Followers

Wednesday, May 06, 2009

Zambry dilantik tak ikut Perlembagaan..

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa perlantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah sah dan tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

"Perlantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.

"Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada perlantikan yang sah dalam undang-undang untuk menduduki pejabat itu kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar dalam satu negeri," kata Sulaiman dalam hujahnya yang memakan masa hampir 2 jam.

Pada 13 Februari lepas, Mohammad Nizar 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac tahun lepas memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa :
  • Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga ADUN telah meletak jawatan.
  • Tidak ada pembubaran DUN.
  • Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN.
  • Beliau belum meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak.
Sulaiman dalam hujah beliau hari ini juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak."Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu," kata beliau.

Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.

"Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada perlu atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.

Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.

"Apabila Menteri Besar mengadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bila-bila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti sahaja," katanya.

Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada tahun 1966 dalam kes ini.

Dalam kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.

Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budi bicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.

"Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.

Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim disambung pada jam 11 pagi esok.

11 comments:

Anonymous said...

Inilah masalah pembangkang dan penyokong yang tak ada otak langsung.Ikut hati dan perasaan.Kamu ingat kamu lebih pandai dari Sultan(Lord Justice) dan peguam negara.Nak suruh kamu guna otak pun tak boleh,sebab dah memang tak ade.

Anonymous said...

tanpa nama tahniah atas ulasan anda, ulasan yang bernas dan pintar kerana anda telah berjaya menunjukkan ke lemahan anda kepada dunia..kerana tak ada otak lah semua benda ni terjadi..semua nak cepat..naik pangkat nak cepat,jadi menteri nak cepat so bila jawatan di cabar di mahkamah yang susah rakyat perak......tak perlu sokong siapa biakan undang undang tentukan..makna undang undang adalah...apa jua keputusan hendaklah sama adil iatu benar benar undang undang terguna pakai bukan undang undang yang menyebelah sesuatu pihak..undang2 hendak tidak dicampur aduk dengan urusan politik...baru la undang2 akan dihormati...rakyat perak tidak pernah membenci raja atau berniat nak melawan raja..yang rakyat marah adalah kepada pihak lawan,nak ambil perak silakan namun ambillah dengan tertib tanpa tergopoh gapah...percayalah kalau diambil kerajaan perak dengan tertib perkara atau kemelut seperti sekarang tidak akan berlaku..sekadar pandangan..lain orang lain pandangan tepuk dada tanya selera....

Anonymous said...

aku pelik manusia melayu... dah sah beratus tahun terbukti sultan2 hanya menggunakan rakyat untuk kepentingan peribadinya sendiri pun diorang sembah juga sultan. taatnya kepada sultan melebih taat kepada allah. memang patut pun melayu makin rosak dan hancur. tengok bangsa lain yg lebih maju, mana ada sembah daulat raja2 lagi. merepek betullah melayu.

dah terang lagi bersuluh memang sultan perak tu tidak adil dan bertanggungjawab. tapi masih ada lagi manusia melayu yg mendaulatkan sultan. siap pilih kutuk umno jer, padahal sultan pun sama.

andai kata sultan diugut oleh umno, sultan tetap wajib mempertahankan kebenaran. hatta mati sekalipun. hukum islam memang begitu. sultan tiada alasan untuk mengkhianati rakyat!

sultan2 dah tak relevan. aku doakan malaysia akan datang akan diperintah oleh khalifah/presiden. ingatlah manusia melayu yg bangang, yang membela melayu dan islam itu ALLAH bukannya sultan! jika kau nak sultan juga, kau tukarlah tuhan kau, sembahlah sultan!

melayu mudah lupa dan mudah sesat oleh tradisi yg jahil!

Anonymous said...

Golongan orang yang paling bodoh dan baral pada masa ini adalah mereka-mereka dari parti PAS. Bodoh kerana sampai sekarang mereka masih tak tahu yang mereka di perbodoh dan diperbudakkan oleh DAP cibai dan PKR petualang bangsa.

Anonymous said...

umno babi

Anonymous said...

Bila dah lomah kata org lain kena perkudakan, umno tunduk kat MIC ngan MCA ingat org tak tahu.. patrik lim..dpt berbillion2 buat masjid buakan org UMNO bagi..MCA dpt tanahberekar2 bukan UMNO bagi...peruntukan berjuta2 bagi kat sekolah SJK(T) & SJKC bukan umno bagi, kat sekolah anak aku dah berbulan2 letrik tak de apa sudah jadi.. pemimpin UMNO hari ini akan cakap "kita akan pastikan kerajaan akan dapat sokongan dari masyarakat cina dan india semula"..abih sokongan org melayu apa cerita...sekarang tumpuan utk cina dan india saja bodh punya umno..INGAT ORG YANG TAK SOKONG KERAJAAN BUKANNYA MEREKA YANG MEMPUNYAI PARTI..RATA-RATA PENGUNDI SALURAN 5&6 TIDAK MEMPUNYAI PARTI TETAPI LEBIH SUKA MEMERHATI.

Anonymous said...

Kalau PAS stand alone party jadi pembangkang takpa.tapi skang PAS jadi balaci DAP.Dulu bukan main ckp umno bersekongkol cina ngn india.Skang sape paku dulang paku serpih.pigi dahh.Rakyat diperbodohkan padahal sebelum ni time Nizar tu balaci DAP. Biarla umno korup ke apa jadah.aku bukan main parti pun.hidup senang kat Malaysia.kenape nak hancurkan lagi.

Anonymous said...

Sape yg menang skang.Cina ngn india.yeay.mari tepuk tangan. PR nak amik ati diornng dan BN pun nak amik ati jugak.hancusssla Malaysia.

Anonymous said...

alaaa kalau stand jadi pembangkang mana umno kisah masa tu 2/3 majoriti...sekarang bila dah terdesak kata macam2 kat PAS..kudalah, lembulah macam2 lagi aku pun sama tak de parti tapi meluat gak bila hari2 dok provok negeri diperintah PR tapi aku duduk kat negeri diperintah BN masalah jgn cakaplah...dah berpuluh tahun...buat dek je..kalau ADUN aku mati baru maslah selelai sbb Pilihan Raya Kecil..bayangkan jalan masuk ke kg aku masih tanah merah sejak aku lahir sampai sekarang..itu baru bab Jalan..kalau nak disenaraikan tak tahu le bejela2 agaknya..mula2 ADUN aku MIC skarang UMNO ingatkan ok, lagi teruk adalah...nasib malang sungguh bila balik KG kesian aku lihat org kampung aku terus diperbodohkan BN...mungkin sbb org KG aku semua melayu..kalau mereka INDIA atau CINA pasti dah dibantu sekarang ni..maklumlah nak sokongan org INDIA ngan CINA ,,org melayu gi mampuslah..bisik hati ADUN aku...he...he...he

Anonymous said...

yes gi mampusla melayu..aku peduli ape.ko peduli ape.dah name melayu.mudah lupa.melayu ingat time nak mintak subsidi ngn kuota je.mari sama2 kita sahut PR for equality.mansuhkan bumiputera!

Anonymous said...

lebih selamat kalau negara ini diRepublikan kerana selama ini Raja-Raja Melayu tidak pernah memberikan sumbangan kpd negara dan masyarakat termasuk org-org melayu kerana raja-raja ini angkuh,pentingkan harta dan kekayaan dan juga mengenai krisis di perak ini berlaku punca datang dari sultan sendiri kerana tidak mempekenan bubarkan ADUN Perak dan menerima kerajaan baru yg tidak langsung diundi mahupun mendapat mandat drpd rakyat dan akhirnya sultan sendiri dihina dan membiarkan pergaduhan diantara BN & Pakatan Rakyat sehingga rakyat sendiri menjadi mangsa kerara meraka sepatutnya berhak utk memilih kerajaan sendiri.Sekarang rakyat perak sudah merana kerana bukan puncanya drpd pergaduhan BN/Pakatan Rakyat tetapi datang dari sultan sendiri kerana Sultanlah yg enggan membuat keputusan utk tidak membubarkan ADUN & kekalkan kerajaan baru yg tidak dipilih oleh rakyat perak sendiri.Sultan janganlah memperbodohkan rakyat tuanku sendiri kerana rakyat jelata sekarang sudah matang malah lebih bijak drpd tuanku sendiri jadi jangan sesekali mempermainkan rakyat.Walaupun sultan sendiri kata raja diatas politik tetapi sebernarya sultan sendiri yg terlibat dlm politik ini kerana krisis diperak puncanya datang dari sultan sendiri yg membuat keputusan yg dianggap sebagai berat sebelah.Peringatan kpd sultan mungkin sultan diatas politik tetapi realitinya Rakyat sendiri diatas Sultan kerana kuasa rakyat lebih drpd kuasa sultan sendiri.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil