Followers

Thursday, May 07, 2009

Bisikan kontrovasi...


kalau dinilai gambar ini..berbagai spekulasi boleh dibuat...
apalah agaknya tujuan bisikan itu...?

baginda Sultan Perak pernah berkata2 yang memberi harapan...
Raja Muda juga memberikan signal harapan...

Sultan berkata..Allah bersama2 orang yang sabar...

Raja Muda berkata....beta mahu berkerja dengan Pakatan rakyat....

kalau kita bersangka baik....apa yang disuarakan..?

kalau kita bersangka buruk...apa pula ceritanya...?

bukan niat nak menimbulkan rasa gundah gulana..sekadar untuk berhati2...maaf sekiranya ada yang tersinggung...patik mohon sembah derhaka...kerana mencurigai...

wallahualm..

5 comments:

Unknown said...

Assalam..
walau apa pun, berhati2 dlm setiap langkah yg diambil..
semoga perancangan kita lebih baik dari perancangan 'mereka'..
Namun Allah lah yg teramat baik perancanganNya..
semoga berjaya dlm setiap strategi yg diatur oleh pimpinan..

Kicap Manis Media said...

nate umno!! Viva la PAS!!! Teruskan perjuangan jihad.......

PG said...

Salam Tuan Rumah,
Istana hanya boleh menjadi orang tengah.Kita hendaklah maklum `PR` Istana sangat bagus.Jangan kita cepat terkesan atau menaruh harapan pada kata-kata Istana.Dari pandangan saya sebagai rakyat Perak,Istana tidak ada kuasa apa-apa.Istana pun tidak berani membuat perkara2 yang tidak disukai oleh Kerajaan BN.Istana lebih rapat dengan BN dari non-BN.Tapi untuk berdialog dengan non-BN,Istana mestilah menyusun kata2 yang sedap didengar atau seperti memberi harapan kepada non-BN,bak kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus tepung tak selerak..hanya pandangan saya.

Anonymous said...

emm..bosanlah aku..zaman la kata2 apatah lagi bisikan tidak ada makna apa2..zaman ini..tindakan dari kata2 saja lebih bermakna..cth:bisik kata nak bubar dun tapi samapai 2013, tak bubar2 gak..apo ko boraiahnyo!!!

Anonymous said...

Nak komen artikel awang selamat mingguan malaysia 10.5.09 mengenai perkara yang sama spt berikut:
‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?,”
Awang Selamat dengar ke titah Sultan. Nizar, Ngeh dan Raja Muda di atas pentas di Raja jauh daripada media. Saya berada ditempat media, tak nampakpun Awang Selamat. Awang jangan jadi batu api. Jgn main serkap jarang. Zaman IT ni tak boleh tipu pembaca. Saya menyaksikan BN buat sidang sendiri. lantik Ganeson berlari-lari masuk dewan apabila dilantik. macam mesyuarat budak sekolah. selepas lantik Ganeson pakai jubat dan songkok yang sengaja dibawa oleh BN. Angkat sumpah depan Hee. Kemudian kendalikan sidang haram itu dengan membaca skrip. Ganeson baca skrip pun tak betul...Awang sudahlah jangan memfitnah..tak elok..jangan busuk hati..tak elok.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil