Followers

Thursday, July 17, 2008

apa barang nak mintak DNA....!!

atau

# Sokongan PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri akan dimanipulasi pihak berkuasa.

Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (kiri), yang juga ahli Parlimen Bachok di Parlimen hari ini, beliau berkata parti ini mengambil pendirian menolak sebarang tuduhan yang berbentuk andaian dan spekulasi.

"Begitu juga dengan penggunaan DNA yang pada bila-bila masa boleh di manipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar.

"Saya menyeru kepada semua agar berpegang teguh kepada prinsip Islam dan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti kesalahannya di mahkamah yang diadili.-malaysiakini-

-------------------------------------------------------------------------------------------
# Alasan kenapa DSAI enggan beri DNA

"Saya berikan beberapa alasan atas nasihat peguam dan pakar-pakar DNA dalam dan luar negara. Pertama, simpanan DNA memang ada dalam tangan polis. Kedua, yang dituduh dalam simpanan polis. Apa saja mungkin berlaku. Apa perlu DNA daripada saya?" katanya.

Lagi pula, tambahnya, simpanan DNA beliau - yang beliau dakwa diambil secara paksa pada 1999 - masih ada dalam simpanan polis.

Sampel darahnya 10 tahun lalu diambil dari HKL atas arahan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, waktu itu seorang pegawai penyiasat kesnya.

"Tilamnya dibawa (dalam perbicaraan kes pertama), percikan darah dan sebagainya disebut. Ada percubaan membuat penipuan besar. Apabila kita bongkar, ditarik balik tuduhan yang berkaitan," kata Anwar.

"Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.

Beliau juga mempersoalkan tindakan polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.

Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab "diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)".

"Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya atau ketua polis negara?" katanya di sidang media itu, disambut ketawa pemberita.

Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan pengadu kes tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.

"Kalau laporan (Mohd Saiful) itu diberikan pada saya tengah hari ini, siapa tahu bahawa itu adalah laporan yang asli? Dipinda, dipinda, dipinda," katanya.-malaysiakini-
anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 11













---------------------------------------------------------------------------------------

# penerangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Sesuatu hukuman yang adil hanya dapat diwujudkan berdasarkan sesuatu keterangan yang tepat dan pembuktian kukuh, kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, keterangan yang tepat dan pembuktian yang kukuh dapat dicapai berdasarkan prinsip undang-undang ditetapkan Allah Taala.

�Dalam sesuatu perbicaraan dan proses keterangan adalah penting. Keteranganlah yang dapat menjelas dan menerangkan keadaan sesuatu kes.

�Sesuatu kes tidak dapat diselesaikan tanpa adanya keterangan yang benar. Sebab itulah tujuan sesuatu undang-undang ialah mencapai keadilan dengan memberikan hak kepada yang berhak,� katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

terdapat banyak ayat Al-Quaran yang memerintah supaya umat Islam memberi keterangan dengan jujur dan benar.

Dan dalam masa yang sama katanya, Islam mencela dan mengecam mereka yang tidak mahu memberikan keterangan atau cuba menyembunyikan sesuatu fakta.

�Allah swt memerintahkan umat Islam supaya berlaku amanah serta adil dalam semua urusan termasuk dalam memberi keterangan di mahkamah.

�Memberi keterangan bererti menyampaikan amanah, berlaku adil dan menjadi saksi kepada Allah swt,� katanya.

Menurutnya keadilan yang dikehendaki Islam bersifat mutlak tanpa mengambil kira perbezaan bangsa, bahasa, jantina, sempadan negara, kebudayaan dan politik.

�Islam telah menetapkan prinsip etika (adab al-Qaadhi) yang mesti dipegang teguh serta dihayati semua hakim,� katanya.

Beliau juga berkata, antara prinsip etika hakim Islam ialah perlu menghukum atau menjatuhkan hukuman terhadap pesalah dalam keadaan tenang, tidak dalam keadaan marah dan tidak terlalu lapar.

Sebaliknya seseorang hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman ketika mengantuk yang keterlaluan, terlalu dukacita atau terlalu gembira.

�Hakim tidak boleh terpengaruh oleh orang-orang di sekeliling, hakim perlu memberi layanan yang sama dan cuba mendamaikan sebelum menjatuhkan hukuman serta memuliakan saksi dan tidak memanjangkan perbicaraan tanpa keperluan.

�Seseorang hakim perlu bebas membuat keputusan tanpa diganggu oleh sesiapa. Tugas hakim berusaha untuk merealisasikan keadilan dan dalam masa yang sama mengelak dari berlaku kezaliman,� katanya.

Katanya juga untuk mendapatkan keadilan dan mengelakkan kezaliman, seseorang hakim hendaklah menjalan tugas dengan baik, mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan agama.-harakahdaily-

~wallahualam~

1 comment:

Anonymous said...

Buat apa nak minta banyak kali, pakai yang lama sudah lah. Pemerintah terdesak dengan membuat fitnah ini. Siapa yang buat, kita pun tidak tahu. Semoga Allah Menunjukkan Kebenaran.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil