Followers

Friday, February 27, 2009

3 Mac sidang tergempar Perak...apa talian hayat Zambry..??

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan.

sivakumar and perakIa dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

- dari Malaysiakini.


MB Haram Perak yang baru masih ada 2 talian hayat untuk digunakan ketika ini. Tetapi beliau perlu melakukannya dalam masa 3 hari saja lagi mulai sekarang! hehe, sempat ke mamak?


Pilihan Pertama:
Zambry tetap hadir ke Sidang Dun tersebut dengan harapan dapat masuk juga dengan 6 ekor...ops, maaf....6 exconya dan tiga (yang ni baru layak digelar ekor) katak yang melompat keluar untuk menyokong BN. Dan apabila rayuannya tidak dilayan oleh YDP Speaker Dun, jadi dengan automatiknya beliau akan bercuti atau dengan istilah yang lebih tepat lagi 'makan gaji buta' selama 18 bulan.

Apabila usul percaya atau tidak percaya dilakukan terhadap YAB Nizar sebagai MB yang masih sah, secara undang-undang, beliau dengan tidak syak lagi akan terus menjadi MB sehingga 18 bulan yang akan datang tanpa sebarang gangguan daripada Najib, Zahid, dan Zambry lagi sepanjang tempoh itu.

Zambry bersama 6 jahanam itu bolehlah bersabar sedikit (18 bulan je) untuk duduk di luar pintu masuk DUN. Selepas tempoh berkenaan, beliau boleh mengusahakan semula untuk membawa usul tidak percaya terhadap YAM Nizar sebagai MB Perak. Itupun kalau Speaker terima la usul tu (macam Pandikar tak terima usul Wan Azizah dan Anwar dulu) la...heheh, sabar je lah ek...

Pilihan Kedua:
Zambry boleh terus berlari sambil menangis (mengadu kat Najib dulu kot) minta simpati mana2 pihak yang boleh beri bantuan (mana nak ada dah orang nak tolong hang mamak oi...). Dengan itu, terpaksalah beliau dengan rasa rendah diri menyembah Sultan Perak untuk bubarkan DUN bagi membolehkan beliau terus bekerja sebagai Adun (aku takmau cuti la...18 bulan tu, lama sangat la, buat pi lah pilihanraya balik, kot2 boleh menang).

Kali ni entah jadi ke tak Dun dibubarkan... Kalau Nizar minta dulu baginda tak perkenankan, mana la tau bila tengok muka mamak yang jernih ni, lembut pulak hatinya nak perkenankan permintaannya itu. Dan masa tu, institusi Sultan akan dijulang semula kerana inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat di negeri Perak. Daulat Tuanku! Mudah-mudahan berjalan dengan lancar hendaknya...

sumber lintang
komen

9 comments:

Abu Amirul said...

insyaAllah kita akan berjaya.

minta promosi sikit
www.askamakalikada.blogspot.com

Anonymous said...

yela,berjaya..

berjaya mengangkat puak mata sepet dan puak itam legam jadi tuan di bumi melayu ni..

tak sedar-sedar lagi ker??

TAIPINGMALI said...

==============================================================================
Berita gembira buat penyokong Pas, Pkr dan bloggers Pro Pakatan. Awal-awal lagi mereka sudahpun berdendang sayang dan berwel wel karawalee, bergelak-ketawa untuk meraikan kemenangan terhadap Raja ular ini.

Di estet-estet dan kuil hindu mungkin satu majlis keagamaan akan dijalankan meraikan kejayaan Raja Ular ini. Begitu juga dengan surau dan markaz akan mengadakan solat hajat supaya dikembalikan pemerintahan kepada PR.

Pas akan terus menyembah patung Raja Ular ini agar kemenangan berpihak kepada PR. Selain itu patung Karpal juga akan diukir dan diletakkan di semua markaz Pas, sebagai tanda sokongan kepada usaha Karpala menentang sistem beraja. Anwar punya patung nak letak mana? Anwar letak di tengah lah. Sebab dia ketua.

Muslihat Raja Ular ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengangkat kembali kerajaan Dap atau kerajaan Republik Perak. Perak akan menjadi negeri Republik pertama di Malaysia.

Kerajaan baru republikan meletakkan perlembagaan negeri atau undang-undang tubuh negeri Perak di Muzium Perak Ipoh atau Taiping. Perak akan menjadi negeri sekular pertama pada 3 Mac ini.

Nizar akan di ketepikan dari jawatan MB kerana beliau hanya dilantik menjadi MB setelah diperkenankan oleh Sultan Perak. Sebelum ini pun Ngeh dan Sivakumar menentang keras perlantikan Nizar dari menjadi MB. Mereka DAP mahukan Dato Ngeh menjadi MB.

Bila Ngeh dilantik menjadi MB pada 3 Mac ini , Nizar sekali lagi akan dilucutkan jawatan menteri besar oleh Sivakumar dan Ngeh. Semuanya kerana Pas hanya parti terkecil di Perak. Pas boleh ditunjukkan jalan keluar oleh DAP.

Sekali lagi unit Amal Pas akan mengadakan demonstrasi jalanan untuk menagih simpati dari rakyat Perak. Sekali lagi Nizar dan kuncu-kuncu akan melarikan kereta Camry untuk mengelakkan dari dirampas oleh Ngeh.

Pas yang dahulu nya abang adik dengan Dap akan bersengketa dan saling kafir mengkafir. Dap mengkafirkan Pas dan Pas mengkafirkan Dap.

Elok lah 2x5= 10. 5x2+10, Pkr sudah terkedu ketika itu, nasi sudah jadi bubur, Amerika akan meletakkan satu ketumbukan tenteranya di Lumut. Hummer dan pesawat Awac berkampung di Lapangan Terbang Ipoh.

Melayu sekali lagi masuk hutan cari pucuk paku, cari sagu untuk makan tengah hari. Anak-anak kecil menangis kesejukan, menangis minta susu. Kucar kacir melayu Perak. nak lari mana? semua pintu sempadan dah ditutup. Melayu akan jadi seperti Palestine di Gaza. menanti saat kematian.

Anonymous said...

puak-puak dajal pr yang berapa ekor, hitam berkilat, mata sepet, akan menunggang puak melayu yang bodoh.

sanggup puak melayu haprak menjadi kuda tunggangan. layak juga puak melayu ni dipanggil ekor juga pasal dah jadi kuda tunggangan.

tak ke begitu?

dapat 6 kerusi, dah gila kuasa. sebab tu Allah menunjuk kuasanya supaya sedarlah sikit.

itu pun puak yang kononnya lebih islam dari orang lain tak nampak.

Asrol Budi said...

insyaallah.. kebenaran akan terbukti jua... Lanun pasti akan hukum,,,,

lann-b said...

puak-puak bn ni dah kecut. mereka tak mampu hendak menghadapi rakyat
jika diadakan pilihanraya semula. najib boleh cakap selamat tinggal pada jawatan pm jika perak diperintah pr. inilah akibatnya jika membelakangkan undang-undang.

perakmari said...

to taipingmali

gasak ko la nak merapu meroyan,yg pasti selasa ni kita lihat sapa yg kenaaa...

udah2 le tu yop terima la kenyataan suara rakyat suara keramat yop wehh..

jangan amno buat cam orang giler dah..ikut cakap MB BN tu..nak lawan gunakan saluran yg sah undang2 ada,pakai la..

tu pasal sebelum nak merampas pikior masak2..jangan le tengin sampai ke tua..

lagi sorang bodoh piang..!!

hahahaha

IpohMaliTaraRacist said...

To Taipingmali & Tanpa Nama

Ini aku ambil dari kitab rasmi rujukan kamu!

Utusan Melayau

Peruntukan itu jelas menyebut bahawa setiap Menteri Besar mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Peruntukan yang sama turut terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri di semua negeri Melayu beraja.

Hidup Ketuanan Mamak Zambry!!

Kulindod said...

Taipingmali,

Saya bukanlah penyokong tegar PR, namun komen saudara itu terlalu racist dan tak masuk akal.Ingatlah penubuhan Malaya tidak adan berlaku tanpa sokongan dari kaum lain. Malaysia takkan ada sekiranya kaum PRIBUMI BUKAN ISLAM dar SABAH dan SARAWAK tidak bersetuju penubuhannya.Pakai otaklah sikit.

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil