Followers

Tuesday, July 15, 2008

YB Ahmad Shabery yg tewas atau kerajaan..??

anwar ibrahim and ahmad shabery cheek debate 150708 02





















Kedua-dua pendebat melantik dua wakil untuk bertanya soalan tambahan.Tan Sri Nordin Kardi mewakil Shabery dan Zulkifli Sulung mewakili anwar.

Saya berpandangan, DS Anwar Ibrahim mendahului debat dengan fakta dan penguasaan materi debat secara matang dan konkrit.

Sebaliknya Shabery nampaknya mengulang-ulang serangan peribadi dan sering terkeluar dari topik perbahasan sebenar. Antaranya seingat saya dia mengulangi mengenai Anwar demo dibaling sebanyak 2 kali, selain itu mengaitkan Anwar dengan IMF dan kejatuhan ekonomi tahun 1998.

Hujah-hujah Anwar sangat bernas berbanding dengan Shabery yang tersasar kepada serangan peribadi. Satu masa dia menyebut mengenai "minyak urut", yang menampakkan hujah yang kebudak-budakan.

Formula menurunkan harga minyak oleh Anwar nampaknya berasas berbanding dengan penjelasan Shabery alasan kenaikan harga minyak yang rapuh.

Namun kita mengucapkan tahniah kepada Menteri penerangan UMNO itu dengan keberanian mewakili parti dan kerajaan BN dan bersedia untuk berdebat dalam keadaan orang lain yang nampak "penakut".-


Malah satu perkara yang agak kita kesal ialah bilamana kita dapat melihat kemunculan seorang 'Naib Chanselor' yang dangkal ilmunya...? Bagaimana orang seperti ini boleh dilantik oleh kerajaan untuk menjadi seorang Naib Chanselor? Bagaimana dangkalnya ilmu beliau jika tidak tahu bahawa 'IPP' itu ada hubung kait dengan minyak dan gas !

Kini rakyat boleh melihat dan menilai sendiri antara keupayaan dipihak kerajaan dan keupayaan dipihak pembangkang. Jika apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang itu benar, maka kerajaan perlu menerimanya dengan hati terbuka untuk dilaksanakan demi faedah kesejahteraan rakyat negara ini. Perkara yang baik kita ambil dan perkara tidak baik kita tinggalkan.-SUKJ-


RUMUSAN, hujah DSAI

* Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
* Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
* Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
* Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
* RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
* RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
* Maka selesailah masaalah

LAIN – LAIN HAL

* Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
* Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF.
* Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
* Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.

AHMAD SHABERY

* Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
* Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
* Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan

TAMBAHAN SIKIT

* Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi

Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.


Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

* Zukifli Sulong

Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?-ulitmayang-




Tahniah kerana berjaya berdebat dgn berhemah...itu pandangan ummi la..rasanya walaupun tempoh disingkatkan tapi masih lagi menyengat..dan kalau tak salah ummi YB Ahmad Shabery kena sengat bertubi2 ...ummi sebenarnya tak tau nak komen apa dah.....cuma nak ucap tahniah aje pada DSAI kerana melepaskan sedikit penyengat kepada YB Ahmad Shabery....


Tapi sebenarnya bukan pada YB Ahmad Shabery tu aje yg tersengat..yg ummi nampak lebih kepada barisan pimpinan negara yg menguruskan pemerintahan sekarang ini....DSAI tak serang YB Ahmad Shabery..tapi pada UMNO dan BN khususnya..itu yg ummi nampak lah..
bila dikata YB Ahmad Shabery yg tewas..bermakna seluruh pimpinan kerajaan la yg tewas..sebab YB Ahmad Shabery ni mewakili pimpinan Kerajaan Malaysia..tak gitu..?

Pastinya selepas ini akan heboh diperkatakan tentang ketidak matangan,ketidak cekapan pimpinan kerajaan sekarang mentadbir Malaysia...tapi bukanlah tak cekap atau tak matang sgt pun...cuma kureng je...boleh lagi dipertingkatan dan diperbaiki...kalau pemimpin Kerajaan punya hati yg terbuka untuk mendengar pandangan pihak pembangkang...macam DSAi cakap tadi la..rasanya tak perlu diadakan debat ni..kerana setiap debat mesti salah satu pihak akan tewas dan secara tak langsung melibatkan kredibiliti pemimpin itu..(dah lumrah alam yg kalah akan dihentam..sabor je la ye yoep)

Pembangkang dan rakyat tak kedekut ilmu pun...cuma pihak kerajaan kena la bersikap lebih terbuka...jangan malu untuk menerima pandangan dan pendapat pembangkang ataupun rakyat...takkan la pembangkang atau rakyat nak kasi jahanam Malayasia tanah tumpah darah mereka..lain la kalau dia bukan asal orang Malaysia..dah tentu rasa cintakan tanah air tu tak ada..tau nya nak cari peluang je jahanamkan dan merompak harta Malaysia ni..anak sapa la tu ye..??

Ummi bukan nak menafikan kebolehan,kehebatan para pemimpin kerajaan Malaysia ni...cuma terlihat sedikit pincang kerana terlalu membelakangkan Al-Quran dan Sunnah...tak mengiktiraf ajaran Islam....rakyat tidak dijaga sebaik2nya.....padahal Islam itu dah cukup sempurna..sesuai dipakaiguna untuk semua situasi dan zaman...tak kira dalam mentadbir negara,keluarga,masyarakat... panduannya dah disediakan oleh Allah tinggal guna aje..tu la Al-Quran.......tu la yg jadikn semua kucar kacir pastu kurang memuhasabahkan diri..asik nampak salah ornag lain aje..diri sendiri taknak diperbetul..

Salahkah bila seorang pemimpin itu merendah diri untuk rakyatnya... jatuhkah martabatnya sebagai pemimpin...bukankah rakyat lebih sayang dan suka kepada pemimpin yg berjiwa dan menjaga rakyat..dari pemimpin yg perasan macam tuan tanah kedaung..?renung2kanlah wahai para pemimpin... kerana hidup kita ibarat roda..ada ketika kita akan duduk dibawah jua..

** pesanan ini ummi tujukan untuk semua dan untuk diri ummi sendiri...yg baik datang dari Allah dan yg kureng baik tu dtg dari ummi yg banyak kekurangannya...

~wallahualam~

2 comments:

Letting the time pass me by said...

Siapa yang kalah? Harga minyak turun ke tidak? Kalau tak turun, nampaknya kita hanya menang sorak aje... Harga minyak tang tu jugak.

Kalau nak dibandingkan dengan DSAI, Shabery nie bolehlah dianologikan sebagai Anak Murid nak melawan Tok Guru... DSAI pernah menjawat jawatan DPM dan Menteri Kewangan selangkah saje lagi sebelum jadi PM... Shabery tak sampai sepenggal pun baru jadi Menteri...

Saya bukan penyokong kerajaan, tetapi saya rasa topik ini sangat disadvantage kepada Shabery... sudah tentu sentimen umum menyokong Anwar dan sudah tentu Anwar akan dianggap sebagai pemenang....

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

realitinya bila kata debat..mesti ada pihak yg kalah dan yg menang...

yg heboh2 kata DSAI menang dan Shabery kalah itu dipentas debat...kita tak boleh nafikan..

takkan baru berdebat terus ada perubahan pada harga minyak..kalau yg memegang kuasa menurunkan harga minyak adalah org yg berjuang nak turunkan harga minyak...dah tentu kita tak susah hati..tapi kuasa tu di pihak yg naikkan harga minyak..

so...disinilah perlunya kuasa untuk kita merubah apa yg kita nak terutamanya rakyat...kalau kita tak ada usaha utk memperolehi kuasa itu...hanya tunggu ia berubah dgn sendirinya bila nak tertunai nye impian rakyat..

umpama..2 org yg hendak meratakan sebuah bukit...seorang setiap hari pergi ke bukit tu mencangkul tanpa jemu...dan seorang lagi mengharapkan bukit tu rata tanpa berbuat apa2...jadi siapakah yg dapat merubah bentuk bukit tu..

dah tentu org yg mencangkul tu dapat merubahkan bentuk bukit tu walaupun sikit2 dan ambil masa yg panjang..tapi yg penting berusaha walaupun nampak kecil sumbangannya tapi tetap akan merubahkan bentuk asal kepada yg baru..

jadinya soal debat ni..semua org terlibat mesti dah tau risikonya.. cuba kalau DSAI yg kalah ...apa pula kata2 org ramai termasuk kerajaan..?cuma kita patut hormati keberanian kedua2nya..

wallahualam..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil