Followers

Tuesday, February 24, 2009

Muslimat dan Wanita PR sudah bersedia bertarung di PRK P059 Bukit Gantang...

Sabtu lepas 21hb Feb 2009...ummi menghadiri satu program yang diberi nama Program Get Ready anjuran HalWa Negeri Perak yang diketuai oleh Puan Amizan Baharuddin(Kak Mizan)..program ini adalah persediaan untuk para muslimat untuk menghadapai PRK P059 Bukit Gantang tak lama lagi...

Ummi sempat menanyakan pada Kak Mizan tentang persiapan dan harapan terhadap PRK Bukit Gantang ini...

Dengan kedudukkan Bukit Gantang yang dikeklilingi oleh kawasan2 yang dimenangi oleh PR dalam pilihanraya yang lepas...membuatkan DMP lebih bersemangat dan bersedia untuk memulakan tugas dari sekarang...contohnya sebelah utara Bagan Serai parlimen dimenangi PKR..PAS di 2 DUN Semanggol dan Selinsing..di sebelah bandar Parlimen Taiping dan 2 DUN..Aulong dan Pokok Asam dimenangi oleh DAP...di sebelah selatan pula DUN Lubok Merbau dimenangi oleh PAS...di Parlimen Beruas di bawah DAP juga di Dun Pantai Remis dimenangi oleh Pakatan Rakyat..

Kak Mizan juga merasakan hikmah disebalik ujian Allah ini..walaupun calon yang bertanding adalah PAS...tapi bantuan adalah dari semua kompenan PR akan turut serta tanpa mengira parti mana yang bertanding...jentera HalWa di semua peringkat dan kawasan yang berdekatan sedang dalam berkeadaan 'Get Ready' untuk mempertahankan kemenangan dan hanya menuggu masa untuk digerakkan bila saja arahan 'GO' diberikan...

satu program Pelancaran Gerakerja Pilihanraya Wanita Pakatan Rakyat akan diadakan pada 9hb Mac 2009..para pimpinan wanita PR akan berada di satu pentas bagi merasmikan Gerakerja Pilihanraya di Bukit Gantang...seperti Dr.Lo' Lo'..Dr.Mariah..YB Zuraidah..YB Fauziah..Terssa Kok ataupun YB Fong....sebelum itu pada 8hb Mac 2009 adalah Hari Wanita.. semua muslimat dan wanita PR akan bersama2 menyambut Hari Wanita..dan program telahpun diatur dan akan diwar2kan kemudian...

ini menunjukkan muslimat dan wanita PKR dan DAP..boleh duduk di bawah satu platform untuk bersama menggerakkan jentera pilihanraya walaupun tiada satu organisasi yang khas tapi masih boleh melibatkan wanita dari ketiga2 parti dibawah jenama Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan berada di dalam genggaman PR..

Bila ditanya mengenai cabaran untuk berhadapan dengan wanita umno/bn...Kak Mizan menyatakan semua muslimat dan wanita PR serta Nisa'...telah bersiap sedia dengan bahan dan isu yang bersesuaian bagi menangkis tohmahan dari BN..untuk menjelaskan kepada semua pengundi situasi sebenarnya yang berlaku di Perak ini...Kak Mizan juga yakin dalam sesetengah keadaan jentera PR lebih kehadapan dari jentera BN...dan ini membuatkan keyakinan yang tinggi terhadap kesediaan petugas PR...mereka hanya menunggu bunyi tiupan 'wisel' untuk bergerak secara 'all out' untuk memastikan kemenangan dengan majoriti yang besar dan mempertahankan kemenangan..InsyaAllah...

dibawah ni adalah gambar sekitar Program Get Ready siri yang ke-2 di Air Kuning,Taiping.


para peserta sedang menumpukan perhatian pada penerangan yang diberi oleh Dr.Zulkifli Ahmad,AJK PAS Pusat dan Puan Nurul Huda Rawa AJK DMP Pusat







muslimat sedang bersemangat melaungkan Doa Wehdah



bacaan doa untuk memohon keredhaan Allah.. setiap langkah yang muslimat aturkan adalah demi memperjuangkan kebenaran di jalan Allah..dan yang penting keredhaan suami2 menginfakkan tenaga para isteri untuk perjuangkan kebenaran demi menegakkan ad-din di bumi Malaysia ini......

program Get Ready siri ke-3 akan diadakan 1hb Mac nanti...


Takbirr..!! Allahu Akhbar...!!

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil