Malaysian-2Day
kalau bagi ummi la..nasihat dia memang bagus..bernas..tapi tak kena pada sasaran...sepatutnya dia beri nasihat kat UBN..bukan pada PR...
yang syioknya..bila PR akan turun ke Ipoh beramai2 untuk memberi sokongan kepada kerajaan PR..depa kata kita nak buat demonstrasi haram lah..nak timbulkan huru hara la..
tapi cuba hangpa baca artikel dia kat bawah ni...korang boleh pikir sendiri apa pendirian depa..bagi ummi depa ni sedang meludah ke langit pastu kena kat muka depa sendiri..eee gelinyeeeee...uweekk
bak pepatah paku dulang paku serpih..ngata orang depa lagi lebih....depa pakat seru orang mai turun Ipoh kata beri sokongan...tapi kalau ikut bahasa dia..berkumpul itu sebagai perhimpunan haram...makanya depa sedang menyeru untuk perhimpunan haram la tu...hehehe
layan je laa....
Mari Ramai2 Ke Perak Sempena Sidang DUN 7hb Mei 2009
Saya baru sahaja menerima hasrat saudara Sekupangduas yang sangat sangat berharap agar blogger2 BPN dapat menyeru rakan2 dari kalangan blogger atau rakyat khasnya berasal dari Perak untuk meramaikan sidang DUN 7hb Mei depan. Apa cara sekalipun boleh dilakukan untuk memastikan sokongan padu seluruh rakyat kepada Kerajaan BN yang telah diperkenan membentuk kerajaan berdasarkan kepada sokongan Adun.
Ia pada 7hb nanti, pasti akan menjadi saat yang bersejarah bagaimana perjuangan membebaskan Perak dari dikuasai golongan yang rela menjadi boneka orang telah berjaya, walaupun menurut beberapa info ada pihak cuba menimbulkan kekacauan di sana dengan cara yang kita sebagai orang awam tentu tidak menjangkanya.
Saya pasti pihak polis sudah arif dan masak dengan helah mereka yang ingin mencetuskan huru hara kerana bila DUN dapat diambil alih oleh BN terutama jawatan Speaker maka akan berakhirlah saat itu penderitaan serta kesakitan jiwa pembela ketuanan bangsa serta Raja Melayu kita di Perak dan Malaysia khasnya.
Ayuh kita ke sana !!!
Di Salin Dari Laman RBF
PENGUMUMAN PENTING UNTUK DISEBARKAN
Pagi tadi saya menerima satu sms yang berbunyi begini:-
Kepada semua penyokong BN serta semua rakyat Perak diminta hadir memberi sokongan dalam PERHIMPUNAN SELAMATKAN PERAK DARIPADA ANASIR JAHAT pada 7.Mei.2009, jam 7.00 pagi bertempat di Taman D.R Senivasagaam,Kg.Jawa,Ipoh.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Mior di talian 017-543 5030.
Kerjasama anda amat diharapkan agar MEMANJANGKAN sms ini kepada semua kenalan anda.
Anda juga diminta menyebarkan maklumat ini dengan cara lain,seperti internet,secara lisan,atau dimana perjumpaan dan perhimpunan yang anda hadiri.
Aku cuma harap sgt budak2 UMNO terutama Pemuda jgn la pandang remeh hal ini. Korang sepatutnya berada di barisan hadapan sebagai tanda "Melayu Teguh Di Belakang Tuanku!" Ini soal maruah. Aku hairan jugak, Ketua Pemudah UMNO yg baru duk diam je, pehal? Sakit gigi ke?
Yang Ikhlas,
bagus betul ummi yek, suka kan rusuhan begini, perbuatan ummi ini akan di balas juga. mungkin satu hari nanti anak2 ummi pula akan mewarisi sikap ummi yang suka membuat perhimpunan2 haram atau demonstrasi jalanan, tapi mungkin mereka mendemonstrasi untuk meminta kerajaan mengiktiraf kegiatan gay di Malaysia. amacam ummi?
Malaysian-2Day
2009 Mei 5 22:26
ummi seronok ke jadi camtu ummi? aku tak paham betul ngan korang ni, sirius, aku pening memikirkan kenapa kamu semua begitu gembira nak buat huru hara. Apa yang kamu semua nak buktikan? Nak buktikan kamu betul? Ini cara bijak kamu semua nak buktikan kamu di pihak yang benar? Mana ketaqwaan kamu? Mana kepercayaan kamu dgn ketentuan ilahi? Mana sikap sabar? Mana sikap kasih sayang sesama bangsa dan agama? mana rasa cintakan keamanan? mana pergi semua tu ummi?
tak malukan ummi, bila ummi mengajar anak2 ummi agar menunjukkan perasaan nya dgn mendemonstrasi di jalanan dan menimbulkan huru hara? Adakah semua ini ajaran ISLAM? Betul ISLAM suruh kita pertahankan HAK kita, tapi inikah caranya ? Tidak ada jalan lain ? Tak boleh tunggu pilihanraya umum lagi 2 tahun?
Jangan terlalu gembira untuk menimbulkan huru hara ummi, negara kita ada undang2, kita bukan hidup dalam hutan yang menggunakan Jungle Law. Nantikan lah balasan yg akan korang terima.