Majlis makan malam anjuran Parti DAP di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa, Sitiawan dicemari oleh pihak pDRM lebih kurang jam 11:00 malam tadi.era 1 Malaysia ni memang cukup pelik tak tau la berapa lama rakyat boleh tahan...ummi rasa semakin tidak munasabah dengan apa yang berlaku hari ini...cukup pelik...PR tayang isu DUN kepada rakyat menjadi satu kesalahan...apa kes pulak media masa kepunyaan kerajaan menayangnya di kaca tv...bukan untuk tayangan kepada rakyat juga ke..cuba la jangan bersikap double standart...kalau Speaker Sivakumar serta ADUN PR boleh ditangkap kerana tayangan adegan di DUN...maka pihak media masa yang tayang di kaca tv pun perlu ditangkap juga...
Penceramah jemputan Tuan Speaker DUN S.Sivakumar, Dato' Ngeh dan Nga bersama 2 orang lagi iaitu pihak yang menyediakan PA Sistem dari Syarikat Etak Music (seorang Cina dan seorang India) ditahan pihak PDRM.
Kesemua mereka ditahan di Balai Polis Swan. lebih kurang 100 orang penyokong Pakatan Rakyat berhimpun dihadapan Balai Polis tersebut.
Gambar boleh didapati diakhbar Sin Chew Jit Poh keluaran hari ini.
Kesalahan mereka (menurut pihak PDRM) ialah kerana menyangkan gambar Sidang DUN selama lebih kurang 3 minit.-perisik rakyat
kalau insiden ini UBN boleh pandang sebelah mata ..sah lah depa ni jenis buta dan tuli...ada hati nak suruh PR berterima kasih dengan UBN..sorry sikit...
terkini dari perisik rakyat
Para pnyokong Pakatan Rakyat baru sahaja bergerak dari Balai Polis Sitiawan ke Balai IPD Manjung.
Mangsa telah dipindahkan ke IPD Manjung.
Hampir 400 orang penyokong Pakatan Rakyat sekarang sedang berkumpul di Balai Polis Sitiawan dan akan bergerak ke IPD Manjung.
*Ralat - 2 yang ditahan ialah staff PA System. Speaker DUN Perak S.Sivakumar, YB Ngeh Khoo Ham dan juga YB Nga Kor Meng tidak ditahan. harap maaf, kesilapan amat dikesali.
Para penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di Balai Polis Sitiawan dan juga IPD Manjung telah bersurai.
1 comment:
salam utk semua... perkara diatas tidak pelik lagi wat masa skarang..
saya tertarik dgn kate2 saudara kite yg berbunyi 1malaysia-pembangkang didahulukan,kekerasan diutamakan.. untuk kes ni 1malaysia sesuai berbunyi begini "pejuang didahulukan,tangkapan diutamakan...
sememangnye pejuang2 demokrasi didahulukan untuk ditangkap,kerana mereka akan menggangu periok nasi ubn.. biarlah kite femok kerana berbuat baik tapi jangan buncit kerana wang rasuah...
jgn jd sperti PM kite yang bernama BUJIB>>>
Post a Comment