Followers

Tuesday, May 12, 2009

zambry berjaya tangguhkan keputusan semalam..

kemaskini dari malaysiakini

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.


Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.


Tahniah le Zambry...nampak no hakim ni penakut...apa la yang depa takut sangat dengan pilihanraya..macam nampak momok...semua pakat nak lari dari bubar DUN..apa la..tak jantan langsung...citt porrahhh

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.


kembang balik la hidung dua ekor lotong tu...

6 comments:

RM Reza said...

salamz ummi, lama tak bersua , heheh, saya ada cuba2 nak wat blog gak.. ahaks. saje try2, emm cepat sungguh ek mahkamah bersidang, fail2 kes terus bersidang, atas arahan sape ek? kalau la selalu macam ni mahkamah tentu banyak kes2 besar dapat diselesaikan dengan cepat! wallahualam

macam-macam ada said...

Tak sampai 24 jam keputusan mahkamah semalam dikeluarkan. Keputusan mahkamah rayuan untuk penangguhan keputusan semalam dah keluar. Mahkamah express. Sape la hakimnye agaknye? Sekali lagi terbukti UBN takut pilihanraya diadakan. UBN takut pada suara rakyat. UBN cuba menghalang suara rakyat. UBN takut pada demokerasi yang mereka agung2 dulu. Bagi UBN demokerasi sudah tidak wujud di Malaysia. Undang2 penjajah diguna pakai semula oleh mereka.

Naruto Sensei said...

Apa nak jadi? semalam Zambry cakap patuh pada keputusan mahkamah.
hari ni tergesa2 nak buat rayuan tanpa hujah peguambela dari pihak Nizar terus je permohonan diluluskan.. ha ha ha memang mahkamah yang bersidang hari ini ciptaan BN UMNO belaka ...

Orang lain merayu kes sampai berbulan2 UMNO punya kes sekejap betul dapat keputusan ha ha ha..
Pagi baru sidang, tengahari dapat keputusan memang meragukan..

Cepat betul buat keputusan.. kalau masa nak sah MB berbulan2..Apara nampak sangat mainan politik UMNO di lakonkan oleh hakim2 yang mengikut telunjuk Najib... buktinya semalam pun Najib dah bagi amaran jangan suka sangat.. tindakan akan dirancang apa makna tu?

Ha ha ha.. apalah akan jadi pada Hakim yang buat keputusan semalam...?

Ya Allah takut betul nak Bubar DUN ni kenapa UMNO? Dah tahu kekalahan akan menimpa ke?

Peguam Ghani 4tahil pasai hang la Pulau Batu Putih tergadai apa makna anda menjadi peguam nih..?

Kesian kes2 lain yang tertangguh lama sebab ada sikap double standard dalam sistem perundangan negara...

Memang meragukan tertutuplah cahaya keadilan yang baru sahaja menyinar di bumi Malaysia kerana adanya tangan2 Ghaib yang membuat keputusan tergesa2.. takut bubar DUN rupanya...

Nizar jadi MB kata "Pulangkan mandat kepada rakyat dan bubar DUN Perak"

Zambry Jadi MB kata" Lawan kes dan tangguh keputusan mahkamah supaya DUN tidak dibubarkan"

Di sini saja dah tahu siapa yang utamakan rakyat... siapa yang Gila Kuasa...

Anda fikirlah sendiri...

Naruto Sensei said...

Apa nak jadi? semalam Zambry cakap patuh pada keputusan mahkamah.
hari ni tergesa2 nak buat rayuan tanpa hujah peguambela dari pihak Nizar terus je permohonan diluluskan.. ha ha ha memang mahkamah yang bersidang hari ini ciptaan BN UMNO belaka ...

Orang lain merayu kes sampai berbulan2 UMNO punya kes sekejap betul dapat keputusan ha ha ha..
Pagi baru sidang, tengahari dapat keputusan memang meragukan..

Cepat betul buat keputusan.. kalau masa nak sah MB berbulan2..Apara nampak sangat mainan politik UMNO di lakonkan oleh hakim2 yang mengikut telunjuk Najib... buktinya semalam pun Najib dah bagi amaran jangan suka sangat.. tindakan akan dirancang apa makna tu?

Ha ha ha.. apalah akan jadi pada Hakim yang buat keputusan semalam...?

Ya Allah takut betul nak Bubar DUN ni kenapa UMNO? Dah tahu kekalahan akan menimpa ke?

Peguam Ghani 4tahil pasai hang la Pulau Batu Putih tergadai apa makna anda menjadi peguam nih..?

Kesian kes2 lain yang tertangguh lama sebab ada sikap double standard dalam sistem perundangan negara...

Memang meragukan tertutuplah cahaya keadilan yang baru sahaja menyinar di bumi Malaysia kerana adanya tangan2 Ghaib yang membuat keputusan tergesa2.. takut bubar DUN rupanya...

Nizar jadi MB kata "Pulangkan mandat kepada rakyat dan bubar DUN Perak"

Zambry Jadi MB kata" Lawan kes dan tangguh keputusan mahkamah supaya DUN tidak dibubarkan"

Di sini saja dah tahu siapa yang utamakan rakyat... siapa yang Gila Kuasa...

Anda fikirlah sendiri...

joyah_laser said...

hakim utk mahkamah rayuan pun macam dah standby jer awal2..baru file rayuan terus pulak bersidang dalam beberapa jam saja..aku dah tak percaya dgn mahkamah Malaysia..kalau zaman Che Det pun dia boleh campurtangan dalam urusan mahkamah maka sekarang sejarah berulang kembali.

Unknown said...

Sekaranglah hakim2 yg cokia' boleh buat kerja meludah system sendiri dan tentunya menharapkan peluang naik pangkat nantinya...Malang sungguh Malaysiaku..Ada raja pun sekadar perhiasan dan menjadi permainan ahli politik..Kesiannya..
daulat Tuanku !!! Berfikirlah untuk kehidupan yang sementara ini BAKAL manjadi bara disana nanti apa gunanya..Sedarlah siapakah atau golongan manakah yang meletakkan raja2 melayu dibawah perlembagaan seperti sekarang ni..? Sehingga memberikan laluan kepada rakyat menyaman Sultan atau Raja..!! Dari golongan mana??Tak kan masih belum kenal / tak tau menilai yg mana kaca dan yg mana permata?..Jgn sampai terantuk baru nak terngadah. Masalahnya sekarang ni dah banyak kali terantuk dah..tapi pi mai pi mai tang tu jugak..Kesian sungguh patik. Simpati yang teramat !!!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil