kali ini ummi nak bukak cite pasal muzakarah...dah jenuh menjelajah ummi nampak bab muzakarah ni ada macam2 pendapat...
Muzakarah bermaksud berbincang bukan bergabung...
setiap pendapat mesti ada alasan masing2...apa2 pun buat keputusan demi kebaikan ahli...parti dan semua pihak dan mendapat menafaat dari muzakarah itu...jgn yg dikejar tak dapat..yg dikendong berciciran....namun PAS tetap menjadi pojaanku....
setuju dgn bersyarat
kata Tuan Guru Nik Aziz
KOTA BHARU, 15 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bimbang kesediaan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berunding dengan PASberhubung isu kepentingan Islam dan Melayu dijadikan sebagai perangkap kedua.
"Saya bimbang benda ini jadi seperti perangkap. Dahulu kita sudah masuk perangkap dan tidak kan hendak masuk perangkap pula.
"Umno minta hendak bergabung (runding) ketika dia dalam keadaan terdesak. Pengalaman 13 Mei 1969 di mana Umno terdesak benar-benar jadi dia minta hendak bergabung dengan PAS.
"Orang di bawah dagu Umno pun sudah mendesak Perdana Menteri berundur, sudah lama timbul isu tersebut dan Datuk Seri Abdullah telah tetap tarikh hendak berundur.
"Benda-benda begini saya teringat balik cerita semasa Allahyarham Tun Razak meminta bersatu dengan PAS dalam keadaan mereka begitu tertekan," ujarnya.
Beliau berkata, perkara itu berlaku dalam keadaan pemimpin Umno yang beriya-iya hendak bersatu dengan PAS.
Menurutnya ketika itu Tun Razak Hussien yang mempelawa hendak bersatu dengan PAS sehingga PAS akhirnya berpecah tiga.(jangan kali ini Pas berpecah lagi kerana mereka ..berwaspadalah )
Beliau juga berkata, sebagai pejuang Islam tiada niat hendak berbalah dan melawan sesiapa kerana kita yakin Islam itu betul.
"Kami hendak benar-benar diadakan muzakarah, namun jangan pula berulang sejarah hitam yang lepas.
"Saya setuju perjumpaan di antara Datuk Seri Abdullah dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, tetapi biar kemaslah. Bagaimanapun saya tidak nampak Umno boleh kemaskan dirinya," kata beliau.-TG Nik Aziz-
kata Tuan Guru Hj.Hadi
agar popular kembali dikalangan orang melayu.
Ruang untuk bermuzakarah,perbahasan dan bertukar-tukar pendapat sentiasa saja terbuka dalam ruang lingkup yang sihat dan positif.Fleksibelnya Pas ini bukanlah bermakna Pas sudah mula lari dari dasarnya Cuma membuka ruang yang lebih luas dalam bidang dakwah dan dalam keadaan politik negara yang mengizinkan.Apa yang menjadi persoalannya…
Apakah isu utama yang bakal menjadi teras perbincangan ini nanti?Isu melayu semata-mata sudah pasti tidak releven dalam keadaan komposisi kaum di negara kita yang bermasyarakat majmuk!Pas sebagai parti yang diminati oleh pelbagai kaum tidak boleh terperangkap dengan permainan ini.Islam tidak bergerak atas dasar Assabiyah! Jauh sekali meminggirkan kaum lain.!Sementara UMNO yang ‘kununnya’ memperjuangkan ketuanan melayu sudah pasti akan cuba mengheret Pas ke platform politik sempit itu.
Mengapa Islam tidak dijadikan menu utama atau teras dalam muzakarah ini?Jika UMNO benar-benar ikhlas inilah masanya mempromosikan Islam sebagai medium penyatuan ummah!Segala resepi sudah tersedia malah menunggu masa saja untuk di cedok dari Al-Quran dan Sunnah
Bersatu atas dasar bangsa sambil memandang sepi kepada kepentingan agama sebagai cara hidup tidak akan memberi faedah kepada mana-mana pihak pun.
-------------------------------------------------------------------------------
tak setuju
Setelah meneliti sejarah PAS yang pernah dibuang dari Kerajaan Campuran pada 1974, apabila UMNO dan Barisan Nasional kembali kuat, maka pimpinan PAS perlu bijak membuat keputusan dalam saat yang kritikal ini. Renungilah sejarah terdahulu agar pisang tidak berbuah 2 kali! UMNO memang lemah kini dan sebab itulah PAS kelihatan sebagai tempat yang boleh mereka berpaut seketika sebelum nanti, dahan tempat mereka berpaut itu akan dipatahkan setelah boleh berdiri kembali dengan teguh.
Kenapa tidak pimpinan PAS melihat terlalu banyak ruang dan peluang untuk berdakwah kepada PKR dan DAP di samping bersepakat di atas isu yang sama buat sekian lama. Benar Melayu dan Islam penting diperjuangkan oleh PAS, tetapi jangan sampai apa yang dikear tidak dapat dan yang dikendong berciciran! Ingin “lari dari mulut buaya, akhirnya masuk ke mulut singa”!
-----------------------------------------------------------------------------------
Yang setuju
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong penuh usaha muzakarah antara pemimpin Melayu yang sedang dibincangkan dalam situasi sekarang ini. PKPIM berkeyakinan bahawa sudah tiba masanya semua pemimpin Melayu, sama ada di pihak UMNO dan PAS, malah termasuk dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) duduk semeja dan bermuzakarah tentang nasib untung ummat Melayu Islam di Malaysia.
Situasi yang genting dan cemas hari ini menuntut kebijaksanaan dan jiwa besar semua pemimpin Melayu untuk melupakan titik bengit silang sengketa lampau demi masa depan ummat Melayu Islam. Ummat Melayu Islam sebenarnya sedang dan selamanya berkongsi teras yang mendasar, iaitu agama Islam, budaya Melayu dan Bahasa Melayu.
Oleh itu PKPIM, mewakili suara generasi muda, menyokong penuh muzakarah semua pemimpin Melayu melibatkan parti politik UMNO, PAS, PKR, termasuk juga barisan cendekiawan, ulama dan pemimpin NGO. PKPIM mencadangkan tiga perkara iaitu; 1) Semua lapisan pemimpin Melayu harus meletakkan maslahah yang besar dalam bermuzakarah, iaitu mencari titik temu bersama demi ummat Melayu Islam. Peribahasa’ Bersetuju dalam perkara yang dasar dan berlapang dada dalam perkara berbeza’ harus menjadi prinsip muzakarah. Bermuzakarah dengan rendah hati dan insaf, bahawa hakikatnya masa depan ummat Melayu Islam semakin mencemaskan. 2) Menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 sebagai landasan kekuatan dalam muzakarah. Ini kerana, ada elemen yang cuba mengikis kedua teras kenegaraan ini. 3) Menjadikan muzakarah sebagai pelan jangka panjang yang berterusan, bukan kerana situasi semasa yang berlaku semata. Semangat bermuzakarah harus menjadi teras semua pemimpin Melayu dinegara ini,yang kemudiannya diserap kepada lapisan generasi muda.
Sejarah
terhakis.Walaupun pengalaman pahit ini tidak boleh dijadikan alasan untuk Pas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO sekarang namun ianya wajar dijadikan panduan.
UMNO terlampau cekap dalam memanipulasi sesuatu isu setakat ini.Sebarang pro dan kontra dalam muzakarah ini nanti barangkali akan diambil kesempatan oleh mereka sambil menyalahkan Pas sebagai parti yang jumud dan berfikiran sempit.Itulah satu perkara yang rasanya wajar untuk difikirkan oleh pimpinan Pas dalam percaturan ini.Pas yang kini meniti dibibir rakyat sebagai tunjang kepada kerajaan yang adil dan amanah tidak boleh di`risiko’kan kali ini.Kita tidak mahu ada ruang yang boleh diselewengkan oleh mana-mana pihak hingga menjatuhkan kredibiliti Pas itu sendiri.
----------------------------------------------------------------------------------
Harapan
Gandingan mantap Majlis Syura, Dato’ Presiden, Mursyidul Am dan pimpinan tertinggi dilihat perlu memainkan peranan yang amat bijak dalam hal ini.Bagi kami sebagai ahli Pas sentiasa menaruh kepercayaan penuh dalam percaturan pihak atasan bagi mengambil manfaat daripada muzakarah yang bakal berlaku.Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan petunjuknya kepada kita semua. Wassalam!
2 comments:
salam ummi...
aku sebenarnya dah bosan dengar cerita pasal ketuanan melayu ni. hari2 dok cerita dalam paper dan tv termasuk juga blog2. kalau asyik cerita pasai kepentingan melayu semua permasalahan tak boleh selesai. cina dan india pun nanti akan pertikaikan. pada aku pimpinan pas hendaklah bermuzakarah dalam pakatan rakyat. biar puak2 dap dan keadilan tahu apa yang pas perjuangkan. pas tidak perjuangkan hanya kepada komposisi kaum tetapi untuk semua berlandaskan syariat islam.
salam tok pengulu,
org kata...'banyak cakap banyak silapnya'..tapi usaha takde
langkah pertama mmg sepatutnya kita bermuzakarah dalm PR dulu..kerana dalam PR pun bnyk yg kurang jelas dgn perjuangan PAS,tu sebab PAS tak dihormati...
Wallahualam
Post a Comment