Followers

Thursday, July 17, 2008

~kita kisah ke.. tak kisah..?~


~ Tak kisah kalau kita melakukan sesuatu yang menyalahi perintah Allah atau menyanggahi perintah Rasulullah.

** Apa yang penting, aku boleh buat apa yang aku suka. Sedangkan kita tahu Allah SWT telah berfirman: ‘tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan bertujuan untuk mereka beribadah kepadaKu’.

~ Kita tak kisah kalau kita dahulunya pernah melakukan banyak dosa. Hasilnya, kita tidak bertaubat dan tidak pernah menyesal.

** Sedangkan dosa yang banyak ditambah dengan hati yang tidak pernah menyesal akan menjadi sebab kita disiksa di hari pengadilan nanti.

~ Kita tak kisah kalau kita mempunyai ahli keluarga yang tidak mentaati Allah, meninggalkan perkara wajib dan melakukan perkara yang haram. Apa yang penting, diri kita baik walaupun keluarga kita tidak sebaik kita, kita tak kisah.

** Sedangkan Allah memerintahkan kita menjaga diri dan juga keluarga daripada api neraka.

~ Kita tak kisah kalau kita mencari rezeki sama ada harta yang kita perolehi itu halal atau haram.

** Sedangkan persoalan rezeki yang halal atau haram adalah di antara perkara yang akan dikira pada hari kiamat.

~ Kita tak kisah pada jalan apakah kita membelanjakan harta yang kita perolehi.

** Sedangkan harta yang halal mestilah dibelanjakan pada jalan yang halal..

~ Kita tak kisah kalau kita melihat saudara seagama kita ditindas, disiksa, hidup melarat, miskin, kurang makanan, ditimpa musibah…

** asalkan kita selamat,

~ kita tak kisah apa saja yang berlaku pada orang lain walaupun mereka itu orang Islam.

** Sedangkan Rasulullah berulang kali mengajarkan kita tentang kesatuan hati umat Islam walaupun berlainan bangsa, tempat asal atau warna kulit. Rasulullah sentiasa memastikan umat Islam yang berkemampuan membantu umat Islam yang kekurangan.

~ Kita tak kisah kalau kita mengata, mengumpat, mengutuk, mencaci, memaki hamun sesiapa sahaja.

** Sedangkan Rasulullah tidak pernah mengajar kita bersifat begitu. Sedangkan kita tahu setiap percakapan itu boleh menjadi beban di akhirat nanti.

~ Kita tak kisah kalau kita atau anak-anak kita tidak tahu membaca Al Quran,

** Asalkan mereka tahu membaca ABC, boleh berbahasa dengan bahasa asing, pandai menggunakan komputer atau telefon bimbit.

~ Kita tak kisah kalau mereka yang bijak ini tak pandai membaca Al Quran apatah lagi memahaminya.

** Sedangkan Rasulullah bersungguh-sungguh menekankan tentang kepentingan belajar dan mempelajari Al Quran. Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.

~ Kita tak kisah ketika memandu, kita tidak menghormati orang lain, tidak mengikut undang-undang, membahayakan nyawa pemandu lain….

** asalkan kita selamat,

~ kita tak kisah kalau ada orang yang nak marah.

** Sedangkan kita tahu bahawa setiap perbuatan kita yang menyusahkan dan membahayakan orang lain dikira sebagai dosa.

~ Kita tak kisah adakah pahala kita bertambah atau tidak, adakah dosa kita berkurang atau makin banyak..

** yang penting, kita sihat, berharta, bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan. Kita boleh buat apa sahaja yang kita suka.

~ kita tak kisah kalau pahala tak dapat, dosa pulak bertimbun.

** Sedangkan dosa dan pahala adalah nilai ‘mata wang’ yang akan digunakan di akhirat, bukan ringgit, dollar, pesos atau harta dan kawan-kawan.

~ Kita tak kisah kalau ada pendapat orang lain yang betul apa yang penting ialah pendapat kita sahaja yang betul apa orang lain nak kata, itu kita tak peduli, semuanya tak betul kita tak kisah.

** Sedangkan kita diajar bahawa setiap orang itu tidak tahu semua perkara. Mungkin kita tersilap, maka kita perbetulkan kesilapan yang telah lama berlaku.

~ Kita tak kisah kalau makin ramai orang yang mengerjakan kemungkaran dan maksiat, kita tak pernah terfikir bagaimana kita ingin mengubah mereka kembali ke jalan yang benar kita tak kisah asalkan aku baik, aku tak kisah apa yang berlaku kepada orang lain.

** Sedangkan Rasulullah pernah memerintahkan kita mencegah kemungkaran sekadar termampu mengikut keadaan masing-masing.

~ Kita tak kisah kalau ada sesiapa yang menjatuhkan agama kita atau menghina Rasulullah atau memperlekehkan peraturan Islam, apa yang penting, jangan ada sesiapa yang memperlekehkan atau menghina kita dan keluarga kita.

** Sedangkan di dalam Islam, tanda keimanan adalah kita memelihara Islam, Al Quran
dan Rasulullah daripada dihina atau diperlekehkan.

'' ~ Tapi, adakah kita juga tak kisah apakah balasan Allah SWT yang menanti kita pada hari akhirat nanti? Baik atau buruk, syurga atau neraka atau mungkinkah
kita akan berkata: ‘Ya Allah, hidupkanlah kami ke dunia kembali agar kami dapat beramal salih’? Semoga Allah SWT menerima amalan kita di dunia ini dan
mengampunkan segala kesalahan kita. Amin.~"


~wallahualam~

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil