badak je bila Gerakan perintah pulau pinang sejak 1969.
Najibpun letaklah batu asas bagi real sikit drama ala-ala Samarinda.kalau kalahpun tak siapa yang ingat najib letak batu asas kat situ.kata mamak memanda menteri pencen,melayu mudah lupa.hakikatnya melayu umno yang mudah lupa.
Najib percaya dengan ditemani pak lah dan mamak menteri pencen,watak wirawan tahap laksamana do re mi akan menawan hati pengundi Bukit Gantang walhal mereka tak ubah seperti three stooges buat rakyat.
media totok umno akan war-warkan kabinet dapur bakal dibentuk najib.
Biarkanlah badut-badut umno ini membuat aksi menghiburkan rakyat.jika rakyat tak bertepuk tangan biarlah mereka syok sendiri.
Melayari impian menggapai cita-cita membentuk melayu glokal yang taat setia kepada najib dan umno.
Rakyat kini dah bijak.Sandiwara umno jadi bahan gurauan.Sesumpah dan katak jadi mainan umno.akhir kata najib melaungkan suara lemak merdunya,umno boleh.rakyat tanya apa yang boleh.boleh apa lagi....boleh blah.......
Judi, arak, pelacuran, penzinaan, persundalan pun budaya orang cina jugak kot... kalau mengikut kepala Zahid Hamidi ni.
Dangdut budaya melayu.
Kahkahkah
Malu aku ber AP kan dia.. Patut la kampung aku tak maju
Dia tidak meninggalkan majlis itu sebab dia dijemput. Dia tahu menghargai majlis dan menghormati orang lain. Sungguhpun begitu, dia masih menjaga maruahnya dengan membelakangi semua penari itu.Tidak kelihatan dalam video ini dia berseronok-seronok dengan persembahan tersebut.Beginilah sikap pertengahan yang diambil oleh pemimpin yang mahu berfikir untuk kesejahteraan dan kestabilan negaranya. Sebaliknya kitalah yang seronok melihat penari-penari itu lalu mengajak orang lain untuk turut serta melihatnya. Untuk melihat nyanyian seperti ini secara langsung takut nama baik Islam yang terpakai pada parti tercemar, tetapi dengan merakamkan gambar seumpama ini dan memasukkannya dalam youtube untuk mencerca orang lain, tak siapa dapat menyalahkannya. Syabas atas kerja buat anda dan pasukan anda yang memang lebih merosakkan.
Sdr Abdul Bashid Harun,
Bukan isu Zahid berpoya-poya dengan penari2 tu yang dipertikaikan orang ramai.
Yang dipertikaikan ialah, dia pegi kata "kebudayaan orang Cina" tu. Jelas menunjukkan ketidakcerdikannya.
Orang macam anda pula defend orang tak cerdik ini habis-habisan. Mungkin Zahid lebih cerdik daripada anda, sebab tu anda sanjung sangat dia.
Post a Comment