Followers

Tuesday, February 24, 2009

PANAS...!!! siasatan keatas speaker DUN Perak dihentikan serta-merta..!!



Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Dalam satu kenyataan yang di keluarkan selepas empat angota polis dari Jabatan Siasiatan Jenayah Komersial di pejabat peguam Sivakumar dekat Ipoh, Siva menjelaskan bahawa walaupun beliau telah berkerja sama dengan pihak polis namun pihak polis mungkin telah bertindak dengan ‘ultra-vires’.

“Saya merasa lega sebab semua siasatan keatas exconya adalah melanggar peruntukan undang-undang sah di negara ini,” kata Sivakumar.

Menurutnya lagi, di bawah pembentukan undang-undang dewan enakmen 1959 dan artikel 72 Kerajaan Pusat telam memberi imuniti mutlak kepada Speaker dan hak istimewa ahli dari semua tindakan keatas undang-undang sivil dan jenayah.

Laporan media telah menyatakan seramai 19 orang angota polis telah membuat laporan polis menganai Sivakumar yang menggantung dan mangharamkan Zambry dan enam exconya untuk menghadiri persidangan selama 12 sehingga 18 bulan.

Satu lagi kegagalan institusi

Siasatan polis telah di buka di bawah section 124/120B Penal kod. Tertuduh di bawah Sesyen 124, yang memaksa wakil yang di pilih di gugurkan dari tugas dan kuasa sah boleh menerima hukuman maksima tujuh tahun penjara dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, pengamal undang-undang dan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengecam tindakan polis dan manyatakan bahawa ini merupakan satu kelemahan institusi awam yang seharusnya bertindak bebas politik.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga mengkritik bahawa laporan polis bekenaan.

Di dalam blog beliau www.chedet.com : “jika keputusan oleh Speaker itu dianggap jenayah, apa akan terjadi bila Seaker di Parlimen menggantung ahli pembangkang atas apa jua alasan,”

“Dan perkara ini sering berlaku. Adakah setiap ahli pembangkang itu akan membuat laporan polis? Jika mereka boleh, adakah kita boleh menggangap bahawa pihak polis ada kuasaa untuk mengambil alih kedudukan Speaker Parlimen?” jelas Mahathir di dalam bolgnya.

Minggu lalu, Majlis Peguam telah mengeluarkan satu kenyataan berkata tindakan Sivakumar tidak boleh di bawa ke mahkamah.

“Tidak kira juga apa jenis prosidur yang di ikuti Speaker dan ahli keistimewaannya di bawah artikel 72 konstitusi pusat, tindakan Speaker dan kesahihan tindakan undang-undang adalah harus di buat di luar mahkamah,” Kata President Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

“Dalam perkara ini kita melihat perbezaan kuasa di antara pentadbir dan undang-undang. Menteri Besar mungkin orang yang paling berkuasa di dalam pentadbiran manakala undang-undang di tentukan oleh Speaker,” jelas peguam hak asasi manusia Malik Imtiaz Sarwar.

Hasil siasatan lebih dua jam terhadap V Sivakumar.

sumber al-banjari

4 comments:

Unknown said...

Manusia akan menjadi bangang dan tolol bila merelakan dirinya menjadi anjing yang sentiasa mengikut perintah.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

betul tu tuan..

sesekali kena pertahankan harga diri dari asik mengikut telunjuk orang..

Anonymous said...

Tit for tat
You kill my dog
I kill your cat.

Ada ubi ada batas
Ada hari boleh balas.
Kalau tak di balas di dunia
Di akhirat pasti kena.
Di sana tak siapa yang boleh membela.
Hanya yang berguna amalan baik sahaja.
Tiada menteri perdana
Tiada Raja
Hanya ALLAH yang berkuasa

Abuarif said...

Saya setuju dengan mountdweller...!Sisatan dibuat kerana yang mereport adalah puak UMNO.Kalau puak lain ..manyaaaak slow mau siasat.Kerana anjing tidak akan gigit tuannya yang hari - hari beri makan daging.

Jangan cakap pasal profesinalisma,semua karut.Adakah polis perak tu tak tau undang-undang dok pergi secara bodoh buat siasatan,mereka juga belajar undang2.Tapi telah di kelabui dengan ganjaran.

Polis ni masih ingat yang orang lain selain dari BN adalah pembangkang,walaupun telah memerintah negeri

Satu pengalaman saya disatu PRU.calon BN telah mengoyakan poster calon lawan pada malam hari dan nak jadi malang kami menangkapnya semasa sedang buat kerja,hantar balai polis.Selapas PRU calon ni menang.....Polis ni tak buat apa-apa pun sampai bezaman.Buang kes atau tak ambil kes.

Jadi saya menyerulah pasal perbalahan parti-parti politik tak usah libatkan polislah...payanh nak menang.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil