Lagi 4 jam ..rakyat Malaysia akan menyaksikan perdebatan yang sensasi lagi kontrovasi di abad ini...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
PKR melahirkan kekecewaan berhubung perubahan saat-saat akhir program debat isu kenaikan harga minyak antara penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek malam ini.-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Debat yang asalnya dijadual sepanjang 90 minit kini dikurangkan kepada sejam, termasuk lapan minit iklan, kata ketua penerangannya Tian Chua.
Beliau juga kecewa dengan keputusan menukar saluran televisyen kepada TV9, asalnya TV3, yang belum mempunyai liputan menyeluruh.
Bernama TV dan Astro Awani akan turut menyiarkan siaran langsung debat "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak" mulai jam 9 malam ini.- Malaysiakini-
Tetapi perkara utama yang kita selaku rakyat Malaysia mahu melihat ialah:
1) Kematangan berpolitik antara Parti Pemerintah dan Parti Pembangkang.
2) Sikap keterbukaan dan sikap profesionalisma dikalangan ahli politik sama ada parti yang memerintah mahupun parti pembangkang.
3) Negara kita telah merdeka 50 tahun. Sebelum ini pihak kerajaan sering dilihat seperti takut, gentar dan tidak berani untuk bersemuka dan berdebat dengan pihak pembangkang.
4) Dengan debat ini ia merupakan satu langkah yang positif untuk membawa politik Malaysia lebih matang dan bertamadun seperti mana yang diamalkan oleh negara-negara maju.
5) Untuk apa kita bermegah 50 tahun telah merdeka? Untuk apa jika kerajaan sentiasa menyeru agar rakyat memiliki 'first class minded'...tetapi pada masa yang sama dipihak kerajaan sendiri mereka dilihat seolah-olah masih belum merdeka dan masih ketinggalan dari segi amalan politik mereka.
6) Oleh itu dengan adanya debat antara Pemimpin-pemimpin Kerajaan dengan Pemimpin-pemimpin Pembangkang akan memberi peluang kepada rakyat negara ini untuk mengetahui perkara yang lebih 'tepat dan benar' dalam sesuatu isu yang dibangkitkan.
7) Bagi kita selaku rakyat biasa yang berkecuali, sama ada pemimpin parti kerajaan mahu pun pemimpin parti pembangkang kedua-dua mereka adalah aset kepada rakyat negara ini. Kedua-dua mereka ada tanggong jawab masing-masing terhadap pentadbiran dan kemajuan negara ini. Oleh itu suara atau idea dari pihak pembangkang tidak boleh ditolak sewenang-wenangnya.
8) Jika pihak kerajaan bersikap terbuka, maka segala kritikan dan idea bernas dari pihak pembangkang hendaklah diterima demi kebaikan rakyat dan negara ini.-SUKJ-
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semuanya ingin tahu jadi ke tak jadi?Kami yang merancang takdir yang menentukan.Kedua-dua pihak sudah memberi persetujuan.Keraguan itu memang tidak dapat dielakan berikutan perkembangan kes dakwaan liwat keatas Anwar kerana beliau tidak hadir beri keterangan polis petang Isnin.---------------------------------------------------------------------------------------------------
Sehingga perhubungan terakhir kami dengan perantara Anwar iaitu Ahli Parlimen Machang,Saifuddin Nasution yang juga Pengarah Strategik PKR lewat malam tadi...katanya ia tetap onPresidential Debate Presiden Amerika itu yang dijadual disiarkan secara langsung serentak oleh TV9 ( kalau menerusi saluran Astro 119 ) ,Astro Awani ( saluran Astro 501 ) dan Bernama TV ( saluran Astro 502 ) tepat jam 9 malam ini.Ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi Radio 24 (93.9 fm).Pada jam 11 malam ini juga TV3 akan siar semula debat selama satu jam dibawah tajuk " .Semua persiapan sudah tersusun rapi bagi debat ala Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak".- topengperak-
Jul 15, 08 2:09pm--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan tempoh sehingga 2 petang esok untuk memberikan keterangan kepada polis atau menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan ditahan.
Polis juga memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk penyokong bekas timbalan perdana menteri itu yang cuba menghalang polis menjalankan tugasnya, kata pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin.
Berjaya jugak akhirnya UMNO/BN mengalih tumpuan rakyat Malaysia dari beberapa isu besar yang selama ni memonopoli muka depan media perdana...
Kenyataannya ialah debat "demonstrasi besar-besaran", debat Anwar & Shabery hanyalah gula-gula dari KERAjaan UMNO/BN untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia daripada tertumpu pada hanya beberapa isu yang selama ini ditimbulkan oleh UMNO/BN tetapi gagal dikawal oleh mereka hingga akhirnya memakan diri sendiri.
Mana pergi Najib, Rosmah, Atlantuya & C4?
Mana pergi Che' Det & institusi korek korek korek?
Mana pergi RPK & akuan bersumpahnya?
Mana pergi Saiful & kejantanannya?
Mana pergi Bala & keluarganya?
Mana pergi semua kontroversi-kontroversi yang melanda KERAjaan selama ni?
Hilang...akhirnya semuanya hilang dalam filem terbaru arahan UMNO/BN bertajuk Usul Undi Tak Percaya & Demo Besar-besaran & esok pula akan dihidangkan filem Anwar, Shabery & Teori "Hari Ini Bentuk Kerajaan,Esok Harga Minyak Turun"...
Aku tengok pengarah-pengarah filem segera dalam UMNO/BN tumbuh macam cendawan lepas hujan & filem-filem yang direkanya pun boleh tahan jugak hitnya...hari ni launch, petang tu jugak Box Office...hebat & kreatif, tapi bab lojik memang "0" telur...
Mulai esok dan hari-hari kemudiannya mungkin Anwar akan jadi tajuk utama media perdana kalau mantan TPM tu gagal dalam debat yang bakal berlangsung malam esok...kalau Anwar berjaya & Shabery gagal...UMNO/BN tak risau...aku yakin filem-filem baru dah disediakan untuk tatapan rakyat Malaysia & aku jangkakan lepas ni banyak lagi filem-filem box office bakal disajikan buat seluruh rakyat Malaysia.
Satu lagi kemungkinan yang bakal berlaku...debat malam esok akan jadi pengukur kepada masa depan Anwar & ianya mungkin dah dirancang sebegitu rupa untuk menafikan keterlibatan Anwar dalam politik Malaysia...
Macam mana ya???
Inilah yang kita panggil serampang 2 mata...adakan debat sebagai perangkap untuk Anwar...taruhannya ialah masa depan politik...kalau Anwar berjaya, masa depan politiknya bakal ditamatkan dengan tangkapan atas kes liwat & kita sedia maklum kemungkinan bukti-bukti telah direka cuma menunggu masa untuk tindakan sahaja...
Dan sekiranya Anwar gagal...kemungkinan untuk Anwar ditangkap akan menurun sebanyak 70% dan masa depan politik Anwar akan tamat dengan sendirinya jika Anwar gagal meyakinkan rakyat akan strategi yang akan digunakan bagi menurunkan harga minyak...
Pi mai pi mai...tang tu jugak...adakan debat supaya Anwar bocorkan formula kewangan untuk menurunkan harga minyak, tangkap atas dakwaan liwat kemudian KERAjaan tanpa segan silu akan mengguna pakai idea Anwar dalam menghadapi kegawatan...
Lepas ni berjoget sakan lagi la puak-puak dacing...
**sepertinya ada udang di semangkuk tom yam... renung2kan...**
~wallahualam~
No comments:
Post a Comment