Followers

Tuesday, May 12, 2009

kata boleh terima dengan hati terbuka..hakikatnya...cittt

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota exconya telah mengosongkan pejabat mereka petang ini.

Sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar dan para exconya mengosongkan pejabat mereka di bangunan SUK di Ipoh pada kira-kira jam 2.30 petang - kira-kira tujuh jam selepas sekali lagi mengambil alih pentadbiran negeri itu semalam.


Mesti UBN ingat pemimpin PR kecewa sangat dengan keputusan tu..yang paling kecewa adalah rakyat Perak..pimpinan PR hanya akan bertugas untuk rakyat Perak sekiranya tiada gangguan...dan seboleh2nya akan berusaha mengembalikan kehendak rakyat Perak...BN kena akur yang rakyat Perak tidak mahu BN menjadi pemerintah di Perak ni tu pasal BN kalah dalam PRU12 yang lepas..apa korang tak paham2 lagi ke...atau tak mahhu mengaku kalah..??

di bawah ni kenyataan Zambry semalam..

KENYATAAN AKHBAR YB DATO SERI DR ZAMBRY ABD KADIR
Tentang Keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei 2009

1. Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran yang terbuka.

2. Saya serta rakan2 akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.

3. Saya menyeru semua penyokong2 BN serta rakyat negeri Perak supaya bertenang.

Dr Zambry Abd Kadir


tapi bila Zambry membuat rayuan di mahkamah apa maknanya...maknanya apa yang dinyatakan seperti perkara no 1 diatas adalah omong kosong saja..tipu..dusta semata..cehh semua bersifat kosmetik..tengok muka Zambry pon kita leh baca..muka orang tak boleh hilang kuasa...bayangkan BN hilang kuasa kat Perak baru 11 bulan dah nano...dia buat cara kotor rampas Perak...kita dah biasa kalah..so tak lah kecewa sangat..cuma kecewa cara merampas kuasa tu je sebab cara tak bermoral...

kenyataan dia no 2..itu kita akui la dia ikut undang2..tapi yang kita pertikaikan cara pengendalian di mahakamah..kenapa rayuan pihak BN boleh dilakukan serta merta..kenapa bila pihak yang tak menyokong BN selalu dilengah2kan..tu yang Wak Banjari kata "terhebat dan tergampang" tu...

tang kenyataan dia no 3 ni ummi nak tergelak...dia suruh orang bertenang tapi dia sendiri tak boleh nak bertenang...hahaha baca ni--> 'Bagaimanapun saya dan rakan-rakan akan meneruskan perjuangan kami menegakkan keadilan dan membela rakyat. Ini adalah tradisi dan intipati perjuangan Barisan Nasional.'

kalau anda boleh terima keputusan mahkamah semalam dengan hati terbuka tunggu la PRU13 nanti...kalau korang(UBN) pandai nasihat PR suruh tunggu PRU13..la ni ummi nak pulangkan nasihat korang tu..tak payah la nak menyusahkan lagi rakyat Perak..mahkamah dah sah kan DS Nizar MB yg sah..nak bikin onar lagi buat apa...tunggu aja lah PRU13..

6 comments:

Pak Lubis said...

Kalau dah mamak .... mamak jugak ..... cakap berbelit belit ... Kulit dah ler hitam ... hati pun turut hitam ...

zman said...

Salam Ummi,

Hamba dok termuntah dan tercirit dari tadi lagi.Ini ade lagi rasa nak terkucil!Mahkamah pun macam ade suis on/off ke? Teramatlah cekap mahkamah kite kan?Kan?Kan?

Uuweeekkkkkkhhhhhhh!!!

angah said...

tengok muka lah umi...
muka dah tak der seri..
hati pun hitam gak lah...
cakap berbelit-belit......

Briged Akhdor LR2 said...

aku sebagai rakyat perak tak kan mengaku org yg tak tau malu jd MB AKU ..AKU LOYA TEKAK nak katakan zambery tu MB ..tgk muka dia pun naik meluat ..

enta omri said...

Salam, Ummi, betul apa yang ummi cakap tu.
dibawah ialah komen saya.

stay of execution atau penangguhan pelaksanaan perintah/penghakiman mahkamah bukannya satu keadaan dimana pemohon mendapat perintah mengenepikan perintah yang dibuat oleh mahkamah yang pertama mengeluarkan perintah/penghakiman itu.
bermakna, penangguhan pelaksaan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah rayuan berpihak kepada zambry bukannya bermakna zambry boleh berbuat apa2 fungsi sebagai menteri besar perak. beliau cuma boleh duduk saja menunggu kes rayuannya didengar oleh mahkamah rayuan kelak. beliau tidak boleh menjalankan tugas sebagai mb perak malah tidak berhak langsung menduduki pejabat mb perak yang telah dikosongkan semula oleh YAB DS Nizar.

kesan perintah penangguhan itu terhadap mb yang sah hanyalah setakat beliau tidak boleh menjalankan tugasnya melalui kuasanya sebagai mb selama mana perintah penangguhan itu berkuatkuasa.

soalan pokok siapa mb perak yang sah sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah tinggi semalam kekal tidak berubah. jadi, YAB DS Nizar ialah mb Perak yang sah dan kekal sebagai mb di negeri Perak sekarang.

melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat, walaupun YAB DS Nizar tidak boleh menjalankan tugas2nya sebagai mb (dek kerana perintah stay itu), tetapi DYMM Sultan boleh pada bila2 masa dan dengan serta merta meminta dan mendapatkan khidmat YAB DS Nizar.

jadi, persoalan besar sekarang, dari mana zambry ini mendapat kuasa untuk menjalankan kuasanya sebagai mb sebagaimana yang beliau sebarkan dimedia sekarang??!!

HASMAWI said...

APASALAH GENG PR NI DOK KALUT NAK BUBARKAN DUN. TAK PAYAH SUSAH2 LA...ADA BERANI BUAT UNDI TAK PERCAYA... ( BACA BAGI HABIS, KALAU HANG NI FANATIK SGT KAT PR TU, HANG MEMANG TAK BERANI MASUKKAN COMMENT AKU DLM BLOG HANG )

FAHAM KAT SINI...

KUASA YANG ADA PADA SULTAN BOLEH DIKATAKAN 3 PERINGKAT..

1. SAPA ADA MAJORITI DIA JADI KERAJAAN. SO, KALAU PAKATAN BOLEH DAPATKAN BALIK MAJORITI ADUN YG MEMIHAK KEPADA MEREKA ESOK, AKU SURE SULTAN PUN TAKKAN NAK BAGI BN MEMERINTAH PULAK. MAU HURU-HARA LAGI TERUK PERAK TU...
P/S... JANGAN KITA TUDUH ORG YANG MELOMPAT TU TAK BERSIH / SEPERTI MENERIMA RASUAH KALAU SEKADAR DGR2 ATAU BACA DARI BLOG TANPA PERTIMBANGAN, KALAU DULU ANWAR IBRAHIM JADI MELOMPAT "KATAKKAN" 30MP DARI BN UTK NAK TUBUH KERAJAAN PERSEKUTUAN BARU UNDER PR...HANG RASA SEMUANYA 100% IKUT JE...TAK DIRASUAH.

2. SELAIN DARI MENGGUNAKAN MAJORITI ADUN, SULTAN BOLEH BUBARKAN DUN. BETUL... MEMANG SULTAN BOLEH TAPI YANG HANG NAK KALUT DOK BUBAR DUN TU BUAT APA, BARU SETAHUN PRU12, KATAKAN BN MENANG & MAJORITI 2,3 ORG ADUN JE...PASTU PR PULAK KATA BN TAKTIK KOTOR, BAWAK PENGUNDI HANTULAH, TIPU UNDI POS LAH & MACAM2 LAGI. ATAU PR MENANG DGN MAJORITI YANG SAMA JUGAK, PASTU 2,3 BULAN ADA YANG LOMPAT PULAK MASUK BN PASTU...PASTU...PASTU...APA PULAK YE...LOMPAT PARTI TAK SALAH LA DARI SEGI UNDANG2 WALAUPUN DARI SEGI MORAL AKU PUN TAK BERAPA SETUJU...KALAU RASUAH YANG BERJAYA DIBUKTIKAN TU MEMANGLAH SALAH..

3. PAYAH2 SGT KUASA TERAKHIR YANG ADA KAT SULTAN, BAGINDA ISYTIHARKAN JE DARURAT, 2,3 HARI CUKUP LE, WAKTU TU BAGINDA NAK PILIH SAPA SEBAGAI WAKIL UTK MEMERINTAH UNTUK NEGERINYA, IKUT SUKALAH. TAPI CARA NI YANG PALING LECEH & BEBANKAN RAKYAT.

KESIMPULANNYA...

KESIAN LE KAT ORG PERAK TU (WIFE AKU ORG SANA JUGAK ( BUKIT GANTANG). AKU RASA TERIMALAH BN ADA MAJORITI & DEPA MEMERINTAH SAMPAI PRU KE 13 NANTI NAK PANGKAH SAPA PULAK IKIUT SUKALAH..

AKU RASA TAK MATI KEBULUR LAGI RAKYAT PERAK TU KALAU BN MEMERINTAH SAMPAI PRU KE13. TAPI KALAU PR YANG MEMERINTAH MUNGKIN JUGAK TAK KEBULUR TAPI MAJORITI MELAYU PERAK MAU ADA YANG KENA DUDUK BAWAH JAMBATAN SEBAB TANAH DAH BAGI KAT ORG LAIN....KATA SBLM NI BN BYK BAGI TANAH KAT TOKEY CINA, DAH TU PR MEMERINTAH HANG PA NAK BAGI LAGI KAT CINA2 DI KG BARU TU, DEPA DUDUK SITU DULU PUN BRITISH YG BUKA TANAH SBB NAK KURANGKAN PENGARUH KOMUNIS ( DUDUK FREE LE ), KALAU PI "MUGAQ" / TEROKA MACAM ORG MELAYU KAT FELDA TU TAK PA JUGAK.

BILA HANGPA BAGI LAGI, LAGI LA BODOH, KAT KG BARU TU KEBANYAKKAN CINA2 TUA JE, ANAK2 DEPA DAH KAYA RAYA....TANAH KAT TEMPAT LAIN BELAMBAK DAH...HA TU BAGI LAGI...LAGI...

NAK MEROSAKKAN SESUATU KEJAYAAN / PENCAPAIAN LEBIH MUDAH / CEPAT DARI MEMBINANNYA.. FIKIR2 KANLAH.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil