Followers

Friday, May 08, 2009

BN menjatuhkan maruah rakyat Malaysia...MEMALUKAN..!!




Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.

17 comments:

Malaysian-2Day said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

betul kalau bertepuk sebelah tangan x berbunyi,tp kalau bukan UBN yg tepuk dulu,x kan PR berdiam diri.UBN da lama memerintah negara dan dah byk penyelewengan yg dilakukan.bukan maksud menyalahkan sebelah pihak tp teryata UBN yang merobek demokrasi.

Anonymous said...

Itukah dunia Politik...meeka memainkan watak mereka dgn skrip masing2...RAKYAT juga yg syok sendiri dan tension sendiri...Kenapa? Sebab kita rakyat menilai mereka dgn dunia kita sebagai rakyat sedangkan mereka adalah POLITIKUS yg bertopengkan nama Wakil Rakyat....semua PEMBOHONG dalam tindakan mereka.

Geram, sedih, marah...apa sajalah tetapi percayalah...kesemua POLITIKUS ini TIDAK akan bermusuhan di dunia awam...silap2...rakyat akan jumpa mereka berketawa sesama sendiri di dalam bilik rehat...betul?

Anonymous said...

Iye lah tu....

Korang sibuk je menulis kat sini tetapi bila tiba masanya...undi yang gitu-gitu jugak.

Apapun, TAHNIAH kepada Zambry kerana berjaya membawakan wataknya sebagai ahli politik setakat ini...

joyah_laser said...

aku dah agak akan ada puak2 BN yg tak hilang bengap nya dari dulu kini dan mungkin selamanya..dalam keadaan dah terang dan nyata dimana tiada mana mana negara lain yg membenarkan polis utk campur tangan dalam urusan dewan tapi di Perak boleh..kalau dah terang salah tapi puak2 kurang akal ni masih nak kata betul maka memang lah bengap tu tak nampak unsur akan berkurangan..

PR buat persidangan di bawah pokok sekurangnya tidak lah hina sebab masih mengikut lunas undang2..tapi kalau BN buat persidangan dalam dewan perangai kalahkan beruk atas pokok, itu lebih hina..

orang2 melayu UMNO masih berbekalka pemikiran British..hanya bezanya di Britain mereka lebih mengikut undang2 yg mereka buat sedangkan melayu UMNO pulak pandai buat undang2 tapi sendiri yg langgar...pirraahh mabuk...

Sinar untuk Melayu Islam said...

dah keadaan parah macam ini pun...institusi raja nak diam diri lagi ker? Bukan payah pun...

1) Bubar kan DUN
2) Setuju Bubar

Lepas 3 minggu perak kembali aman.

Head Shot said...

salam ziarah umi..nak tanya la..awat blog ni ada banyak script error? sikit2 keluar window pasal tu..then kna tkan ok.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

jkhjkjkjkjk

Anonymous said...

umno telah membangangkan diri depa..memalukan perak..rakus kuasa..menggunakan polis dan suk utk bg depa berkuasa..moga Allah turunkan pengajaran sewajarnya pd umno bn laknatullah..

JONdisen said...

apa apa je la,masing masing x puashati sampai bila? dok intip sana sini nak naikkan parti masing masing iskh! aku ni rakyat la! tau tentang sejarah / x,sekadar perkembangan terkini,mcm mana pun berapa ramai yg betul betul tau tentang sejarah negara sendiri? dari buku sejarah sekolah ker? kihx3... mendalami ilmu sejarah ker? bukan mudah nak cari yg tulen ler...apa? cam ner pun yg mentadbir negara selama ini bukan dari pengalaman pembangkang ler...aku pun kurang dapat kemudahan dari kerajaan,tetap bersama PEMIMPIN NEGARA...susah sangat! huh! buat pening kepala jer...

JONdisen said...

nak politik,korang minta mrk dilaknat org sesama islam ,haparak...!podah!!! tak guna tul!!!

blues untuk rakyat said...

http://rakyatblues.blogspot.com/

http://rakyatblues.blogspot.com/

http://rakyatblues.blogspot.com/

joyah_laser said...

rakyat mcm AL jon ni yg buat negara susah nak maju..kau cuba tengok negara2 maju sana..mereka dibenarkan mengkritik kerajaan dengan bebas, tak ada masalah, kerana rakyat berani bersuara lah maka pemimpin negara mereka begitu berhati hati membuat sebarang tindakan..nak belanja duit rakyat pun tak boleh sewenang wenang..kalau anak menteri buat salah pun boleh masuk penjara..tapi sebab rakyat mcm AL JON yg hanya tahu angguk..baca sejarah setakat buku teks sekolah menengah saja maka orang begini lah yang akan terus menyokong BN tak kira serakus mana pun pemimpin BN itu.

sebagai orang islam sepatutnya lah kita menyokong perkara yg baik dan benar sahaja..kalau seorang islam merompak seorang yahudi..aku akan tetap kata orang islam itu salah..itu yg aku belajar sebagai orang islam..dalam islam tiada perkara berkompromi dalam soal kejahatan dan ke tidak adilan..sila lah AL JON baca pulak sejarah islam..bagaimana adil nya rasulullah terharap orang kafir..jangan asyik ulang baca sejarah melayu sekolah menengah..fikiran nanti tak berkembang..dan akal pun tak panjang..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam semua..

malaysian2day..
terima kasih dengan ucapan tu..no komen ada mata lihat ..ada telinga dengar ada mulut diam..ada jari menaip..ada akal pakai..
wallahualam

anon 08:58
bila bercakap guna mulut tanpa akal dan ilmu lain bunyinya..

anon 09:26
setiap perbuatan pasti ada balasan

anon 09:28 n anon 09:31
manusia pelakon..dunia pentasnya

joyah laser
hang memang laser

mencari kemenangan
depa nampak tapi terlindungkan kabus tebal..

hazim
tang tu ummi pon konfius..apa penyakitnya..tapi tu takde apa2 klik close pon takpe..klik ok pon takpe..tak menjejaskan apa2..

tok iskandar said...

Memalukan dan gaya politik budak sekolah.itulah tanggapan kebanyakan rakyat yang menyaksikan gelagat umno mengharu-birukan sidang Dun Perak semalam.

Satu dunia dah tahu pasal dah masuk you tube.ada sorang rakan tok punyalah hangat hati cadangkan lain kali sidang dun perak atau mana-mana negeri yang dikuasai BN sediakan kerusi atau seat untuk polis.ramai yang sakit hati melihat gelagat polis yang berpakaian preman yang mencemari dun Perak kerana tidak ada kena mengena langsung dengan mereka.
tak lama lagi gambar-gambar mereka atau apa yang berlaku dalam dun Perak akan dapat dilihat di dalam CNN,BBC,Al Jazeera dan lain-lain lagi.
Ada yang marah sampai bagi idea lain kali kalau tok wakil BN tak cukup majoriti dalam Dun atau parlimen,PR boleh lantik speaker baru dan kuasai dewan.
apa yang tok perhatikan rakyat semakin berang dan tok harap bukan idea umno untuk bakar perasaan rakyat dan cetuskan rusuhan kaum.
Ada yang mula meneka apakah selepas ini ada speaker haram dan speaker original seperti kes 2 MB ketika ini.
sama-samalah kita tunggu dan lihat dan ramai yang menjangkakan tindakan umno ini akan mempercepatkan kejatuhannya.mana-mana tok pergi ada kedengaran rakyat menyumpah najib,mahathir dan hishamuddin.Nama Abdullah antong dan SUK Perak turut menjadi cemuhan mereka.
hari ini dalam sejarah.apa yang berlaku semalam akan dikenang dan disanjung oleh generasi akan datang.bayangkan seorang adun PR yang OKU sanggup duduk di atas meja untuk menghalang BN meletakkan speaker mereka di situ.Tak tahulah pula akan kisah hee yit fong yang memainkan peranan besar melantik speaker BN.tok pasti pengundi di kawasannya akan semakin benci kepadanya.
Sedar atau tidak,Terengganu kini semakin hampir dikuasai PR.sama-samalah kita mendoakan agar ianya menjadi kenyataan.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil