Followers

Friday, May 08, 2009

Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!

Adam Yew
(Email diterbit tanpa edit)

Sekarang jam 10:50 mlm 30 April 2009. Tadi, lebih kurang jam 8:30 mlm selepas berkumpul lepas maghrib di Masjid Seb Jaya, P Pinang; bersama-sama dengan 3 orang sahabat dari NGO Wargakilang.com kami bertolak ke rumah Flat PPR Bagan Ajam, Butterworth.

Saya tak berapa tau sangat kisah keluarga yang kami nak ziarah ini, tapi 3 org rakan saya ini memang beria-ria sangat mengajak saya ke sana. Dalam perjalanan, saya tanya sahabat saya sdra Shukri (kilang Seagate) apa cerita keluarga ini? mcm mana boleh tau kisah depa ni?

Shukri habag, baru-baru ni dia tengah rush nak masuk bank, Maybank kat Seb Jaya nak masuk duit jual keta; waktu dia tengah dok kelam kabut tu, tiba-tiba ada sorang hamba Allah mai bagi salam kat dia, minta tolong.

Shukri tanya nak minta tolong apa?

Hamba Allah tu kata:

"Saya bukan nak minta duit bang, cuma....(dlm nada tersekat-sekat)..cuma...kalau boleh nak minta Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!" (sambil dok tunjuk kat anak dia - pompuan 2 tahun setengah yg dia tengah dok dukung itu).

Sdra Shukri yg merupakan salah seorang AJK NGO Wargakilang, yg mana beliau sendiri merupakan antara yang paling aktif dlm kerja-kerja kemasyarakatan bersama NGO ini, terus jadi terkedu.

Dah beratus kali dah rasanya dia masuk kampong memberi bantuan kpd fakir miskin bersama-sama dengan rakan-rakannya drpd berbagai jenis kilang di belah utara ini, belum pernah lagi dia berjumpa dengan org-org susah yang sampai ke tahap terpaksa tahan orang di pintu masuk bank semata-mata nak minta orang tu tolong pi beli SUSU kat anak dia. Ini dah kira kes kronik ni.

Kata Shukri:
"Aku sedih sungguh, aku jadi terkejut, jadi tergamam tak tau nak buat apa"

Shukri suruh hamba Allah itu, namanya Roshidi tunggu sat bagi dia settle masuk duit kat bank dulu.. Habis settle dengan urusan bank, Shukri terus bawa sdra Roshidi ini dan anak pompuan dia tu, pi kedai beli susu dan beberapa barangan keperluan rumah, terus hantar depa balik dengan keta 4X4 dia tu.

Sdra Roshidi ni tak dak mutu tak keta, mai dengan BAS saja!

Seorang sahabat saya dlm keta tu, sdra Aznee dari kilang INTEL dah pun dengar kisah sadis ini drpd Shukri sendiri, jadi mlm tadi dia dah ready dah bawa mai beberapa tin Susu Dumex Dugro dan juga dua kampit beras 10 kg dan beberapa tin biskut serta makanan kering untuk keluarga sdra Roshidi ni.

Saya kata, tat pa lah, nanti sampai rumah dia kat Bagan Ajam tu, saya tanya lah dia sendiri apa kisahnya.

Bila dah sampai ke rumah tu, di tingkat 4 Flat PPR Bagan Ajam, bila dah masuk ke dalam, bila tengok dan jumpa sendiri sdra Rashidi dan anak perempuannya yang dua tahun 1/2 tu, dan adik2 sdra Rashidi termasuk seorang OKU yg ditanggungnya serta ibu yg yg sudah tua dan ayah tirinya yang mungkin cuma menanti hari, bila melihat suasana dalam rumah tu seperti tiada "roh" kehidupan di dalamnya, saya pandang Wahab dan Wahab pandang saya. Masing-masing tak tau nak kata apa.

Sdra Rashidi mengambil upah mencuci kontena, dapatlah sikit-sikit habuan makan minum, bayar sewa, api air dan belanja persekolahan adik-adiknya.
Masalahnya, Ujian hidup yg sedang dihadapi oleh beliau terlalu gawat - anak kecil yg perlu dijaga sedangkan isteri (? - sembunyi dlm bilik dikatakan beliau ada masalah "tekanan"), ibu tua yg tiada kerja dan ayah tiri yg tiada upaya, adik lelaki darjah 4 OKU, kemudian dibeban pula dengan adik pompuannya (Ibu Tinggal? yg nampak mcm ada masalah "tekanan") yg juga punya seorang anak kecil tinggal bersama. Daripada pandangan mata kasar, kami melihat hampir kesemua yg ada dlm rumah itu seolah-oleh sedang dihurung tekanan kecuali sdra Rashidi yang nampaknya begitu tenang menghadapi keadaan, mungkin kerana pegangan agama beliau agaknya.

Apabila diminta cerita kisah beliau bertemu dgn sdra Shukri secara tak sengaja di hadapan bank tempoh hari, sdra Rashidi habag kata hari tu di rumah beliau terputus bekalan. Beliau nekad bawa anak pompuannya tu, ambik bas nak pi cari duit sikit. Lajak pi bank - sebab katanya insyaallah ada sikit wang Advance Gaji drpd majikannya untuk belanja keperluan. Dalam pencarian itu, beliau turun SOLAT maghrib di masjid seb jaya. Dari situ beliau menumpang keta seorang hamba Allah turun di Maybank. Di situlah beliau ditakdirkan berjumpa dgn sdra Shukri.

On the way back, Shukri cerita:
"Aku bukannya apa, aku naik kesian kat anak dia tu, dia habag sebab tak dak duit nak beli susu dia pi beli minuman kotak jenis Ribina ka apa bagi anak dia minum. Tak sampai hati aku tengok budak kecik tu dok minum minuman kotak ganti SUSU!"

Entahlah, sdra Rashidi ni memang nampak sungguh segan dengan kedatangan kami itu sebab saya lihat secara AZALI nya beliau bukan jenis yg suka meminta-minta. Dia ada cakap kat saya mcm dia rasa terhina dan segan sungguh bila Ayah Tiri dia yg tua tu selalu saja jiran-jiran kat rumah flat tu tolong bagi makan. Dia kata, sebagai anak, apa pun terjadi, itu adalah tanggungjawab beliau untuk cara makan/minum ayah mak dan adik-adik serta anak beliau.

Saya kata tak payah seganlah, kita kena ingat bahawa apa yang berlaku malam ini semuanya sudah ditulis oleh ALLAH SWT dlm Loh Mahfuz sebelum kita ini semua lahir lagi. Saya kata, ini semua kerja Tuhan, Tuhan dah tulis dah bahawasanya pada malam ini jam 9:16 mlm 30 April 2009 akan ada 4 orang lelaki entah dari mana-mana yang beliau tak kenai, akan mai rumah dia bawa mai susu Dumex Dugro, beras 10kg 2 kampit dan serba sikit makanan untuk keperluan keluarganya.

Saya ulang kata, ini semua adalah kerja Tuhan. Rezeki ini dah ditulis dah atas nama beliau, tak perlu segan. Beliau nampaknya faham tapi nampak masih segan.

Waktu nak turun Lift, sdra Shukri cakap:

"Munir, hg tolong habag kat sapa-sapa yg teringin nak mai bagi sumbangan kat depa ini, jangan la mai waktu siang. Aku mai siang hari tu, bila jiran-jiran dok tengok, Rashidi tu nampak malu dan segan sungguh. Walau pun dia susah, tapi dia bukan jenis yg suka dok minta-minta. Yang dia minta kat aku di bank hari tu - yang itu kira paling teruk dah, sebab dia tak tau nak buat apa dah, anak tak dak SUSU nak makan, dia sanggup perjatuhkan maruah dia demi ANAK!!"

Maka dengan itu, kami mengharapkan, kalaulah ada mana-mana kawan di Pulau Pinang khususnya yang ada duit belanja dapur sedikit berlebihan, ada masa belilah susu Dumex Dugro setin dua dan juga brg2 asas seperti beras, gula, minyak, tepung dsg; cuba-cubalah pi jenguk keluarga daif ini di no A4-1-3 Flat Thambi Kecik, Bagan Ajam. Moga kerja buat kalian itu, memetik kata sdra Rashidi kpd kami tadi:

"Hanya ALLAH SWT sahajalah yang mampu membalasnya"

Wallah hu aklam

moniermatdin
30.4.09

Adam Yew Abdullah

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil