Followers

Monday, February 23, 2009

Pak Lah buat lawak...!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1uVc2fYvwYoYUtoEM9OyNb35cLUESd4nK9CDJJ-qpphRmodYu8lF9SbcTi6NXUQfwl6g8jlgJVigLQqC1y_2NVH-C_P3G0a18XyN-xpcpUio9Eoq0aWCo11C0qrNCDZTm3JdIar-Jtno/s400/mahathir.jpg
kih..kih..kih..!!


1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.


Dr. Mahathir Mohamad


:pge47::pge47::pge47::pge47: <-- gaya Che Det ketawakan Pak Lah dan KJ...

6 comments:

Prof. Era Pasca said...

anak menatu lak buat lawak...

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/umno-punca-kemerdekaan.html

Anonymous said...

adesss..sejak akhir2 ni bnyk betol rancangan lawak2 sejak MB haram ambik alih

anak pangkor said...

menteri lawak,kerajaan lawak,pengikut lawak bodoh..nasib2 umno no no no..lawak,lawak

sumandak bayu said...

hish tak baik cakap MB haram.. ikut Undang-Undang Tubuh Perak.. pelantikan dia sah la.... ape yang korang merapu ni.....

Yang skang buat haram tu ha yang tak dapat terima hakikat Mantan MB....

Anonymous said...

Sebenarnya BN tidak perlu menjatuhkan Nizar kerana dia akan jatuh dengan sendirinya. Lagi lama Nizar pegang jawatan MB Perak lagi bagus, kerana kesannya akan lebih mendalam kepada Negeri Perak. Dunia sedang menghadapi kegawatan ekonomi. Malaysia dan negeri Perak terbabit sama. Sekiranya Nizar masih lagi MB Perak. Kegawatan ekonomi yang di rasai oleh rakyat Perak akan lebih mendalam. Dengan kebodohanya dan sekutu kuat beliau DAP,ekonomi Perak akan serupa dengan ekonomi negeri Pulau Pinang dan Selangor. Rakyat yang tertekan akan menjatuhkan Nizar tanpa perlu di jatuhkan oleh BN.

Anonymous said...

Sebenarnya Nizar tidak perlu menjatuhkan BN kerana dia akan jatuh dengan sendirinya. Lagi lama Zambry pegang jawatan MB Perak lagi bagus, kerana kesannya akan lebih mendalam kepada Negeri Perak. Dunia sedang menghadapi kegawatan ekonomi. Malaysia dan negeri Perak terbabit sama. Sekiranya Zambry masih lagi MB Perak. Kegawatan ekonomi yang di rasai oleh rakyat Perak akan lebih mendalam. Dengan kebodohanya dan sekutu kuat beliau Gerakan,ekonomi Perak akan serupa dengan ekonomi negeri Melaka dan Terengganu. Rakyat yang tertekan akan menjatuhkan BN tanpa perlu di jatuhkan oleh Nizar.

Saya pun Tanpa Nama Juga...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil