Followers

Sunday, May 10, 2009

Selamat Bermuktamar kepada PEMUDA PAS Perak dan Kawasan Bagan Datoh...



Hari ini Dewan Pemuda PAS Perak bermuktamar di Markaz Ayer Kuning Taiping...tahun ini merupakan tahun pemilihan..semoga pimpinan Pemuda Perak yang bakal dilantik dapat membuat perubahan dan peningkatan bagi memajukan dan memantapkan barisan Pemuda..semoga Pemuda akan menjadi barisan hadapan kepada gerakan Pemuda PAS negeri....semoga dengan slogan "MEMPIMPIN KEBANGKITAN RAKYAT" Pemuda menjadi barisan yang digeruni pihak UBN...

"SELAMAT BERMUKTAMAR" kepada Dewan Pemuda PAS Perak
dari Ummi Anni


Hari ini juga Kawasan Bagan Datoh mengadakan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kali Ke-26..Mesyuarat ini mengikut jadual dirasmikan oleh Tuan Haji Asmuni Awi..tetapi diatas keadaannya yang kurang sihat maka perasmi diganti oleh YB Mohd.Anuar Sudin ADUN Changkat Jong..

majlis perasmian mesyuarat ini telah didahului dengandengan nyanyian lagu tema PAS..bacaan ayat suci Al-Quran kemudian ucapan aluan dari YDP Kawasan Bagan Datoh Ustaz Misbahul Munir Masduki..dalam ucapan aluan Ustaz Misbah kita mesti bersedia untuk mengahadapi pilihanraya yang akan datang dengan menggunakan 5 strategi untuk mencapai kemenangan dan mengekalkan kemenangan..5 strategi yang ini YDP mengharapkan semua ahli ikuti..iaitu TAQWA..ZUHUD..TAWWAKAL..SISTEMATIK dan BERSTRATEGI...

Perasmi YB Mohd.Anuar dalam ucapannya menceritakan insiden yang berlaku di dalam DUN pada Khamis lepas..dan menasihatkan ahli PAS sentiasa istiqomah dalam perjuangan...

"SELAMAT BERMESYUARAT" kepada PAS Kawasan Bagan Datoh..
dari Ummi Anni

4 comments:

Unknown said...

tanya diri sendiri samada kita ni islam ke?..kalau islam apa ciri2 orang islam. Islam tidak pernah ada politik.setahu aku awal2 agama tu mengenal Allah. Tak ada pun dia suruh berpolitik.Kenal diri kita dahulu....kalau tak tahu tu kenalah belajar dahulu.

tok iskandar said...

Majlis makan PKR di Rawang dan DAP di Sitiawan telah diganggu polis.
Gangguan-gangguan ini dipercayai rentetan peristiwa kekecohan yang berlaku di Sidang Dun Perak pada 7 mei lepas.
Majlis makan PKR terpaksa ditukar tempat di saat akhir kerana tidak dibenarkan polis.Ada sumber mengatakan polis bimbang jika tayangan CD berkisar peristiwa 7 Mei di Sidang Dun Perak ditayangkan kepada hadirin dan segala tembelang mereka akan terdedah.
Hal yang sama berlaku di majlis makan DAP yang dilaporkan baru sahaja krew video cuba menyiarkan apa yang berlaku pada 7 mei di sidang Dun Perak,terus sahaja polis mengarahkan dihentikan siaran itu.Untuk menambahkan kekecohan,FRU dikerahkan masuk dan mujurlah pemimpin dan penyokong PR bijak dan faham provokasi yang cuba dilakukan polis.
Kalau tidak,dengan kerusi dan meja makan kena angkut ke balai jadi bahan bukti.
Inilah bukti di mana mereka takut rakyat tahu kerakusan yang mereka lakukan di Dun Perak.
Tok harap kita semua dapat bersabar kerana mereka tak ada point nak kenakan PR selain provokasi.Kalau 50 tahun kita boleh bersabar diperintah UMNO-BN,apa salahnya lagi 2 tahun?
Mengalah bukan kalah dan perlu ada pendekatan berhemah dan bijaksana.
Tok sokong cadangan didokumentasikan peristiwa atau krisis yang berlaku di Perak dari mula kerajaan PR ditubuhkan,ditumbangkan sehingga peristiwa 7 Mei di Sidang Dun Perak.
Dapatkan ulasan pakar undang-undang dalam dan luar negeri,komen tokoh agama Islam,Buddha dan Hindu,ulasan aktivis masyarakat dan lain-lain lagi kita rangkumkan semua.Setelah didokumentasikan kita burn banyak-banyak CD dan jual dalam dan luar negeri.CNN,BBC ,Al Jazeera dan media asing sanggup membelinya dengan bayaran lumayan.
Serahkan juga CD ini kepada Amnesty International,OIC,Kesatuan Eropah dan PBB.Biar satu dunia tahu demokrasi di Malaysia macamana dan bagaimana polis buat kerja di sini.
Jangan ditangguhkan dan bloggers semua boleh bekerjasama dan kerja ini akan jadi lebih mudah jika PR turut menghulurkan bantuan.
Tok nak pesan pada semua tentang provokasi ini mungkin dicetuskan untuk diisytiharkan darurat di Perak dan pentadbiran Perak akan diambilalih oleh Kerajaan Pusat.Abhisit pernah isytiharkan darurat di Bangkok.Time tu pemimpin PR mungkin akan ditahan polis.So,jangan bagi lampu hijau kepada provokasi.
Kita buat-buat selamba kerana tak lama lagi UMNO akan berkubur di Perak…InsyaAllah

tok iskandar said...

Lain ceritanya kalau pada 7 Mei 2009 ketika Sidang Dun Perak berlangsung.
Mula-mula Raja Nazrin masuk dewan.
Lepas tu Sivakumar arahkan 10 Adun diketuai Zambri keluar dewan.
Mana berani Zambri berlaku biadap depan Raja Nazrin.
Dun Perakpun boleh bersidang dengan baik dan lancar.
Kemudian usul bubarkan dewan,sure PR menang pasal BN tak cukup majoriti dalam dewan.
Pilihanrayapun diadakan di seluruh Perak.
Kejap je kan.UMNO-BN yang buat kecoh dan bukti dalam you tube boleh dilihat atau ditonton rakyat.
Ada yang bertanya mengapa Raja Nazrin tak masuk dulu ke dalam dewan?Sapa yang berani arahkannya menunggu selama 5 jam.
Cuba fikir logik,kalau raja nazrin masuk sapa berani nak buat kecoh.
logiknya,Umno-BN takut hilang kuasa sampai jadi desperado dan bertindak biadap dalam dewan.
Rakyat dah boleh buat persepsi UMNO takut pilihanraya dan konsep One Malaysian retorik semata-mata.sekadar perencah ajinomoto dalam masakan

Tinta Hitam said...

sila ke blog saya

http://tintahitammy.blogspot.com

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil