"Kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk memberi sampel DNA (tapi) kalau tidak takut pada kebenaran, saya harap Anwar akan tampil hari ini, dan kalau berani, beri sampel DNA untuk diuji sama ada laporan polis itu betul atau tidak. Ini penting," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008).
Kata-kata naib ketua Pemuda Umno itu menyebabkan beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR-Permatang Pauh), isteri Anwar, bangun dan mempertikaikan kenyataan itu.
Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata: "Kenapa Rembau (Khairy) hendak minta DNA dari suami saya.
"Laporan polis yang dibuat tidak diberi kepada kami, bagaimana Rembau boleh tahu, apakah Rembau tahu kandungan dari laporan polis itu."
Laporan terhadap Anwar itu dibuat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Menurut laporan Bernama, Khairy kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai siasatan polis berhubung kes itu, tetapi katanya, sampel DNA amat diperlukan sebagai bukti.
"Laporan polis tidak diberi kepada ketua pembangkang (Wan Azizah) sebab suaminya tidak hadir ke balai polis. Saya tidak tahu-menahu tentang siasatan ini, yang tergerak hati saya (untuk) minta DNA adalah bentuk laporan polis tersebut.
"Ini adalah tuduhan liwat dan salah satu bukti yang diperlukan adalah bukti DNA," beliau dipetik sebagai berkata.
Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), yang juga naib presiden PKR, kemudian bangun dan mencadangkan agar diadakan jawatankuasa khas tindakan.
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula menggunakan Peraturan Mesyuarat 36 (12) meminta Khairy menetapkan pendirian bahawa laporan polis tidak diberikan kerana Anwar masih tidak memberikan kenyataannya kepada polis.
"Rembau kata bahawa oleh kerana Anwar belum beri kenyataan, sebab itu dia tidak diberi laporan, adakah Rembau tetap menyatakan bahawa itu sebenarnya alasan Anwar tidak beri kenyataan, oleh itu polis tidak beri laporan," katanya, lapor agensi berita lagi.
"Kalau itu pendirian Rembau, itu dia punya pasal, yang buat penyiasatan adalah polis, takkan polis nak dengar arahan Rembau dalam dewan ini," kata Wan Junaidi.
5 comments:
YB KJ memang suka provoke dan menonjolkan diri. Kalau tidak, tidak mungkin dia boleh tiba-tiba muncul dalam UMNO.
aper jadah bodoh si kj ni. profile DNA anwar tentu masih ada dlm database jab kimia di PJ dr kes 98 dulu. paloi sungguh kj ni.
'paloi'
asal guna nama tu..paloi hanya sesuai utk KJ si mulut busuk jek..hehehe
paloi = bodoh...kan..kan..
tok ghimau..
KJ ni bila bukak mulakan cakap berapi2..tapi bila orang sergah sikit takleh nak melawan..hampeh jek..
ALLAH MAKBULKAN DOA ORG TERANIAYA...!!!
Saya selalu doakan dia bertaubat sebelum terlambat. Angkara dia bapak mertua jadi mangsa. Kesian orgtua tu...Mudah2an Allah beri hidayah kepadanya...BERTAUBAT LAH KJ...Barzakh adalah sebaik2 alam untuk mu.
Post a Comment