Dalam kita menyibukkan diri dalm kes DSAI dan beberapa kes ''org besar2'' ni...kita terlupa akan dunia masyarakat sekeliling kita...tadi dalam program jalan2 cari info ke harian metro ummi terpandangkan gambar dia atas...seorang ibu memegang gambar anak daranya yg telah hilang dari rumah disyaki mengikut temannya yg seorang ''tomboy''..
apakah isu ini kurang pentingnya utk kita perkatakan...dgn masalah gejala sosial yg terlampau masa kini..adakah hanya masalah ''org besar2'' saje yg mendapat tempat...bagaimana pula dgn ibu2 yg kehilangan anak..??
Pada mereka2 yg ternampaklah Istikomah ni..nama sedap tu...bantulah dia pulang...mungkin dia dianiaya..diperdaya ataupun dia tersesat dalm mencari identiti diri...
KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal hanya mampu meratap kesedihan apabila anak gadis kesayangannya menjadi mangsa pujuk rayu dan godaan seorang tomboi sebelum dilarikan dari rumahnya pada 30 Jun lalu.
Istikomah Hasan, 17, sempat memasak lauk daging masak merah dan gulai lemak cili api kegemaran ibunya sebelum hilang dari rumah di Kampung Pandan di sini.
Ibu mangsa, Masidah Rida’e, 49, berkata kehilangan Istikomah hanya disedari sebaik dia pulang dari Jabatan Pelajaran Selangor bagi menguruskan perpindahan sekolah anaknya.
Sebelum itu, katanya, dia yang baru berpindah ke Kampung Pandan, pergi ke Jabatan Pelajaran negeri bagi mengambil surat pertukaran sekolah, kira-kira jam 10 pagi.“Sebelum keluar dari rumah, Istikomah berkelakuan seperti biasa, termasuk membantu saya memasak hidangan makan tengah hari. Saya bagaimanapun terpaksa meninggalkannya bersendirian di rumah untuk menguruskan pertukaran sekolahnya.
“Apabila pulang jam 2 petang, saya mendapati Istikomah tiada di rumah tanpa meninggalkan sebarang pesan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dia berkata, peliknya masakan daging masak merah dan gulai lemak cili api sudah siap dihidangkan di meja manakala nasi yang ditanak langsung tidak disentuh..
berita lanjut disini
masalah 'tomboy'..'pengkid' dan berbagai gejala cinta sejenis ni dah makin menjadi2 di kalangan remaja masa kini..apakah yg membuatkan mereka ini lebih berminat kepada kaum sejenis..?
yang ummi nampak kurangnya didikan agama..persekitaran yg tidak sihat...masalah ekonomi yg makin menyesakkan...
Dulu pernah terbaca satu artikel mengatakan anak2 gadis diminta menjaga bentuk badan kerana gadis2 sekarang kebanyakkannya bersaiz besar membuatkan lelaki hilang selera...macamana pula dgn lelaki..sehingga gadis2 sekarang lebih berselera dgn kaum sejenis..
aduii...kalau dipikir2 rin pusing deh kepala ini..apa sih yg sudah terjadi kepada anak2 muda sekarang..??di mana akhlak dan iman kalian...?tidakkah kalian merasa kasihan kepada orang tua kalian..? pusing..pusing...
2 comments:
Istikomah binti hasbullah
Sedap juga
hahaha...dan biar baby HP pun cute cam Cik Istikomah bt Hassan ni...
Post a Comment