Apakah gas pemedih mata akan memenuhi ruang udara bandaraya Ipoh Khamis ini... Apakah air kimia akan dipancutkan semahu-mahunya oleh water canon yang siap sedia menerima arahan..? Apakah beberapa puluh orang atau beberapa ratus orang akan mendiami lokap polis pada hari itu..?
rasa2nya kita boleh menjangka apa yang akan berlaku di SUK 7 Mei nanti...
itu adalah gambaran dan andaian yang kita boleh agak apa yang akan berlaku pada 7 Mei di luar bangunan SUK...apa pulak cerita di dalam DUN nanti..??
kita telah dihebah yang khidmat bomoh telah digunakan oleh pihak yang mengharapkan sidang DUN 7 Mei nanti 'berjalan lancar'...siapa orangnya korang pikir la sendiri..tapi biasa la siapa nak ngaku buang shit kat tengah jalan kan...mampuih dia takkan ngaku..walaupun ada bau yg datang dari tubuh badan dia...nasib baik kat dia bau kemenyan..
kalaulah cara ini digunakan tak hairan apa yang ciberboron andaikan akan berlaku...
Katakan berita oleh YB Khalil Idham Lim itu betul. Apa akan jadi kalau hantu dan jembalang yang diprogramkan oleh bomoh itu benar-benar berkesan? Apakah tak semena-mena semua ADUN PR akan layu dan bodoh lalu akur kepada semua yang dihajati oleh BN? Atau kalau targetnya hanya YB Sivakumar, apakah Speaker yang dilihat tegas dan berani itu tiba-tiba dengan lemah lembut menjemput DS Zambri duduk di kerusi Menteri Besar? Dan Exco BN pun dilayan begitu? Dan ADUN BN termasuk 3 ADUN lompat pun dipersilakan dengan segala hormatnya duduk di kerusi pihak kerajaan? Dengan tegasnya pula YB Sivakumar mengarahkan DS Nizar dan semua ADUN PR duduk di kerusi pihak pembangkang?
Akhir sekali YB Sivakumar pun dengan senang hati meminta Abdullah Antong membaca usul pemecatan Speaker dan usul melantik Speaker Baru untuk dibentang dan diundi. Lalu sahlah Ganesan sebagai Speaker DUN Perak yang baru. Begitukah yang akan terjadi?
Katakan pula segala senyonyong sepeneh bomoh power yang dilanggan oleh UMNO itu tiba-tiba berhadapan dengan perkenan Allah SWT terhadap doa yang dipohon oleh sekelian pemimpin dan penyokong PR yang berhimpun bermunajat dan solat hajat malam besok dan subuh lusa.
Tak semena-mena dalam Titah Peresmian DiRaja, Tuanku Sultan bertitah, "Hari ini beta mahu kemelut yang tak berkesudahan di negeri ini diselesaikan. Beta titahkan supaya persidangan dewan hari ini meluluskan ketetapan pembubaran DUN supaya pilihanraya negeri dapat diadakan. Pihak mana yang menang dalam pilihanraya itu nanti akan beta perkenankan untuk menjadi kerajaan negeri Perak yang baru. Selepas itu jangan ada pertikaian lagi seperti yang telah berlaku sekarang ini".
apakah andaian2 ini menjadi kenyataan..hanya anda yang akan menghadirkan diri di SUK pada 7 Mei nanti yang tau...apakah 7 Mei akan menjadi betul2 Black ..gelap gelita..?? ummi berharap pada yang akan turut serta tebalkan sifat sabar dalam jiwa anda..dan jangan termakan dengan provokasi murahan dari pihak UBN...kerana PDRM tidak akan menyebelahi PR..maka berhati2 dan sentiasa ingat akan Allah...semoga Allah mendengar dan melindungi hamba2Nya yang teraniaya..semoga dipermudahkan segala urusan..
wallahualam...
wallahualam...
4 comments:
ummi seronok ke jadi camtu ummi? aku tak paham betul ngan korang ni, sirius, aku pening memikirkan kenapa kamu semua begitu gembira nak buat huru hara. Apa yang kamu semua nak buktikan? Nak buktikan kamu betul? Ini cara bijak kamu semua nak buktikan kamu di pihak yang benar? Mana ketaqwaan kamu? Mana kepercayaan kamu dgn ketentuan ilahi? Mana sikap sabar? Mana sikap kasih sayang sesama bangsa dan agama? mana rasa cintakan keamanan? mana pergi semua tu ummi?
tak malukan ummi, bila ummi mengajar anak2 ummi agar menunjukkan perasaan nya dgn mendemonstrasi di jalanan dan menimbulkan huru hara? Adakah semua ini ajaran ISLAM? Betul ISLAM suruh kita pertahankan HAK kita, tapi inikah caranya ? Tidak ada jalan lain ? Tak boleh tunggu pilihanraya umum lagi 2 tahun?
Jangan terlalu gembira untuk menimbulkan huru hara ummi, negara kita ada undang2, kita bukan hidup dalam hutan yang menggunakan Jungle Law. Nantikan lah balasan yg akan korang terima.
salam malaysian2day..
bila baca komen hang..ummi tak tau la nak gelak pun ada..rasa pelik pun ada...rasanya nasihat hang sesuai hang bagi kat penyokong dan pendokong UBN..sebab kami tau di mana kami berdiri..
jap nak gelak dulu..hahahahaa
maaf la ye..sungguh ummi kata apa yg PR rasa selama ini UBN tak pernah rasa..dan kami boleh jangka apa yang akan berlaku..kerana ianya akan berulang2 kali berlaku bende yang sama..
yang guna jungle law skarang ni siapa ye..ada sesape boleh jawabkan..ummi tak perasan la sape yg amalkan jungle law di Malaysia skarang ni...hehehe
siapa lagi alau bukan PR ummi oii. ummi boleh gelak sebanyak mana ummi nak, tapi hakikatnya PAS tak dapat menerima kenyataan. Kenyataan yang PR hanya mempunyai 28 kerusi DUN manakala BN ada 31 DUN yang menyokong. Susah sgt ke, apa perlu nak di bubarkan DUN dah jelas 31 lebih byk dari 28. Ini ummi kene terima dulu. Lagi satu ummi juga kene terima yang melompat parti ini adalah mainan rekaan PR. Jangan cuba menidakkan nya. Ini di akui sendiri oleh Karpal Sigh. Jadi bila dah kalah di permainan yang korang reka sendiri, kenapa melenting?
gelaklah ummi. Perak adalah sebuah negeri yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan bukan Menteri Besar atau Tuan Speaker Berpelambagaan. kenapa susah sgt ummi nak terima hakikat nih?
HAI UMMIE!
APA KHABAR! GOMO MANA?
WAH BAGUS LA UMMIE NI SAYA SUKA UMMIE BERSAHABAT DENGAN GOMO, BUKAN APA PENDAPAT POLITIK BIAR BERLAINAN TAPI KITA TETAP BERKAWAN KAN!
TAPI SAYA TAU LA, BLOGGERS BELAH U ALL TAKKAN KAWAN DENGAN AKU PUNYA...MUAHAHAHAHAHAHA
AKU NAK CABAR KORANG WAHAI BLOGGERS FUCKATAN RIOT! APA KORANG BERANI NAK SAHUT CABARAN AKU?
KALAU BERANI DAN KAMU MEMANG ANAK JANTAN, THEN BACA NI DAN SAHUTLAH CABARAN PARPUKARI!
http://parpukari.blogspot.com/2009/05/siapa-bomohkan-siapa.html
Post a Comment