Followers

Monday, July 14, 2008

Antara Fitnah, Bohong, dan Khianat (2)

"Mutakhir ini PM mengeluarkan kenyataan tentang tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS yang didakwa mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan adalah perbuatan khianat. Rakyat tersentak dengan kenyataan ini. Setelah sekian lama berbohong, atas dasar apakah PM bercakap tentang pembohongan? Adakah PM mahu memberitahu rakyat kerajaan pimpinannya telah mengkhianati rakyat? Ternyatalah tindakan demikian menunjukkan ludah ke langit terkena batang hidung sendiri.


Kerajaan perlu sedar bahawa ICT memainkan peranan yang sangat penting untuk berkomunikasi. Bukan semua blog antikerajaan. Terdapat banyak kes yang menyerlahkan kredibiliti blog. Lihat tulisan dalam blog Kadir Jasin. Ada sebab yang munasabah rakyat memilih blog dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat. Akhbar arus perdana, RTM1, RTM2, dan TV3 bersikap berat sebelah. Mereka akan segera membesar-besarkan kesilapan pembangkang, sebaliknya menutup kesalahan kerajaan atau memutarbelitkan fakta bagi menonjolkan kelemahan pembangkang. Contohnya, TV3 tidak menunjukkan aksi lucah MP Kinabatangan di parlimen dan kerajaan tidak bertindakan atas kebiadapan itu.

Kerajaan tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dengan menuduh mereka tidak menghormati Rukunegara. Tuduhan ini tidak berasas jika dirujuk kepada pendapat umum tentang mentaliti rakyat selepas keputusan PRU 12 diumumkan. Majoriti berpendapat rakyat Malaysia bijak membuat keputusan. Jika demikian keadaannya, kerajaan tidak perlu gelabah kerana rakyat tahu membezakan baik dan buruk, tahu mengenal pasti yang benar dengan yang salah, dan tahu menilai antara kaca dengan intan.

Seperkara lagi, UMNO/BN memberi peluang seluas-luasnya kepada Ezam untuk membelasah Anwar Ibrahim. Kata Ezam politik baru yang diperjuangkan oleh Anwar berbahaya kerana berkonsepkan kesamarataan rakyat. Pernyataan ini amat tidak bertanggungjawab kerana dikeluarkan tanpa bukti, 100 % persepsi. Matlamatnya semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti orang yang didakwanya. Tidakkah perbuatan ini termasuk dalam kategori sabotaj kalau bukan fitnah?

Selain itu, Ezam mendakwa Anwar seorang ahli politik yang tidak jujur dan telus kepada sahabat tetapi suka bermain politik. Persoalan yang timbul daripada pernyataan ini ialah Ezam terlalu mengimpikan pemimpin seperti Hang Jebat yang sanggup menderhaka semata-mata kerana mempertahankan kawan. Pada era ini, konsep itu tidak layak lagi diteruskan kerana kesetiaan wajib ditumpahkan kepada negara, bukan selainnya!!!

Pernyataan Ezam ternyata menyeleweng daripada asas politik yang dipegangnya. Kata Ezam, "Asas politik saya adalah untuk melakukan perubahan. Itu yang diajar oleh Rasulullah dan pejuang bangsa demi kebaikan." Persoalan yang timbul daripada pernyataan itu ialah adakah Rasulullah mengamalkan perbuatan sabotaj untuk melakukan perubahan? Jawapannya tentu tidak. Usahlah memandai-mandai menyeret Rasulullah dalam soal ini. Sejauh mana sangatlah pengetahuan agama orang sekular seperti Ezam itu. Pejuang bangsa pun tidak melakukan sabotaj untuk mencapai matlamat mereka. Yang terkenal dengan sabotaj ialah pengganas komunis masa darurat dulu. Ezam ternyata marahkan nyamuk bakar kelambu dalam hal ini. Ini pegangan ahli politik picisan, bukan pegangan ahli politik berjiwa besar.

Sesungguhnya orang ramai keliru dengan prinsip hidup Ezam. Dia berjanji untuk membanteras rasuah. Sehubungan itu mendakwa dirinya ada berkotak-kotak bukti kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO sehingga terdorong melafazkan Sumpah Keramat. Kini, di mana benda tu? Sumpah pun sudah jadi Sumpah Lahanat. Yang difokuskan perbuatan jijik mengaibkan orang lain. Tidak hairanlah jika suatu hari nanti Ezam dimakan sumpahnya sendiri. Sama-samalah kita tunggu nasib orang tidak berprinsip ini.

Cakapnya hanya didengar oleh ahli-ahli UMNO yang boleh dicucuk hidung sahaja. Selebihnya mengambil pendirian berhati-hati dan ragu-ragu. Ini bermakna tidak semua yang percaya cakapnya. Kata-katanya disiarkan di akhbar arus perdana. Ramai yang dah boikot akhbar-akhbar tu. Kata-katanya disiarkan oleh RTM dan TV3. Semakin hari semakin ramai yang tidak percaya dengan kredibiliti media ini. Oleh itu, berapa banyak sangatlah khalayak Ezam. Biarlah dia terus melalak dan memberitahu bukti besar yang dinyatakannya itu.

Bercakap tentang khianat, ada satu kes yang terang dan nyata. Kes tersebut ialah pewujudan JKKP oleh kerajaan pusat di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan PR. JKKP akan berkonflik dengan JKKK yang dibentuk oleh kerajaan negeri PR. Sama ada dikehendaki atau tidak, konflik itu pasti memecahbelahkan penduduk kampung.

Sebahagian besar daripada mereka dikatakan penyokong kuat BN dalam setiap pilihan raya. Pada masa yang sama, pelantikan JKKP dianggap haram bukan sahaja mengikut perlembagaan negara malahan juga perlembagaan negeri. Jika kedua-dua hal itu benar, kita hairan mengapa BN sanggup mengkhianati orang-orang Melayu di kampung dengan menggunakan wang rakyat? Kita juga hairan mengapa tidak ada tindakan terhadap kerajaan pusat? Di satu pihak yang lain, kita berasa amat hairan apabila PR hanya mampu melalak tentang hal ini. Tidak bolehkah mereka memikirkan satu mekanisme utuh yang boleh mengkembirikan JKKP?

Cadangan saya tentang hal ini telah dikemukaqkan dalam satu artikal di laman ini sedikit masa dahulu. Memandangkan tiada respons terhadap cadangan tersebut, saya menganggap cadangan tersebut tidak relevan. Namun demikian, PM wajib mengetahui bahawa BN bertanggungjawab memecahbelahkan masyarakat kampung. Fakta ini turut menjelaskan cakap pemimpin kanan BN bohong, ludah ke langit kena batang hidung sendiri, dan paku dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih. Ingat! Langkah khianat itu akhirnya akan melahirkan orang Melayu yang terlalu benci kepada BN seperti di Kelantan!!! Mengikut hukum matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris, tolak darab campur jadi tolak!!! Kita tunggulah bila BN akan tertolak.

~nukilan ruhan~

2 comments:

Anonymous said...

berat la blog hang....byk sangat grafiknya.

jom kesini...

http://forum.mykmu.net/index.php

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam laichi..

berat sgt ke..?nnti sy usahakan untuk meringankannye..

apa yg seronok kat forum tu..??

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil