Tak faham, tak reti dan tak tahu. Berapa banyak manusia-manusia di Malaysia ini yang suka berbohong dan terang-terang kelentong orang di sana-sini. Daripada Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Menteri-Menteri, Ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat.
yang terbaru, berjangkit pula kepada sang Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Di dalam Buletin Utama tadi, beliau dengan selambanya menyatakan penangkapan Anwar adalah di buat secara professional. Gambar ini menjelaskan keprofesionalan yang dimaksudkan beliau. Gambar bersumber Mr. HardT.
Inilah gambaran yang dimaksudkan, professional oleh si pengarah tadi. Menangkap seorang yang dituduh meliwat seperti juga sepuluh tahun dahulu, memerlukan unit anggota polis bertopeng. Sedangkan pada masa yang sama, pembunuh Altantuya di luar sana masih bebas. Senang ceritanya, beliau mendakwa tangkapan terhadap Anwar terpaksa dilakukan kerana Anwar tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya. Sedangkan Anwar baru sahaja pulang dari memberi keterangan kepada BPR.
Keselamatan anggota polis juga dikatakan diberi keutamaan pada masa yang sama. Terlintas di fikiran saya, kenapalah dia orang ini takut sangat kepada DSAI. Adakah selama ini apabila mereka cuba menangkap Anwar akan berlaku peristiwa tembak-menembak atau ancaman nyawa kepada anggota mereka? Adakah seorang tertuduh meliwat itu sangat merbahaya, sama bahayanya dengan Bentong Kali dan Mat Komando?
* Road-block luar biasa diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada Ahad dan Isnin yang menyebabkan kesesakan yang luar biasa. Gambaran betapa professionalnya anggota polis.
* Anwar dihalang dari mendekati bangunan Parlimen. Buat julung kalinya seorang individu dikenakan perintah makhamah supaya menjauhi parlimen. Hairan bin ajaib.
* Debat Anwar-Shabery. Walaupun dihentam teruk, Shabery tetap diberi pujian melambung oleh media-media kerajaan. Media yang bukan kerajaan memberi gambaran sebaliknya.
* Anwar ditarik oleh anggota polis bertopeng. Ada atau tidak seorang yang dituduh meliwat ditangkap dengan menggunakan anggota unit khas? sekali lagi hairan bin ajaib.
* Raja Petra diperintahkan melaporkan diri esok pukul 10 pagi. Pergi jangan tak pergi.
Yang jelas, kebobrokan pemerintah dalam penyalahgunaan kuasa semua jabatan kerajaan begitu jelas sekali. Lalu, siapakah yang diharapkan untuk mengatasi penyalahgunaan kuasa ini. Ingatlah manusia, di dunia mungkin terlepas. Akhirat belum tentu. -trangnukite-
----------------------------------------------------------------------------------------
kata Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
Selepas Anwar meninggalkan ibu pejabat BPR di Putrajaya untuk ke ibu negara pada pukul 12.25 tengah hari, kenderaan MPV Mazda yang membawa Anwar tidak terus ke IPK sebaliknya mengubah haluan ke arah rumahnya di Bukit Segambut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin memberitahu, polis terpaksa membuat keputusan menahan Anwar di Bukit Segambut pada pukul 1 petang kerana polis mempunyai alasan kukuh bahawa beliau mahu mengingkari arahan hadir ke IPK sebelum pukul 2 petang ini.
“Kita hendak tekankan bahawa Anwar pernah berjanji hadir ke IPK Kuala Lumpur pada Isnin lalu tetapi beliau gagal datang.
“Apabila beliau tidak terus ke IPK tengah hari ini dari ibu pejabat BPR di Putrajaya, sebaliknya mengubah haluan kenderaan ke arah rumahnya, kami fikir memang beliau tidak mahu datang ke IPK,” kata Mohd. Bakri ketika dihubungi.
“Keselamatan adalah perkara paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tindakan (hari) ini selari dengan garis panduan sedia ada.
“Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia dibuat secara profesional berdasarkan keperluan itu. Tangkapan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas Bukit Aman tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan.”
Mohd. Bakri menjelaskan, polis tidak mahu membuat tangkapan di dalam rumah Anwar kerana tindakan itu boleh menimbulkan kekecohan.
-----------------------------------------------------------------------------------------
25hb.April,2008 - dalam blog Malaysia Today, RPK mengejutkan seluruh negara melalui beberapa pendedahan berhubung kes pembunuhan gadis Mongolia Atlantuya Shariibuu didalam artikelnya yang bertajuk Let’s send the Altantuya murderers to hell dimana didalam artikel tersebut beliau mengaitkan antaranya Rosmah isteri TPM didalam kes pembunuhan berprofile tinggi tersebut.
18hb.Jun,2008 - sekali lagi RPK mengejutkan negara Malaysia dengan akuan bersumpahnya berhubung penglibatan Rosmah isteri TPM didalam kes pembunuhan Atlantuya.
28hb.Jun,2008 - pembantu khas Parti KeADILan Rakyat Shaiful Bukhari membuat satu laporan polis dipondok polis Travers HKL mendakwa dirinya diliwat DS Anwar Ibrahim.mengikut laporannya kejadian berkenaan berlaku beberapa kali di sebuah Kondominium & kali terakhir dia mendakwa diliwat DS Anwar Ibrahim ialah pada 26hb.Jun,2008.
3hb.Julai,2008 - penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda iaitu P Balasubramaniam dalam 1 sidang media di Ibupejabat Parti KeADILan Rakyat bersama DS Anwar Ibrahim mendedahkan penglibatan TPM Najib didalam kes pembunuhan Atlantuya dan maklumat tersebut terkandung didalam akuan bersumpahnya setebal 16 halaman.
4hb.Julai,2008 - P Balasundram yang sebelum ini mengejutkan rakyat Malaysia melalui akuan bersumpahnya menghilangkan diri & sehingga hari ini masih tidak menampilkan diri atas alasan keselamatan.beliau dikatakan sedang bersembunyi disebuah negara jiran selepas merasakan keselamatan dia & keluarganya terancam selepas pendedahan akuan bersumpahnya yang pertama.
16hb.Julai,2008 - DS Anwar Ibrahim ditahan polis di pertengahan jalan ketika pulang dari ibupejabat BPR selepas memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang mendakwa KPN & AG memalsukan bukti kes mata lebamnya 10 tahun lalu.
16hb.Julai,2008 - Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin berhubung siasatan akaun berkanunnya yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Raja Petra dikehendaki hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 10 pagi esok.Dalam akuan berkanunnya bertarikh 18 Jun lalu, Raja Petra menuduh Rosmah antara tiga individu yang berada di tempat kejadian ketika wanita Mongolia itu dibunuh pada 19 Oktober 2006.
Raja Petra Kamarudin, Shaiful Bukhari, P Balasubramaniam & DS Anwar Ibrahim...4 individu yang sebelum ini silih berganti mewarna dunia politik negara Malaysia dengan berbagai kontroversi masing-masing & kesemuanya mempunyai kes yang "unik".aku katakan "unik" mengikut pandangan aku bilamana pihak PDRM mengambil langkah yang berbeza & "unik" dalam kes-kes berprofile tinggi yang melibatkan 4 nama diatas...
- Raja Petra Kamarudin dalam akuan bersumpahnya menuduh Rosmah antara tiga individu yang berada di tempat kejadian ketika wanita Mongolia itu dibunuh pada 19 Oktober 2006.
- Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat dua orang lagi di tempat kejadian.
- Beliau menamakan dua individu itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya pakar bom 'C4' dan isterinya yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.
- Shaiful Bukhari melaporkan bahawa dia telah menjadi mangsa liwat majikannya iaitu ketua umum PKR DS Anwar Ibrahim.
- Dalam laporannya, Shaiful mendakwa kali terakhir dia diliwat DS Anwar Ibrahim ialah pada 26hb.Jun,2008 disebuah kondominium sewanya.
- P Balasubramaniam tampil bergaya & meyakinkan ketika mendedahkan akuan bersumpahnya yang pertama tetapi keesokan harinya beliau dengan gaya yang paling selekeh menjinjit beg plastik hitam membuat pengumuman menarik balik akuan sumpah yang pertama & menggantikannya dengan akuan bersumpah ke 2 di mana kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan Najib TPM telah di "liquide paper" kan tanpa kesan-kesan degil.
- Selepas berjaya me"magik"kan akuan bersumpahnya, Bala telah men"chipsmore"kan dirinya beserta isteri & 3 orang anaknya juga tanpa kesan degil.
Bagi kes DS Anwar Ibrahim pula aku masih kabur...waktu dia ditahan 1 jam lebih awal dari tarikh akhir dia diminta hadir kebalai polis untuk memberi keterangan malah pihak BPR sendiri mengesahkan bahawa DS Anwar mohon disambung kesatu tarikh lagi untuk dia memberi kenyataan kepada BPR kerana dia perlu hadir ke IPK untuk memberi keterangan dalam kes tuduhan liwatnya.ini membuktikan bahawa DS Anwar sememangnya komited untuk memberi kerjasama kepada pihak PDRM dalam kes tersebut.
Ketika sessi soaljawab pula jurucakap bagi pihak DS Anwar menjelaskan bahawa DS Anwar enggan memberi sebarang keterangan atau kenyataan selagi belum mendapat salinan laporan yang dibuat oleh Shaiful terhadapnya.
Kenapa macam ada masalah pula dipihak PDRM untuk memberi salinan laporan tu?kalau betul ada bukti-bukti kukuh bahawa Shaiful diliwat, kenapa nak sembunyikan laporan tu? saja nak sembunyikan atau laporan tu "belum siap sepenuhnya" sebab skrip tak habis???
Agaknya pihak polis nak tunggu kenyataan dari DS Anwar dulu kot baru boleh nak siapkan laporan Shaiful tu...ada konspirasi ke??? kalau ikut maklumat yang aku dapat dari kakitangan Hospital Tawakal, Shaiful ni ada buat pemeriksaan kat sana tapi hasil pemeriksaan membuktikan yang "lubang belakang" Shaiful tak pernah "ditusuk sebarang objek"...
dah gagal kat Hospital Tawakal Shaiful ni pergi pula ke HKL ye? pas tu dengar khabar dari kakitangan HKL pulak keputusan pemeriksaan "lubang belakang" Shaiful ni sama je...masih "dara" & masalah sekarang ialah tak de Doktor yang sudi nak bersubahat mengeluarkan keputusan palsu...betul ke?...Shaiful...hang nak rasa ke kena "tarah" lubang belakang hang tu? Insya-Allah...tuhan itu Maha mendengar...mungkin doa engkau tu akan dimakbulkan Allah nanti...
Cuba kita perhatikan pulak apa hubung kaitnya ke 4-4 nama kat atas tu...
- RPK tuduh Rosmah terlibat kes Atlantuya.
- Shaiful Bukhari tuduh DS Anwar liwat belakang dia & Shaiful juga ada hubungan langsung dengan Najib TPM.
- P Balasubramaniam tuduh Najib TPM kenal Atlantuya.
Kenapa antara 4 nama tu, 3 daripadanya yang buat tuduhan keatas TPM Najib & Rosmah ada yang ditahan, akan ditahan & jugak hilang?
Kenapa yang tak buat tuduhan, sebaliknya ada hubungan langsung tak kene tahan padahal kalau ikut kes tahun 1998 yang kene liwat pun akan ditahan & dipenjarakan...bila pulak undang-undang depa pinda?-topengperak-
~wallahualam~
No comments:
Post a Comment