Followers

Monday, July 14, 2008

pagi yang haru lagi mengharukan...

hari ini ummi tgk berita jam 1.30 di TV3...nak gelak pun ada ...dari semalam di heboh2kan akan ada perhimpunan di bangunan palimen pagi ini...akibatnya kesesakan lalu lintas terjadi...ish..ish..ish.. apasal ummi tak tau cite akan ada perhimpunan ni..?

Yang buat gempak lagi bila semalam tgk polis2 duk tampal notis di merata2 tempat warning DSAI dan anak2 kapalnya jgn cuba2 nak buat demonstrasi...oppss...tak terlepas juga anak2 kapal PAS,senang cerita PR la....tapi khususnya kepada org yg dalam gambar di bawah ni...
[wanted+copy.jpg]

Alih2 pagi ni dikatakan takde perhimpunan pulak...sape yg kecoh2kan kata ada perhimpunan ni...siap dgn trak polis berderet2...sekatan sana sekatan sini...pastu kata org2 PR ..ada ka patut....dah orang nafikan duk tuduh2 jugak...last2 menyusahkan semua orang yg nak pi kerja...ni nak salahkan sapa..habaq mai sat...

Polis trafik mengawal keadaan lalu lintas yang sesak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sekitar pukul 9.30 pagi tadi.

dari gambar2 di atas tak nampak pun ada orang2 yg berhimpun..jadi kenapa boleh timbul khabar2 angin ini..siapa kah dalang disebalik tirai kepada kekalutan hari ini..?

Polis mengadakan sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur bagi menghadapi kemungkinan berlaku bantahan berhubung usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok.- Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Kesesakan jalan raya yang melanda semua pintu masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur didakwa berpunca dari provokasi yang ditimbulkan pihak polis yang diresahkan oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Ekoran daripada usul undi tidak percaya yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail Khamis lalu, pihak polis kemudian mendapatkan printah mahkamah dan kemudiannya ditampal sekitar bangunan parlimen bagi menghalang perhimpunan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mendakwa kononnya beliau mendapat maklumat pembangkang akan menganjurkan satu demonstrasi besar-besaran bagi mewujudkan kekecohan di Parlimen hari ini sebagai tanda sokongan terhadap usul tidak percaya Wan Azizah terhadap Abdullah Badawi.


KL SESAK TERUK...Polis meneruskan pemeriksaan ketat di kawasan bangunan Parlimen sejak awal pagi tadi

Langkah itu menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara sejak awal lagi dan dijangka berterusan sehingga lewat malam ini

Polis mengadakan pemeriksaan ketat Lembah Klang sejak petang kelmarin dengan mengadakan sekatan jalan di kebanyakan jalan dan lebuh raya. Langkah itu diambil ekoran desas-desus bahawa kemungkinan diadakan perarakan atau perhimpunan di ibu negara hari ini.

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta maaf atas kesulitan dihadapi oleh orang ramai ekoran tahap pemeriksaan polis yang ketat."-mSTAR

Apabila Pakatan Rakyat berhasrat mengadakan perhimpunan, mereka biasanya akan membentuk satu jawatan kuasa pelaksana program; dan bagi tujuan mendapatkan sokongan orang ramai, pengumuman akan dibuat melalui laman web rasmi mereka.Contohnya dapat kita lihat sebagaimana perhimpunan ‘BERSIH’ dan ‘PROTES’ dibuat; kedua-duanya telah diumumkan dan mempunyai Jawankuasa yang pertanggungjawabkan.

Tetapi entah bagaimana, tiba-tiba sahaja bagai disampok jembalang tanah mana, Dato’ Nazri meracau, kononnya beliau mendapat tahu dari sumber-sumber bahawa pembangkang akan menganjurkan satu demonstrasi besar-besaran bagi mewujudkan kekecohan di Parlimen hari ini sebagai tanda sokongan terhadap usul tidak percaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap PM Abdullah Badawi.



bak kata ustaz HotFM renung2kan dan selamat beramal...
wallauhalam

2 comments:

Desperado said...

Tak tahu la...sapa tipu sapa...sapa kena main....sapa kantoi....
2x5 semua....
haru biru pemimpin negara aku!

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

yg nampak dgn jelas...rakyat dah tentu jadi mangsa..

apa boleh buat..sabor je la..!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil