Setakat ini suasana di Ipoh terutamanya jalan menuju ke perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan yang menenpatkan Dun Perak dikawal rapi hingga tiada siapa yang boleh melintas masuk.
Semuanya angkara surat arahan polis yang melarang sesiapapun berada di dalam lingkungan 500 meter radius.Lebih mendukacitakan, beberapa masjid di Ipoh terutamanya di Manjoi diarahkan dikunci sejak malam tadi.
Ini termasuk Masjid Negeri yang biasanya dibuka untuk musafir singgah sebentar menunaikan solat ataupun berehat.
Sementara dalam perkembangan menjelang sidang Dun, Sivakumar memaklumkan menurut senarai jemputan yang dikemukan kepadanya, hanya 207 orang dibenarkan mengikuti sidang hari pertama yang bermula esok.
Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Ipoh semalam, beliau mempersoalkan 30 tetamu tambahan yang tiba-tiba dibenarkan hadir sebagai "tetamu menteri besar Perak" Datuk Zambry Abd Kadir dan "tetamu khas".
ummi dengar puak BPN akan mengadakan siaran langsung sidang DUN pagi ini...padanla media PR payah nak dapat masuk..rupa2nya jeng..jeng..jeng..
baca ni...
dari blog Gerakkan Anti PKR(GAP)
"SETELAH BERBINCANG DENGAN BEBERAPA ADUN DAN RAKAN BLOGER, INSYAALLAH PIHAK KAMI AKAN MEMBAWAKAN SECARA LANGSUNG PERJALANAN MESYUARAT DUN PERAK YANG PERTAMA ESOK.
inilah kot yang dikhabarkan sebagai 'tetamu khas' depa...
gambar di atas ni adalah perjumpaan blogger UBN di residensi MB Perak malam tadi...
"sempena Sidang Dewan Negeri Perak yang akan mencatat sejarah negara, satu pertemuan pemimpin NGO dan bloggers telah diadakan didewan kediaman Menteri Besar Perak yang dihadiri lebih kurang 500 orang"-dari blog blogger UBN
layan je laa..
No comments:
Post a Comment