Followers

Wednesday, February 25, 2009

sang Celaka yang ditatang...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Apa isu sebenar di Perak? Cyberboron dah tulis panjang lebar pasai ni kat blog dia. Kesimpulannya cukup mudah. Isunya berkenaan kuasa memerintah di Perak. Masa Pilihanraya ke-12, rakyat tarik kuasa tu dari BN dan dapat kat PR. Dah tentulah BN berusaha nak ambik balik kuasa tu.

Yang jadi krisisnya pasai Umno tak mampu nak tunggu sampai pilihanraya akan datang. Pimpinan Umno ni boleh kata semuanya jenih cari makan melalui politik. Bla dah tak memerintah kurang la duit masuk. Nak harap dari Kerajaan Pusat memang laa ada tapi tak cukup pasai depa ni selama har ni jenih mulut buaya, mulut ikan jaws.

Yang lagi depa takut, PR akan bertambah kuat pasai dah ada kuasa memerintah negeri. Lagi lama kerajaan PR bertahan lagi kuat laa pengaruh PR. Pasa tu laa seboleh mungkin depa nak rampas kuasa secepat mungkin.

Lagi memudahkan usaha depa bila Kerajaan PR Perak simpan CELAKA. dalam selimut. Bukan takat simpan, siap bagi selimut lagi. Bukan takat selimut, bagi makan lagi. Bukan takat tu, tapi kena bergantung kat CELAKA. ni mintak tolong jaga negeri.

Bukan takat sorang CELAKA., tapi 2 CELAKA.. Memang sebenarnya ramai lagi CELAKA-CELAKA. dalam kerajaan negeri ni, tapi yang lain-lain tu boleh lagi kita pedo, tapi yang 2 CELAKA ni takut tak terlawan kita, dan dan terbukti depa melawan kita terang-terang.
Beberapa nama tiba-tiba menjadi popular termasuk Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim (SUK), Dato' Ahmad Kamal Md Shahid (Penasihat Undang-Undang Negeri)., Dato' Seri Panglima Mohd Annuar Zaini (Ahli Dewan Negara Perak) dan Dato' Abd Rahim Mohamad Nor (Setiausaha Sulit DYMM Sultan). Empat nama besar ini dikaitkan sebagai penggerak utama konspirasi rampasan kuasa arahan Najib dan Zahid.

Nampak kat mana duduk CELAKA-CELAKA. tu? Bukan lekeh-lekeh punya tempat tapi tempat utama. Kalau dalam kapal, CELAKA-CELAKA. NI laa yang kita bagi pegang kemudi, pegang kompas, pegang radar,jaga senjata.

Kalau kita betui-betui kuat macm Kelantan tahun 1990 dulu takpa laa. Ni boleh kata macam teluq dihujung tanduk. Tunggu masa jaa, kalau tak kena cucuk dengan tanduk pun bila-bila masa teluq boleh jatuh. Bagi pulak CELAKA-CELAKA. tu jaga teluq. Patut ka suruh depa jaga teluq kita macam depa jaga teluq depa.

Sepatutnya kita dah banyak belajar dari pengalaman Kelantan, pengalaman Terengganu. Memang masalah CELAKA-CELAKA. macam depa ni la yang dulu dok buat kacau. Terengganu dengan Kelantan dulu takpa laa pasai margin depa banyak, tak macam kita, cuma 2 ja.

Apa susah sangat ka nak buang CELAKA-CELAKA. ni. Aku tak reti pasai perjawatan dalam kerajaan negeri ni tapi ada membar bagitau nak lantik atau buang CELAKA-CELAKA. ni payah sikit pasai terletak bawah di bawah kuasa sultan.

Kalau betui pun bawah kuasa sultan takkan kita tak boleh buat apa-apa. Patutnya awai-awai lagi Hj Nizar SEMBAH DERHAKA. kat sultan. Kalau masa awai-awai dulu aku rasa tak susah mana. Macam kes Jamry Sury dulu tu, aku yakin kalau Hj Nizar berkeras lebih sikit, sultan akan akur punya. Kita bukan nak suruh sultan buat salah, cuma nak mintak sultan buang orang yang bermasalah ja.

Kalau pun sungguh sultan tak setuju buang CELAKA-CELAKA. tu pun, takkan takdak cara lain. Tak boleh cara elok takkan tak boleh buat cara kasar. Takkan yang tu pun tak reti.

Kalau betu tak reti cari la orang yang reti. Belambak dok ada orang yang memang kerja depa buat benda-benda macam tu masa dalam Umno dulu sebelum depa masuk PAS. Depa-depa ni memang tunggu sangat peluang nak 'bayar hutang'. Bukan calang-calang jahat depa perah buat kat PAS masa depa dalm Umno dulu.

Memang laa tindakan menyingkirkan CELAKA-CELAKA. tu akan ada kesan. Tapi tara mana sangat kesan dia. Tak lama mana pun kalau jadi isu. Tambah pulak bukan Umno tak pernah buat sebelum ni.

Dari segi moral pun pada aku tak salah. Dah sah-sah CELAKA-CELAKA. ni masa Umno lantik dulu, depa dah check status tahap kesetiaan depa kat Umno, dan depa ni pun dah lama kena tarbiah dengan Umno. Lagipun kita cuna nak lebih melicinkan pentadbiran.

Pengalaman krisis Perak ni patut diambik iktibar. Kerajaan-kerajaan PR yang lain macam Kedah, Selangor dan Penang kena ambik tindakan. Tambah-tambah Kedah, aku dengar kat Kedah CELAKA-CELAKA. macam yang 2 kat Perak ni ada jugak kat Kedah. Dengar ceritanya depa pun tak kurang jugak menyusahkan Ust Azizan.

Nasihat aku, buang ja CELAKA-CELAKA. ni Ustaz, simpan buat apanya. Pi la cepat-cepat SEMBAH DERHAKA. kat Sultan Kedah, mintak buang depa-depa ni. Bukan suruh derhaka, cuma SEMBAH DERHAKA.. Biar Ustaz sorang SEMBAH DEHAKA., jangan sampai jadi macam kat Perak, ramai rakyat bukan takat SEMBAH DERHAKA. kat sultan, mufti pun depa maki.

Mungkin laa keadaan Kedah tak kritikal macam kat Perak, tapi CELAKA-CELAKA. ni patut jugak dibuang, takpayah dah bela CELAKA-CELAKA. ni. Depa ni memang akan cuba nak sabotaj kerajaan negeri pasai depa ni sebelum-sebelum ni pun memang tak pernah wala' kat Menteri Besar, depa cuma wala' kat Umno.

Bukan nak suruh DERHAKA. tapi suruh sultan buang CELAKA..

sumber cenangau

8 comments:

Rambo said...

Assalamualaikum
Elok benar bahasa yang digunakan Ummi.Apa yang marah sangat tu..Tak pernah dengar ke Qada dan Qadar?Ini baru sedikit ujian dah memaki-maki orang.Tapi biasanya orang yang suka maki ni macam anjing menyalak nampak je garang tapi kena baling batu lari...gitulah biasanya.
Masa orang yang dikatakan Sang celaka tu masih berada dalam PR tak ada berbunyi pun...Sekarang dah keluar PKR tiba-tiba celaka.Itulah tanda orang egoistic tak pernah nampak kesalahan sendiri.

PAPA GOMO said...

SALAM UMMI...
AWAT MARAH SANGAT SAMPAI JADI LAGU NI?
TAK ELOK BILA DIBACA MASYARAKAT UMMI OI!!!

UMMI SEOLAH-OLAH TIDAK DAPAT MENERIMA APA YANG TERJADI DI PERAK!
SABAR, BAWAK BERTENANG UMMI.
KITA NI UMAT MAUNUSIA HANYA SEMENTARA JE KAT DUNIA.
PEGANG LAH PADA QODA DAN QADAR!

JIKA BENAR PAKATAN RAKYAT IKHLAS DALAM MEMPERJUANGKAN MATLAMATNYA MAKA TUNGGU LAH SEHINGGA PRU13 NANTI.

HARAP UMMI BERSABAR.
DAN SELEPAS INI JUGA HARAP BERSABAR KERANA BN AKAN MENGAMBIL ALIH SELANGOR PULA.

SALAM UMMI.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam semua..bukan ummi yang marah..ummi cuma lebarkan kemarahan si penulis...supaya sesiapa saje yang ada hati nak buat onar kenalah berhati2..kerana anda akan dilaknat oleh rakyat yg memilih anda..tu belum dilaknat oleh Allah lagi..dah hangat telinga..so kena lah terima lain kali jangan buat orang marah...

fikir..fikirlah...

Anonymous said...

apa la korang..lain kali baca la sumbernya dari mana...

aku sokong kalau dia marah..apa org PR tak boleh nak tunjuk marah ke..takkan la org dah khianat kita kita nak diam gak..nanti makin ramai la yg ada hati nak jadi katak..

kadang2 bila guna bhasa lembut tak paham...bila guna bahasa kasar baru nak reti..bagi aku dorang memang layak dapat gelaran tu...sapa suruh cari pasal...

makanya dorang pun kena lah terima QADA' dan QADAR Allah...Allah Maha Adil...

Anonymous said...

Apa yang Umno/Bn buat lagi teruk jika nak digambarkan dengan perkataan yang paling teruk

pejuang said...

hangpa lupa sebenarnya..nikmat dan keselesaan yang hangpa dan puak2 hangpa rasai selama ini adalah melalui pemerintahan kerajaan BN/UMNO..

FIKIR-FIKIRLAH.

Anonymous said...

salam, cuma nak tahu dr abd rahman ni phd dalam bidang apa? nampak macam hebat sangat. dan kami rakyat yang bayar gaji dia, kenalah ade sikit rasa sentuhan hati yang duit depa dapat tu pulangkan perkhidmatan yang wajar kepada rakyat. atau depa tak perasan perkara ni? umno bagi mereka jawatan ke, tapi gaji rakyat yang bayar. orang bijak pandai patutnya bersikap profesional, penjawat awam.

Anonymous said...

pejuang: hangpa lupa sebenarnya..nikmat dan keselesaan yang hangpa dan puak2 hangpa rasai selama ini adalah melalui pemerintahan kerajaan BN/UMNO..
macam fikiran orang zaman tahun 50han. kurang mengaji kot. tak sempat hadir kuliah. cari le masa untuk belajar supaya minda tidak didoktirnkan oleh umno. "apabila Allah hendakkan sesiapa menjadi baik maka diberi kefahaman agama." belajo ye!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil