Majlis makan PKR di Rawang dan DAP di Sitiawan telah diganggu polis.
Gangguan-gangguan ini dipercayai rentetan peristiwa kekecohan yang berlaku di Sidang Dun Perak pada 7 mei lepas.
Majlis makan PKR terpaksa ditukar tempat di saat akhir kerana tidak dibenarkan polis.Ada sumber mengatakan polis bimbang jika tayangan CD berkisar peristiwa 7 Mei di Sidang Dun Perak ditayangkan kepada hadirin dan segala tembelang mereka akan terdedah.
Hal yang sama berlaku di majlis makan DAP yang dilaporkan baru sahaja krew video cuba menyiarkan apa yang berlaku pada 7 mei di sidang Dun Perak,terus sahaja polis mengarahkan dihentikan siaran itu.Untuk menambahkan kekecohan,FRU dikerahkan masuk dan mujurlah pemimpin dan penyokong PR bijak dan faham provokasi yang cuba dilakukan polis.
Kalau tidak,dengan kerusi dan meja makan kena angkut ke balai jadi bahan bukti.
Inilah bukti di mana mereka takut rakyat tahu kerakusan yang mereka lakukan di Dun Perak.
Tok harap kita semua dapat bersabar kerana mereka tak ada point nak kenakan PR selain provokasi.Kalau 50 tahun kita boleh bersabar diperintah UMNO-BN,apa salahnya lagi 2 tahun?
Mengalah bukan kalah dan perlu ada pendekatan berhemah dan bijaksana.
Tok sokong cadangan didokumentasikan peristiwa atau krisis yang berlaku di Perak dari mula kerajaan PR ditubuhkan,ditumbangkan sehingga peristiwa 7 Mei di Sidang Dun Perak.
Dapatkan ulasan pakar undang-undang dalam dan luar negeri,komen tokoh agama Islam,Buddha dan Hindu,ulasan aktivis masyarakat dan lain-lain lagi kita rangkumkan semua.Setelah didokumentasikan kita burn banyak-banyak CD dan jual dalam dan luar negeri.CNN,BBC ,Al Jazeera dan media asing sanggup membelinya dengan bayaran lumayan.
Serahkan juga CD ini kepada Amnesty International,OIC,Kesatuan Eropah dan PBB.Biar satu dunia tahu demokrasi di Malaysia macamana dan bagaimana polis buat kerja di sini.
Jangan ditangguhkan dan bloggers semua boleh bekerjasama dan kerja ini akan jadi lebih mudah jika PR turut menghulurkan bantuan.
Tok nak pesan pada semua tentang provokasi ini mungkin dicetuskan untuk diisytiharkan darurat di Perak dan pentadbiran Perak akan diambilalih oleh Kerajaan Pusat.Abhisit pernah isytiharkan darurat di Bangkok.Time tu pemimpin PR mungkin akan ditahan polis.So,jangan bagi lampu hijau kepada provokasi.
Kita buat-buat selamba kerana tak lama lagi UMNO akan berkubur di Perak…InsyaAllah
Lain ceritanya kalau pada 7 Mei 2009 ketika Sidang Dun Perak berlangsung.
Mula-mula Raja Nazrin masuk dewan.
Lepas tu Sivakumar arahkan 10 Adun diketuai Zambri keluar dewan.
Mana berani Zambri berlaku biadap depan Raja Nazrin.
Dun Perakpun boleh bersidang dengan baik dan lancar.
Kemudian usul bubarkan dewan,sure PR menang pasal BN tak cukup majoriti dalam dewan.
Pilihanrayapun diadakan di seluruh Perak.
Kejap je kan.UMNO-BN yang buat kecoh dan bukti dalam you tube boleh dilihat atau ditonton rakyat.
Ada yang bertanya mengapa Raja Nazrin tak masuk dulu ke dalam dewan?Sapa yang berani arahkannya menunggu selama 5 jam.
Cuba fikir logik,kalau raja nazrin masuk sapa berani nak buat kecoh.
logiknya,Umno-BN takut hilang kuasa sampai jadi desperado dan bertindak biadap dalam dewan.
Rakyat dah boleh buat persepsi UMNO takut pilihanraya dan konsep One Malaysian retorik semata-mata.sekadar perencah ajinomoto dalam masakan
2 comments:
IALAH AMENO DAH TUA..... UBN=uban...biasanya bila dah beruban ni dah tua kerepot...tapi ameno ni berterusan warnakan rambut yg dah beruban tu.....tapi tetap tua sebab muka berkedut dia tu tetap terserlah......
Dah lah tua nyanyok pulak....kesian kesian.... no 13 memang nombor suway bagi ameno....
Assalam..
sebarkan video tu guna bluetooth dr henpon ke henpon..
jadi polis xde hak nak sekat bila setiap henpon ada sidang dun tu.. lps tu buat clip pendek2 sebar kat semua henpon penyokong pr.. skrg zaman dah canggih..
jangan tinggalkan kecanggihan terbiar begitu sahaja..
sebarkan cadangan ini pada semua bloger...
kalau polis xbagi tayang, lagi la org nak tau..
ambil kesempatan yg ada ni dg sebaik mungkin...
Post a Comment